Monday 31 August 2009

Syariat Islam Bukan Ikut Logik Akal Wahai Norhayati Kaprawi SIS

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan itu kedengaran lagi menandakan simbolik tarikh kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-52 tahun.

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas nikmat kemerdekaan yang dikurniakan kepada kita.


Membaca helaian-helaian media arus perdana di Malaysia seringkali mengecewakan. Berita yang 'tiada-tiada' selalu sahaja diulas panjang. Hidangan penulisan untuk mencerna minda masyarakat disekat. Ah, sampai bila akan begini?

Baru-baru ini heboh tentang kes sebatan yang akan dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno. Hampir semua yang 'bisu' selama ini tiba-tiba bersuara. Masing-masing dengan pendapat dan hujah dikeluarkan. Hatta Tun Mahathir juga bersuara di dalam blog beliau walaupun sekadar melontarkan persoalan yang telah pun terjawab sekian lama.


"Fas aluu ahlazzikri in kuntum laa ta'lamun". Sayugianyalah jika sakit kita akan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Doktor itu pula mestilah yang benar-benar berkelayakan. Jangan pula nanti orang yang sakit jantung diberi ubat sakit mata. Makin bertambah pula jenis penyakit si pesakit itu nanti. Begitu juga halnya jika membabitkan hukum-hakam agama. Soal agama bukan perkara yang boleh dibahas secara mudah dan sambil lewa. Baru mengerti 'muqaddimah' ilmu mustolah hadith, sudah begitu mudah mengeluarkan fatwa. Nas al-Quran dan Hadith ditafsirkan mengikut kemampuan akal. Apa kamu ingat ini 'matematik' boleh ditambah dan ditolak sesuka hati?

Saya rasa amat tercabar dengan kenyataan salah seorang daripada puak Sisters In Islam (SIS) iaitu Norhayati Kaprawi. Jika benar pun kamu mahu mengeluarkan pendapat, tidak usahlah kaitkan dengan hukum-hakam agama yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wahai Norhayati Kaprawi, syariat Islam bukan mengikut logik akal manusia. Kamu menulis seperti itu akan membuat kamu seolah-olah 'mencabar' ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.`

Teringat satu hal yang lebih kurang sama dahulu dimana seorang yang bergelar 'dukturah' dalam bidang agama di Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa wanita yang sedang haid dibolehkan memasuki masjid dengan syarat memakai 'tuala wanita' agar tidak mengotorkan masjid. Ya, Allah! bagaimana fatwa ini boleh dikeluarkan oleh seorang yang 'tinggi' ilmu agamanya. Pakailah setebal manapun 'tuala wanita' itu tetap juga tidak boleh wanita yang sedang haid memasuki rumah Allah yang mulia. Tetap haram hukumnya!

Tidak pula Norhayati Kaprawi bising dengan hukuman rotan kepada pengedar dadah. Jika diteliti hukuman itulah yang lebih berat dan kejam. Sepatutnya hukuman ini yang ditentang oleh Norhayati Kaprwai jika menganggap diri seorang pejuang(memang bukan pejuang pun). Bila hukum Islam hendak dilaksanakan mulalah tidak senang duduk. Fikir-fikirkan wahai saudari!

Dua hari lalu saya mengikuti pengajian bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Kami belajar kitab Tahzib Misykat al-Masobih dalam bab hudud. Beliau menyebutkan; hanya orang bersalah yang enggan apabila undang-undang Islam hendak dilaksanakan. Rasionalnya kerana orang-orang inilah yang akan mula-mula dulu dipotong tangan, disebat, direjam akibat dari maksiat yang dilakukan.

Mudah-mudahan kita sentiasa diberi kekuatan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam meneruskan risalah dakwah yang diwarisi daripada Junjungan Mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Amin.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52




Sunday 30 August 2009

Salaamah al-Sodri


BARANGKALI ada di kalangan teman-teman yang kehairanan melihat saya hanya 'berdiam diri' dihujani komentar-komentar 'beracun' di ruangan maya ini.

Pelbagai tuduhan ditujukan kepada saya. Jadi 'masyhur' pula diri seorang Amiruddin. Kekhilafan yang sedikit membawa bermacam-macam persoalan.

Terlalu cepat melatah orang-orang sekarang ini. Belum pun diminta untuk mengangkat senjata pergi berperang. 'Masalah mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat tidak selesai diperdebatkan. Musuh-musuh kita di hujung telunjuk siapa yang mahu ambil peduli?'

Saya perkirakan, teguran-teguran dan 'cemburu' itu tanda kita kasih dan sayang. Jangan provokasi, kata seorang sahabat. Siapa yang provokasi siapa?

Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengatakan; ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

Melatah lagi. Habis kecoh! Tidak puas hati. Tuan Guru yang merupakan seorang ulama itu dikatakan sesat. Mungkin ini kerja iblis lagi. Aduh!

Saya 'banyak-banyak' belajar untuk bersifat salaamah al-Sodri (berlapang dada). Itu lebih baik buat masa ini...

Tambahan : Saya mahu keluar mencari 'juadah sungkai' yang sedap-sedap... hehe

Wednesday 26 August 2009

Majlis Tafaqquh Fiddin Ramadhan

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Ihya' Ramadhan, Majlis Tafaqquh Fiddin, Dewan Tasamuh wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, H7, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir.

30 Sya'ban - 22 Ramadhan 1430 H.

Selepas Solat Asar (4.15 Petang Mesir, 10.15 Malam Malaysia) dan Solat Tarawih (9.15 Malam Mesir, 3.15 Pagi Malaysia) (LIVE)


Kitab : Tahzib Misykat al-Masobih, Nasoih Diniyyah, Manaqib al-Imam as-Syafi'e, Rasaail Haammah, Rasaail Qimah, Makanah al-'Ilmi wal Ulama', Fathul Hadi al-Raqib & Ma'a Aulia Illahi al-Solihin.

Friday 21 August 2009

Salam Ramadhan al Mubarak


Ahlan Yaa Ramadhan...
Masjid Apollo
Maidah Rahman
tamar dan kuftah
mukafaah
Alhamdulillah


Amiruddin Mohd. Rosdi,
Madinat Nasr, Kaherah.

Wednesday 19 August 2009

Hanya KERAJAAN ALLAH Yang Kekal Abadi




GAMBAR-GAMBAR ini menunjukkan majlis terakhir yang saya hadiri sebagai Yang Di-Pertua BKPSM sesi 2008/2009.

*****************************************

'Hanya KERAJAAN ALLAH Yang Kekal Abadi'

Itulah kalimah yang paling sesuai ditujukan kepada insan-insan yang merasa akan hidup selamanya!


Saya ditaklifkan menerajui kepimpinan BKPSM mengikut 'tradisi' zaman berzaman. Majoriti besar yang saya terima daripada ahli yang mengundi saya di hari pilihan raya menjadikan saya cukup resah jika tidak dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli BKPSM yang telah memberi kepercayaan kepada diri yang hina ini.


Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang menjadi saksi betapa besarnya taklifan yang diberikan kepada hamba-MU yang kerdil ini.

Tiba juga harinya dimana saya melepaskan jawatan YDP dengan cara yang 'luar biasa'. Ya! luar biasa. Walaupun hakikatnya, keadaan ini telah mengulang sejarah kepimpinan saya enam tahun yang lalu.

Saya juga pernah dilucutkan jawatan (sewaktu itu sebagai Ketua Pelajar Sekolah) atas alasan 'menentang' dasar yang dibawa oleh pengetua sekolah. Pada hari ini, peristiwa itu berulang lagi walaupun sedikit berbeza. Bila saya ditanya; ini kerja siapa? saya hanya boleh menjawab, "anda lebih tahu siapa".

Saya sudah mangli dengan kritikan dan segala macam pra-sangka. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya adalah orang yang paling 'derita' sebelum memijakkan kaki di bumi Kinanah, Misr al-Mahrusah ini.

Secara jujurnya, saya sentiasa memotivasikan diri dengan ungkapan ini; Allah S.W.T tidak bertanya kepada kamu sama ada kamu menang atau kalah dalam perjuangan. Allah S.W.T akan mempersoalkan sama ada kamu berjuang atau sekadar berpangku tangan melihat ISLAM tidak terbela.

Hari ini, usaha-usaha 'menelanjangkan' akidah umat ISLAM sedang dipergiat. Jika kita sekadar tunggu dan lihat dan menjadi 'bisu', nantikanlah kehancuran itu!

Saya tidak kisah jika seorang Amiruddin 'dibunuh', akan tumbuh jiwa insan yang lain. Saya yakin, masih ramai lagi manusia yang tidak buta mata hatinya!

Tambahan : Terima kasih tidak terhingga kepada semua barisan kepimpinan BKPSM sesi 2008/2009 yang sentiasa menjadi peneman di kala tawa dan duka.

Monday 17 August 2009

Sketsa 'SyifaaulQalbi'



KUSUT.

Serabut.

Hampir rebah.

Kenapa perlu gelisah?

Usah bersedih.

Andai engkau 'dibunuh' pada hari ini, nyawa itu bukan milik insan. Yakinlah dengan ketentuan Allah S.W.T.

'Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijulang'.

Saturday 15 August 2009

EPL

'In ARSENE We Trust'

Sunday 9 August 2009

Portal Rasmi Baharu BKPSM



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Portal Rasmi Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah bertukar wajah baharu. Selamat berkunjung kepada semua di alamat http://bkpsm.co.cc/

SEJARAH BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT SABAH MESIR (BKPSM)

Mahasiswa/wi Sabah mula melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sejak tahun 1970-an lagi. Dalam jumlah yang sedikit mahsiswa/wi telah (mengilhamkan) mewujudkan persatuan yang diberi nama Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Pada ketika itu BKPSM belum lagi berdaftar menjadi persatuan rasmi. Pada tarikh 16 Disember 1984 Persatuan Mahasiswa Sabah Mesir [PMSAM] telah ditubuhkan bagi menggantikan BKPSM dalam mesyuarat BKPSM kali ke-7. PMSAM yang ditubuhkan pada ketika itu bernaung di bawah persatuan induk iaitu PMRAM.

Bagaimanapun pada tahun 1986 atas cadangan PMRAM, nama PMSAM telah diganti semula dengan nama BKPSM. Pada peringkat awalnya PMSAM bimbang atas nama pertukaran ini kerana takut badan-badan berkenaan di Sabah memandang remeh dan kurang memberi perhatian serta kerjasama terhadap persatuan. Pada tahun 1977 pelajar Sabah hanya berjumlah 2 orang. Manakala pada tahun penubuhan BKPSM, jumlah pelajar adalah seramai 24 orang. Dari detik sejarah ini, jumlah pelajar Sabah terus meningkat dan sehingga kini pelajar Sabah berjumlah 189 orang di seluruh Mesir bagi sesi 2008/2009. Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras dan matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir sama ada di Universiti Al-Azhar ataupun pusat pengajian tinggi yang lain. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir.

Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut. Pada tahun ini, matlamatnya diperluaskan lagi dalam latihan dan medan untuk melahirkan para intelektual dan du’at muda Islam yang berkaliber dan berkarisma dalam menjayakan kesinambungan dakwah di Sabah kelak. Dalam pada itu BKPSM kini agak aktif di negeri Sabah dengan mengadakan beberapa program untuk umum khasnya para pelajar. Justeru BKSPM bergerak sebagai sebuah badan dakwah di Sabah.

MATLAMAT PENUBUHAN BKPSM

Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir. Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut di bumi Kinanah ini.

Pada tahun ini, matlamatnya diperluaskan lagi dalam latihan dan medan untuk melahirkan para intelektual dan du’at muda Islam yang berkaliber dan berkarisma dalam menjayakan kesinambungan dakwah di Sabah kelak. Dalam pada itu BKPSM kini agak aktif di negeri Sabah dengan mengadakan beberapa program untuk umum khasnya para pelajar. Justeru BKSPM bergerak sebagai sebuah badan dakwah di negeri Sabah.

MOTTO

Motto BKPSM akan berubah pada setiap tahun mengikut persetujuan ahli dan persekitaran semasa. Untuk sesi 2008/09 ini ahli BKPSM telah bersetuju untuk mengekalkan motto BKPSM seperti tahun yang lalu iaitu “JIL MANSYUD PENERAJU UMMAH”.


LOGO BKPSM

SIMBOL-SIMBOL PADA LOGO BKPSM

  • Simbol Kubah pada Logo BKPSM bermaksud Menara Kejayaan.
  • Simbol Kitab pula bermaksud ‘ketamadunan Ilmu Islam.
  • Simbol Peta Sabah bermaksud ‘jiwa patriotik’.
  • Simbol Bulan Sabit pula membawa maksud ‘lambang kedaulatan Islam’.

WARNA-WARNA PADA LOGO BKPSM

  • Warna Merah pada logo BKPSM bermaksud ‘Keberanian dan ketegasan’.
  • Warna Biru pula bermaksud ‘Kedamaian dan keteguhan diri’.
  • Warna Putih bermaksud ‘Keikhlasan dalam perjuangan’.
  • Warna Hijau pula membawa maksud ‘Syiar Islam’
Sumber : Portal Rasmi BKPSM 2009

Friday 7 August 2009

W.S Rendra Meninggal Dunia


Tarikh Lahir : 7 November 1935

Meninggal Dunia : 7 Ogos 2009

Aku lemas
Tapi berdaya
Aku tidak sambat rasa sakit
atau gatal

Aku pengin makan tajin
Aku tidak pernah sesak nafas
Tapi tubuhku tidak memuaskan
untuk punya posisi yang ideal dan wajar

Aku pengin membersihkan tubuhku
dari racun kimiawi

Aku ingin kembali pada jalan alam
Aku ingin meningkatkan pengabdian
kepada Allah

Tuhan, aku cinta padamu

Puisi Terakhir - W.S Rendra