Thursday 31 March 2011

Roh Reformasi : Ceramah DSAI Berapi!



Terhangat di Pasaran!

RAMAI yang sedia maklum, media-media cetak kini semakin hilang 'pengaruh' dilitupi akses media atas talian yang gemar dilayari para audien.

Lidah rasmi Parti Islam Se-Malaysia, harakah misalnya, terpaksa bersaing untuk 'hidup' untuk sentiasa segar dan relevan. Momokan berita dan hipokrasi dari media tradisi yang dipenuhi para penulis dan wartawan dengan maklumat yang sentiasa berat sebelah (baca : menyebelahi satu pihak sahaja) menjengkelkan para pembaca.

Hasilnya, media alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan (masih digantung permitnya hingga ke hari ini) The Rocket, Siasah dan Buletin Rakyat sentiasa dinantikan kemunculannya.

Hasil tinjauan saya baru-baru ini (pasaran negeri Sabah) mendapati Harakah Bil 1625 (Edisi Jumaat) dengan tajuk utama 'Politik Malaysia semakin jijik : Video Seks Plot Ke-3' mendapat perhatian ramai.

Sebab apa? Saya yakin, para pembaca di luar sana ingin mendapat hidangan berita yang telus dan berwibawa.

Akhirnya, untuk muhasabah semua, "jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur"!.

Monday 28 March 2011

Jurulatih Futsal Milo 2011

SAYA akan membimbing sebuah pasukan futsal bawah 12 tahun untuk menyertai 'Karnival Futsal Lelaki Milo Hidup Bola' anjuran Milo yang akan berlangsung di Suria Indoor Centre, Jesselton Point, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 April 2011.

Jadual untuk setiap perlawanan mengikut negeri boleh di lihat di sini.

Isu Di Syria : PMRAM Menghubungi PPMS


KAHERAH, 27 Mac - Isu pergolakan politik di Syria menjadi tumpuan pihak PMRAM kerana ia membabitkan keselamatam mahasiswa Malaysia yang berada di sana. Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah menghubungi Presiden PPMS, Saudara Hazuan bagi mengetahui secara lanjut perkembangan keselamatan mahasiswa/ Malaysia yang berada di sana.

Presiden PPMS menjelaskan setakat ini keselamatan mahasiswa Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan suasana yang berlaku masih terkawal kerana berjauhan dengan tempat kediaman mahasiswa Malaysia.

Selain itu, Pemangku Presiden menjelaskan bahawa PMRAM sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sana lebih-lebih lagi PPMS merupakan rakan jalinan SMART yang telah ditubuhkan
pada tahun 2007.

"Justeru, menjadi kewajipan pihak PMRAM untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini bagi menbantu pihak PPMS dalam isu yang berlaku ini," jelas beliau.


Beliau menambah, perbincangan awal telah dilakukan antara pihak PMRAM dan PPMS bagi isu ini dan PMRAM menjadi rujukan bagi tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh pihak PPMS memandang isu seperti ini telah berlaku di Mesir lebih awal lagi iaitu pada 25 Januari.

"Kita juga akan memperkasakan jalinan SMART antara persatuan-persatuan Timur Tengah mengenai isu ini dalam aspek kebajikan dan keselamatan mahasiswa/wi kita. Kita harap kebersamaan yang dijalinkan ini akan lebih memantapkan persatuan kita di tempat masing-masing. Setakat ini, PMRAM masih lagi mendapatkan makluman semasa secara langsung dengan Presiden PPMS dan berbincang untuk tindakan demi tindakan," jelas beliau ketika diminta mengulas isu yang berlaku di Syria.

Sumber : pmram.org

Thursday 24 March 2011

"Jangan Berpolitik Semasa Belajar"



UNGKAPAN 'jangan berpolitik semasa belajar' sudah sinonim didengar oleh penulis. Paling ketara ianya digunakan mengikut 'selera' siasah yang tidak mencerminkan ketulenan hakiki. Hatta ke hari ini, ungkapan ini sebenarnya lebih banyak 'hipokrasi dari realiti.

Tidak berniat berbicara lebih panjang. Lihat sahaja dua keping foto di atas! Siapa sebenarnya yang mempolitikkan evakuasi - penghantaran kembali para pelajar yang menuntut di Mesir? Kalam orang-orang muda sekarang; "lu fikirlah sendiri'.

Video Seks : Fitnah Menggila!





http://www.keadilandaily.com/?p=9722

Sunday 13 March 2011

Gempa 8.9 Jepun : Tidak Perlu Tunggu '2012'

Filem '2012' yang diilhamkan oleh puak musytasyrikun menggambarkan kiamat akan berlaku pada tahun hadapan.


Di bawah ini penulis tampalkan video dan gambar-gambar kejadian gempa mengakibatkan tsunami yang melanda bumi Tokyo, Jepun 11 Mac 2011. Jika Allah S.W.T berkata 'Kun' maka jadilah apa yang akan terjadi.




















































Takziah kepada seluruh rakyat negara 'Matahari Terbit'.