Friday 30 March 2012

Filem Iran 'A Separation' Menang Anugerah Oscar 2012

m


FILEM 'A Separation' arahan Asghar Farhadi (dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami) menjadi filem Republik Islam Iran pertama memenangi Anugerah Academy atau dikenali dengan nama Anugerah Oscar ke-84 untuk kategori filem berbahasa asing terbaik mengalahkan filem negara haram Israel, 'Footnote'. Tahniah!

Memberi pengajaran kepada para karyawan dan penggiat industri seni tanah air, tanpa adegan ranjang, khurafat dan tahyul serta artis yang memakai pakaian 'dedah sana, dedah sini', tetap boleh memperolehi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah senarai penuh penerima Oscar 2012:

Filem Terbaik

The Artist

Pengarah Terbaik

The Artist, Michel Hazanavicius

Pelakon Lelaki Terbaik

Jean Dujardin, The Artist

Pelakon Wanita Terbaik

Meryl Streep, The Iron Lady

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Christopher Plummer, Beginners

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Octavia Spencer, The Help

Filem Cereka Animasi Terbaik

Rango, Gore Verbinski

Pengarahan Seni Terbaik

Hugo, Dante Ferretti (Rekaan Produksi) dan Francesca Lo Schiavo (Dekorasi Set)

Sinematografi Terbaik

Hugo, Robert Richardson

Rekaan Kostum Terbaik

The Artist, Mark Bridges

Suntingan Terbaik

The Girl with the Dragon Tattoo, Kirk Baxter dan Angus Wall

Filem Bahasa Asing Terbaik

A Separation, pengarah Asghar Farhadi (Iran)

Solekan Terbaik

The Iron Lady, Mark Coulier dan J. Roy Helland

Suntingan Bunyi Terbaik

Hugo, Philip Stockton dan Eugene Gearty

Adunan Bunyi Terbaik

Hugo, Tom Fleischman dan John Midgley

Dokumentari - Cereka

Undefeated, TJ Martin, Dan Lindsay dan Rich Middlemas

Dokumentari - Pendek

Saving Face, Daniel Junge dan Sharmeen Obaid-Chinoy

Kesan Visual Terbaik

Hugo, Rob Legato, Joss Williams, Ben Grossman dan Alex Henning

Muzik (Skor Asal Terbaik)

The Artist, Ludovic Bource

Muzik (Lagu Asal Terbaik)

Man or Muppet, muzik dan lirik Bret McKenzie, The Muppets

Filem Pendek (Animasi) Terbaik

The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore, William Joyce dan Brandon Oldenburg

Filem Pendek (Aksi Langsung) Terbaik

The Shore, Terry George dan Oorlagh George

Penulisan (Lakon Layar Adaptasi) Terbaik

The Descendants, oleh Alexander Payne dan Nat Faxon & Jim Rash

Penulisan (Lakon Layar Asal) Terbaik

Midnight in Paris, oleh Woody Allen

Friday 16 March 2012

2 Bulan


SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.

Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, ‘Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.’

Mengapa?

Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.

Bagaimana?

Tidak perlu dicerita lagi. Orang lain dari parti lainlah yang mengambil kuasa di Putrajaya.

Lagi cepat pilihan raya itu diadakan, lagi cepatlah Rosmah Mansor tidak bergelar Wanita Pertama.


Habis, Perdana Menteri macam mana? Siapa pula?

Anwar Ibrahimlah! Siapa lagi?

Kalau begitu Dr. Wan Azizahlah jadi Wanita Pertama?


Tidak. Ia diserahkan semula kepada Raja Permaisuri Agong. Tiada lagi selepas itu orang biasa menjadi Wanita Pertama. Isteri Najib saja orang biasa pertama dan terakhir jadi Wanita Pertama.


Memulangkannya kepada Raja Permaisuri Agong adalah adab memelihara institusi istana. Tidaklah lagi orang-orang di kayangan mengata institusi istana sudah goyah.

Apakah tempoh Perdana Menteri Najib hendak berakhir?

Apa lagi yang ditunggu?

Memanjangkan tempohnya hingga setahun lagi akan menyegerakan negara jadi macam Greece dan Itali, berada di ambang muflis. Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah berkata, Malasyia boleh bankrap sebelum tahun 2020.

Yang menyebabkan muflis itu bukan lagi kerana meneruskan subsidi tertentu, tetapi berbelanja menteri kewangan seperti hujan lebat mencurah bumi. Jika lepas dua bulan nanti Najib tidak digantikan, tunggulah berlakunya amaran Idris Jala.

Apakah selepas dua bulan ini Najib akan pergi? Jika dia adakan pilihan raya seperti yang dirancangnya itu, maka dia menempah untuk pergi cepat. Kalau ditunggunya hingga tahun depan, bagaimana? Tunggu tahun depanlah pula.

Apa yang tidak sempat dibuat kiranya Najib digantikan dua bulan lagi?

Mungkin rayuan pembebasan Anwar atas kes liwat 2 tidak sempat diselesaikan. Tetapi entahlah kalau ia disegerakan.

Bagaimana kalau rayuan itu lambat selesai?

Sempat Anwar jadi Perdana Menteri dulu.

Apa ajaibnya kalau Najib berakhir dua bulan lagi?

Ia memberi peluang kepada Dr. Mahathir melihat apa yang dia tidak mahu lihat selama ini.

Bukankah ia memakbulkan impian Anwar selama ini?

Itu Anwar dulu. Semasa dia berdua Mahathir. Tetapi sudah dia tidak lagi berdua, keutamaannya Dr. Mahathir tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.

Kalau Najib tumbang dua bulan lagi, ia bukan kekalahan Najib yang utama, tetapi yang utama itu ialah kegagalan dan kekecewaan Dr. Mahathir. Najib itu sekadar buah catur Mahathir saja.

Yang membuang Abdullah Badawi dulu ialah Mahathir. Tetapi kalau Najib dibuang ia kerana Dr. Mahathir sudah tidak tahu nak apa lagi. Ia adalah kerana orang ramai hendak menyelamatkan negara jadi muflis seperti yang Idris Jala sebut dan mahu mengelakkan Perdana Menteri berbelanja ikut suka hati isteri.

Anwar sudah tidak seperti dulu lagi hendak menjadi Perdana Menteri. Hal itu sudah jadi payah apabila Mahathir buat dia begitu. Tetapi yang mahukan Anwar menggantikan Najib ialah sekalian rakyat dan orang-orang yang kesiankan Malaysia yang tidak lalu lagi tinggal di bawah penyelewengan UMNO, BN dan Najib.

Setakat ini dia yang berupaya untuk mencabar kerakusan UMNO dan Najib.

Tunggulah dua bulan lagi apakah dapat diselamatkan atau pun terpaksa menanggung beban lagi?

Puisi Oki Setiana Dewi @ Bicara Selebriti

Friday 9 March 2012

Al-Fatihah : Zahari Hasib


Penyair Zahari Hasib (65) telah meninggal dunia pada 26 Februari 2012. Saya acapkali melihat nama Allahyarham dalam akhbar dan majalah dengan puisi-puisi segar dan bererti.
Sewaktu puisi saya pertama kali disiarkan dalam ahkbar Harakah dan tabloid Siasah, nama Allahyarham kerap mewarnai ruangan sastera dan budaya di akhbar tersebut. Walaupun hanya sekadar mengenali nama dan tidak pernah bersua, perjuangan Allahyarham menobatkan seni dan sastera ke maqam 'terhormat' sangat dihargai.

Al-Fatihah...


Lima buah puisi yang telah disiarkan dalam akhbar Harakah Bil. 1722 (5 - 8 Mac 2012) :

Terima Kasih

Terima kasih kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman


terima kasih kepada mentari
yang membawa sinar terang
lagi indah

terima kasih kepada sihat
yang tak menjadikan aku sakit
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa buah puisi

terima kasih
dan kesyukuranku pada Tuhan
kerana telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!



Catatan Dalam Bas

Sukar sekali
mahu jadi orang baik
dan bersopan

sebab kuala lumpur
seolah-olah mengajar kita
supaya bertindak bengis
kasar dan ganas

lalu di dalam bas ini
tidak ada lagi persaudaraan
atau timbang rasa

maka amat payah
untuk menemui mereka yang sudi
hendak meluangkan tempat duduk
bagi seorang buta
anak sekolah
atau ibu sarat mengandung


Cermin Muka


Cermin muka ini
tak pernah menyatakan bohong
pada tiap masa
ia menunjukkan yang benar selalu

ia menampakkan wajah
rambut
telinga
mata
serta bulu hidung

maka seperti pada tiap hari
kita bersolek dan bersikat di sini
untuk pada lahirnya akan
kelihatan cemas bersih serta
cantik

tetapi apakah
begitu juga hati yang di dalam?



Seorang Anak Muda

Seorang anak muda
yang gila dan melarat
rupanya masih ada tuah
sebab telah diterima
menjadi tamu
untuk makan bersama orang banyak
dan suatu majlis perkahwinan
di flat kami

sesudah kenyang
dia bangun beredar
lalu diarak pula
oleh ramai kanak-kanak
sambil ada yang bertepuk
dan menyanyi

maka dengan megah
dia pun berjalan di hadapan
sambil mengangkat kedua tanganya
dengan nyaring dia menjerit
undilah aku!
undilah aku!
saya ini calon pemimpin masa depan
kalau nati saya menag
nescaya
aku kuturunkan sewa rumah tuan-tuan!



Panggung Anniversary

Ketika bertanya isteriku
bagaimana panggung aniversary
pada malam itu?

aku cuma menjawab pendek:
keadaannya macam selalu
yang ramai datang orang Melayu
menggendong kekasih
anak serta cucu

nasiblah hujan lebat malam itu
kuranglah untung
si Cina cincau dan air tebu!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

Wednesday 7 March 2012

Friday 2 March 2012

ISLAM dan SOLEH

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang soleh boleh memimpin parti itu.

Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah "muslim yang soleh".

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, " katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.

Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.

"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

"Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba," katanya dalam nada menyindir.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

“Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?

"Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Sumber : Harakahdaily

Menyambut Kedatangan Tok Guru ke Sabah