Thursday 30 April 2009

Salam Imtihan


'Wira dan serikandi tidak dilahirkan di atas lautan yang tidak bergelombang'. Selamat menghadapi peperiksaan buat semua sahabat di Bumi Kinanah. Semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Sahabat anda,

Amiruddin Mohd. Rosdi

Wednesday 29 April 2009

Walimatul 'Arus : Selamat Pengantin Baru


1)al-Akh Ustaz Hj. Mohd Lukman Said dan pasangannya Ustazah Siti Hadibah Abd Hajar

(30 April 2009 - Alor Setar Kedah)

2)al-Akh Ustaz Bahtiar Hud dan pasangannya Ustazah Aisyah Hj Hamzah

(08 Mei 2009 - Dewan Masjid Pg Galpam Batu 7 Sandakan)

Penduga Arus : Ungkapan "Kahwin-kahwin Bah" untuk mereka yang masih 'sendiri'.

Tanpa takliq



Manchester United v Arsenal
UEFA Champions League, Old Trafford

Sunday 19 April 2009

Bahasa Arab dan 'Prof' Wenger

SUDAH seminggu saya cuba untuk 'menerangkan' Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar perubatan. Saya bukanlah seorang yang berkelayakan untuk memberi kefahaman tentang bahasa. Atas dasar ingin membantu, saya gagahkan diri untuk mengajar mereka. Melalui pendidikan dan pengalaman yang sekelumit cuma, saya cuba menggunakan 'skill' yang santai dan mudah difahami.

Adakalanya, untuk menterjermah kalimah Bahasa Arab ke Bahasa Melayu perlu menggunakan 'kepakaran' mengolah ayat tersebut. Jika tidak, berkemungkinan besar kalimah yang diterjemah akan kelihatan caca marba dan sukar untuk difahami. Lebih-lebih lagi jika terkena dengan orang yang kurang basic dalam Bahasa Arab. Perlu disedari, mempelajari sesuatu bahasa, memerlukan kesabaran dan ketekunan.

Khali.

Semalam, Arsenal disingkirkan oleh Chelsea dalam perlawanan Separuh Akhir Piala FA. Berikut adalah kenyataan Profesor Wenger :


"The disappointment of the day is that we gave two cheap goals away, and in a game of that level it has a bad outcome, especially with seven minutes to go. It was a big blow. The two teams looked jaded physically, maybe us a bit more than them.

"We missed a few opportunities on crosses in the second half, and were unlucky in the last minute. They had one or two chances, but it looked like it would go to extra time, until we gave a goal away that you should not at this level."


Tuesday 14 April 2009

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir buat seorang abang, sahabat, dan 'sifu', Ustaz Mohd Syauqi Arshad yang menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-27.

Moga sentiasa thabat dalam perjuangan. Lagi satu, 'cepat-cepat' kahwin.^_^

Friday 10 April 2009

Belajar dan Mengajar


KITAB ini saya akan cuba 'khatam'kan sebelum imtihan semester ke-2 bermula. Saya ditaklifkan untuk itu. Ini merupakan silibus pembelajaran Bahasa Arab untuk pelajar perubatan tahun satu Universiti Al-Azhar.

BERITA : Tawaran biasiswa ke Universiti Al-Azhar

KUALA LUMPUR: Amanah Raya Berhad (ARB) dengan kerjasama Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan biasiswa kepada pelajar Islam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Menurut kenyataan ARB di sini hari ini, permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam yang memenuhi syarat kelayakan iaitu memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Syariah, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan subjek berkaitan.

Latar belakang dan sosio ekonomi keluarga seperti anak yatim, ibu bapa berpendapatan rendah dan jumlah adik-beradik juga diambil kira dalam proses pemilihan ini.

Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui portal web www.amanahraya.com.my atau menghubungi talian 03-20557373/625 untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April ini.

Sumber : BERITA HARIAN

Penduga Arus : Mungkin ini adalah sebuah berita yang menggembirakan. Dari hari ke hari, UNIVERSITI AL-AZHAR semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Jangan saja, 'ada sesuatu di sebalik batu' yang cuba dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk meng'gula-gula'kan mahasiswa pengajian agama ini. Seawalnya, kita dididik untuk bersikap Husn al-zhon (berbaik sangka). Berbaik sangka lah!

Thursday 9 April 2009

Jemputan Ke FEKSAS '09




SEMALAM saya menerima dua keping tiket konsert nasyid berserta surat jemputan 'ala jemputan kahwin' untuk menghadiri FESTIVAL KEBUDAYAAN DAN SUKAN ASEAN 2009 (FEKSAS) bertempat di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

Berkemungkinan besar saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. 'TAHNIAH' kepada anak-anak SABAH yang menjadi TULANG BELAKANG pada program tersebut.

Monday 6 April 2009

HATRIK





ESOK berkemungkinan banyak hat-trick yang bakal kita saksikan. Boleh jadi Adebayor melakukan hat-rick apabila 'The Gunners' menentang 'Yellow Submarine' dalam babak lapan besar bola sepak Liga Juara-Juara Eropah.

Dan tidak mustahil, jika Pakatan Rakyat (PR) juga melakukan hat-rick untuk ketiga-tiga pilihanraya kecil esok. Bagaimanakah kesudahannya? Tunggu dan saksikan.

Friday 3 April 2009

Terjawab sudah - R.A.H.M.A.N


Penduga Arus : Mungkin saja "A" untuk Abdullah itu 'selayaknya' untuk Anwar Ibrahim dan "N" untuk Najib 'diberi' kepada Tuan Guru Nik Aziz. Apa sangat yang ada pada teori R.A.H.M.A.N?

Teruskan berjuang wahai pejuang-pejuang ISLAM!!!

Gambar : Siti Nurhaliza bertemu TGNA


“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya”. - Siti Nurhaliza