Sunday 9 August 2009

Portal Rasmi Baharu BKPSM



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Portal Rasmi Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) telah bertukar wajah baharu. Selamat berkunjung kepada semua di alamat http://bkpsm.co.cc/

SEJARAH BADAN KEBAJIKAN PENUNTUT SABAH MESIR (BKPSM)

Mahasiswa/wi Sabah mula melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar sejak tahun 1970-an lagi. Dalam jumlah yang sedikit mahsiswa/wi telah (mengilhamkan) mewujudkan persatuan yang diberi nama Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir. Pada ketika itu BKPSM belum lagi berdaftar menjadi persatuan rasmi. Pada tarikh 16 Disember 1984 Persatuan Mahasiswa Sabah Mesir [PMSAM] telah ditubuhkan bagi menggantikan BKPSM dalam mesyuarat BKPSM kali ke-7. PMSAM yang ditubuhkan pada ketika itu bernaung di bawah persatuan induk iaitu PMRAM.

Bagaimanapun pada tahun 1986 atas cadangan PMRAM, nama PMSAM telah diganti semula dengan nama BKPSM. Pada peringkat awalnya PMSAM bimbang atas nama pertukaran ini kerana takut badan-badan berkenaan di Sabah memandang remeh dan kurang memberi perhatian serta kerjasama terhadap persatuan. Pada tahun 1977 pelajar Sabah hanya berjumlah 2 orang. Manakala pada tahun penubuhan BKPSM, jumlah pelajar adalah seramai 24 orang. Dari detik sejarah ini, jumlah pelajar Sabah terus meningkat dan sehingga kini pelajar Sabah berjumlah 189 orang di seluruh Mesir bagi sesi 2008/2009. Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras dan matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir sama ada di Universiti Al-Azhar ataupun pusat pengajian tinggi yang lain. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir.

Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut. Pada tahun ini, matlamatnya diperluaskan lagi dalam latihan dan medan untuk melahirkan para intelektual dan du’at muda Islam yang berkaliber dan berkarisma dalam menjayakan kesinambungan dakwah di Sabah kelak. Dalam pada itu BKPSM kini agak aktif di negeri Sabah dengan mengadakan beberapa program untuk umum khasnya para pelajar. Justeru BKSPM bergerak sebagai sebuah badan dakwah di Sabah.

MATLAMAT PENUBUHAN BKPSM

Pada awal penubuhan BKPSM sehingga kini teras matlamat BKPSM adalah bagi membantu pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran di negara Mesir. Ia juga berfungsi sebagai wadah kesatuan dan perpaduan pelajar Sabah di Mesir. Selain itu ia juga bertanggungjawab membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah semasa menuntut di bumi Kinanah ini.

Pada tahun ini, matlamatnya diperluaskan lagi dalam latihan dan medan untuk melahirkan para intelektual dan du’at muda Islam yang berkaliber dan berkarisma dalam menjayakan kesinambungan dakwah di Sabah kelak. Dalam pada itu BKPSM kini agak aktif di negeri Sabah dengan mengadakan beberapa program untuk umum khasnya para pelajar. Justeru BKSPM bergerak sebagai sebuah badan dakwah di negeri Sabah.

MOTTO

Motto BKPSM akan berubah pada setiap tahun mengikut persetujuan ahli dan persekitaran semasa. Untuk sesi 2008/09 ini ahli BKPSM telah bersetuju untuk mengekalkan motto BKPSM seperti tahun yang lalu iaitu “JIL MANSYUD PENERAJU UMMAH”.


LOGO BKPSM

SIMBOL-SIMBOL PADA LOGO BKPSM

  • Simbol Kubah pada Logo BKPSM bermaksud Menara Kejayaan.
  • Simbol Kitab pula bermaksud ‘ketamadunan Ilmu Islam.
  • Simbol Peta Sabah bermaksud ‘jiwa patriotik’.
  • Simbol Bulan Sabit pula membawa maksud ‘lambang kedaulatan Islam’.

WARNA-WARNA PADA LOGO BKPSM

  • Warna Merah pada logo BKPSM bermaksud ‘Keberanian dan ketegasan’.
  • Warna Biru pula bermaksud ‘Kedamaian dan keteguhan diri’.
  • Warna Putih bermaksud ‘Keikhlasan dalam perjuangan’.
  • Warna Hijau pula membawa maksud ‘Syiar Islam’
Sumber : Portal Rasmi BKPSM 2009

No comments: