Tuesday 23 March 2010

Syeikhul Azhar Baharu : Syeikh Dr. Ahmed Tayyib

Syeikh Dr. Ahmed Mohamed Ahmed al Toyyib Hafizahullah, Syeikhul Azhar ke-43

Thursday 18 March 2010

Cerpen Dalam Proses

SEBUAH cerpen akan dihasilkan sedikit masa lagi. Mungkin juga akan disiarkan di dalam sebuah media arus perdana. Insya-Allah.

Sunday 14 March 2010

2006 Itu...

Mungkinkah sekali lagi pada tahun 2010?

Thursday 11 March 2010

Hilangnya Sebutir Permata -Syeikhuna Syeikh Al-Azhar al Imam al Akbar Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi



SYEIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF, Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi wafat ketika berusia 82 tahun. Beliau diputerakan pada 28 Oktober 1928.

Al Fatihah.

Sungguh memeranjatkan apabila saya mendengar perkhabaran mengenai kewafatan Syeikh Al-Azhar, Fadhilah al Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi. Ditambah lagi dengan pengumuman yang disampaikan di Buletin Utama TV3 malam tadi. Betapa dunia kehilanggan seorang ulama besar yang dihormati.

Teringat kali pertama bersua muka dengan Allahyarham pada tahun 2006 di Masjid Raba'ah al Adaweyah. Ketika itu Allahyarham menjadi imam solat jenazah salah seorang tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar yang meniggal dunia.

Kali terakhir saya hadir dalam majlis bersama Allahyarham Fadhilah al Syeikh al Imam al Akbar, ketika majlis sambutan melihat anak bulan Ramadhan 1429 H (2008 M).

Majlis terakhir bersama Allahyarham

Tulisan-tulisan Allahyarham seringkali menghiasi ruangan kolum di dalam majalah, akhbar-akhbar tempatan sehingga kepada penulisan kitab-kitab ilmiah di mesir dan dunia. Secara peribadi, saya sentiasa mengikuti ruangan tafsir al Quran tulisan Allahyarham di dalam akhbar 'Suara Al-Azhar' setiap minggu. Kami akan sentiasa merinduimu yaa Syeikhana.

Kematian itu suatu yang pasti!

Tuesday 9 March 2010

Perang Dunia Nyata Tewaskan Perang Fantasi



PEMENANG ANUGERAH ACADEMY KE-82

  • Filem Terbaik: The Hurt Locker
  • Pengarah Terbaik: Kathryn Bigelow (The Hurt Locker)
  • Pelakon Lelaki Terbaik: Jeff Bridges (Crazy Heart)
  • Pelakon Wanita Terbaik: Sandra Bullock (The Blind Side)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christoph Waltz (Inglourious Basterds)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Mo’Nique (Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire)
  • Filem Animasi Terbaik: Up
  • Filem Asing Terbaik: The Secret in Their Eyes (El Secreto de Sus Ojos) - Argentina
  • Sinematografi: Mauro Fiore (Avatar)
  • Rekaan Pakaian: Sandy Powell (The Young Victoria)
  • Suntingan: Bob Murawski dan Chris Innis (The Hurt Locker)
  • Solekan: Barney Burman, Mindy Hall dan Joel Harlow (Star Trek)
  • Muzik Terbaik: Michael Giacchino (Up)
  • Lagu Asal Terbaik: The Weary Kind (Crazy Heart)
  • Kesan Visual: Avatar
  • Arahan Seni: Avatar
  • Suntingan Bunyi: The Hurt Locker
  • Adunan Bunyi: The Hurt Locker
  • Lakon Layar Adaptasi: Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire
  • Lakon Layar Asal: The Hurt Locker
Tambahan : Kedua-duanya belum sempat diladeni.

Monday 8 March 2010