Friday, 10 February 2012
Friday, 3 February 2012
Hakikat di WSJ

CATATAN dan 'matan' lengkap wawancara Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Wall Street Journal (WSJ) di bawah saya petik dari blog Tuan MSO.
Saya   diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari   2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar   negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I  support all efforts to protect the security  of the state of Israel,"  said Mr. Anwar, although he stopped short of  saying he would open  diplomatic ties with the Jewish state, a step which  he said remains  contingent on Israel respecting the aspirations of  Palestinians."
  Pendirian  saya ini ternyata sejajar dengan prinsip  perjuangan Parti Keadilan  Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan  Sejagat dan tegas  membela hak mereka yang dizalimi.
Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia   fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an   independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking   into account the security concerns of both parties (Israel and   Palestine)."
  Ternyata dari kenyataan  Menteri Luar Negara, dasar  Malaysia adalah bersedia menghormati hak  rakyat Palestin dan Israel  untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.m

ANWAR IBRAHIM
Subscribe to:
Comments (Atom)