Monday 28 March 2011

Isu Di Syria : PMRAM Menghubungi PPMS


KAHERAH, 27 Mac - Isu pergolakan politik di Syria menjadi tumpuan pihak PMRAM kerana ia membabitkan keselamatam mahasiswa Malaysia yang berada di sana. Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah menghubungi Presiden PPMS, Saudara Hazuan bagi mengetahui secara lanjut perkembangan keselamatan mahasiswa/ Malaysia yang berada di sana.

Presiden PPMS menjelaskan setakat ini keselamatan mahasiswa Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan suasana yang berlaku masih terkawal kerana berjauhan dengan tempat kediaman mahasiswa Malaysia.

Selain itu, Pemangku Presiden menjelaskan bahawa PMRAM sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sana lebih-lebih lagi PPMS merupakan rakan jalinan SMART yang telah ditubuhkan
pada tahun 2007.

"Justeru, menjadi kewajipan pihak PMRAM untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini bagi menbantu pihak PPMS dalam isu yang berlaku ini," jelas beliau.


Beliau menambah, perbincangan awal telah dilakukan antara pihak PMRAM dan PPMS bagi isu ini dan PMRAM menjadi rujukan bagi tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh pihak PPMS memandang isu seperti ini telah berlaku di Mesir lebih awal lagi iaitu pada 25 Januari.

"Kita juga akan memperkasakan jalinan SMART antara persatuan-persatuan Timur Tengah mengenai isu ini dalam aspek kebajikan dan keselamatan mahasiswa/wi kita. Kita harap kebersamaan yang dijalinkan ini akan lebih memantapkan persatuan kita di tempat masing-masing. Setakat ini, PMRAM masih lagi mendapatkan makluman semasa secara langsung dengan Presiden PPMS dan berbincang untuk tindakan demi tindakan," jelas beliau ketika diminta mengulas isu yang berlaku di Syria.

Sumber : pmram.org

No comments: