Friday, 9 March 2012

Al-Fatihah : Zahari Hasib


Penyair Zahari Hasib (65) telah meninggal dunia pada 26 Februari 2012. Saya acapkali melihat nama Allahyarham dalam akhbar dan majalah dengan puisi-puisi segar dan bererti.
Sewaktu puisi saya pertama kali disiarkan dalam ahkbar Harakah dan tabloid Siasah, nama Allahyarham kerap mewarnai ruangan sastera dan budaya di akhbar tersebut. Walaupun hanya sekadar mengenali nama dan tidak pernah bersua, perjuangan Allahyarham menobatkan seni dan sastera ke maqam 'terhormat' sangat dihargai.

Al-Fatihah...


Empat buah puisi yang telah disiarkan dalam akhbar Harakah Bil. 1722 (5 - 8 Mac 2012) :

Terima Kasih

Terima kasih kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman


terima kasih kepada mentari
yang membawa sinar terang
lagi indah

terima kasih kepada sihat
yang tak menjadikan aku sakit
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa buah puisi

terima kasih
dan kesyukuranku pada Tuhan
kerana telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!



Catatan Dalam Bas

Sukar sekali
mahu jadi orang baik
dan bersopan

sebab kuala lumpur
seolah-olah mengajar kita
supaya bertindak bengis
kasar dan ganas

lalu di dalam bas ini
tidak ada lagi persaudaraan
atau timbang rasa

maka amat payah
untuk menemui mereka yang sudi
hendak meluangkan tempat duduk
bagi seorang buta
anak sekolah
atau ibu sarat mengandung


Cermin Muka


Cermin muka ini
tak pernah menyatakan bohong
pada tiap masa
ia menunjukkan yang benar selalu

ia menampakkan wajah
rambut
telinga
mata
serta bulu hidung

maka seperti pada tiap hari
kita bersolek dan bersikat di sini
untuk pada lahirnya akan
kelihatan cemas bersih serta
cantik

tetapi apakah
begitu juga hati yang di dalam?



Seorang Anak Muda

Seorang anak muda
yang gila dan melarat
rupanya masih ada tuah
sebab telah diterima
menjadi tamu
untuk makan bersama orang banyak
dan suatu majlis perkahwinan
di flat kami

sesudah kenyang
dia bangun beredar
lalu diarak pula
oleh ramai kanak-kanak
sambil ada yang bertepuk
dan menyanyi

maka dengan megah
dia pun berjalan di hadapan
sambil mengangkat kedua tanganya
dengan nyaring dia menjerit
undilah aku!
undilah aku!
saya ini calon pemimpin masa depan
kalau nati saya menag
nescaya
aku kuturunkan sewa rumah tuan-tuan!



Panggung Anniversary

Ketika bertanya isteriku
bagaimana panggung aniversary
pada malam itu?

aku cuma menjawab pendek:
keadaannya macam selalu
yang ramai datang orang Melayu
menggendong kekasih
anak serta cucu

nasiblah hujan lebat malam itu
kuranglah untung
si Cina cincau dan air tebu!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

Wednesday, 7 March 2012

Friday, 2 March 2012

ISLAM dan SOLEH

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi penegasannya bahawa sesiapa sahaja yang beragama Islam yang soleh boleh memimpin parti itu.

Katanya, persoalan bangsa sama ada Melayu atau sebaliknya tidak menjadi persoalan selagi mereka adalah "muslim yang soleh".

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah SWT, " katanya melalui laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya, tiada guna sekalipun pemimpin itu Melayu, jika jahil tentang undang-undang Islam itu sendiri.

Tanpa menamakan sesiapa, Tuan Guru Nik Aziz juga turut merujuk kepada bekas seorang pemimpin Melayu negara yang disifatkannya masih meraba-raba.

"Untuk apa berbangsa Melayu jika masih mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan terhadap undang-undang Allah SWT?

"Saya simpati dengan salah seorang bekas pemimpin negara yang rupanya masih meraba-raba," katanya dalam nada menyindir.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dipercayai sebagai respon terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam kennyataannya semalam mencabar PAS melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Presiden PAS.

“Dulu PAS kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam PAS?

"Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden PAS kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada pandangan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Sumber : Harakahdaily

Menyambut Kedatangan Tok Guru ke Sabah

Friday, 3 February 2012

Himpunan Anak Muda Sabah

Hakikat di WSJ


CATATAN dan 'matan' lengkap wawancara Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dengan Wall Street Journal (WSJ) di bawah saya petik dari blog Tuan MSO.

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.m

ANWAR IBRAHIM

Saturday, 14 January 2012

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3


Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-3

“Bersihkan Malaysia”

13 dan 14 Januari 2012

Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

13 Januari 2012:

Ceramah di seluruh 14 Kawasan Parlimen di Kedah (Bermula jam 9.00 malam):

Langkawi (Surau Kuala Melaka, Dun Ayer Hangat):
-YB Hatta Ramli
-Shamsul Iskandar Mohd Akin

Jerlun (Markas UPU Kerpan, Ayer Hitam):
-Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
-YB Zuraidah Kamaruddin
-Datuk Ir Amiruddin Hamzah

Padang Terap (Kampung Rambutan, Kuala Nerang):
-YB Salahuddin Ayub
-YB Tian Chua

Pokok Sena (Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Pekan Pokok Sena):
-Hj Mohamad Sabu
-YB Lim Guan Eng
-YB Fuziah Salleh

Kuala Kedah (Markaz PAS Telok Bagan):
-Hanipa Maidin
-Rafizi Ramli
-YB Ngeh Koo Ham

Pendang (Tapak Pasar Sehari, Tanah Merah):
-YB Siti Zailah Mohd Yusof
-YB R. Sivarasa Rasiah
-Hanipa Maidin

Sik (MTD Belantik, Pekan Sik):
-YB Datuk Takiyuddin Hassan
-YB Azan Ismail
-Ustazah Aishah Ghazali

Jerai (Sungai Tok Pawang, Bedong):
-Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
-YB Dr.Xavier Jayakumar
-Dr. Ismail Salleh

Merbok (Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai):
-YB Dr. Siti Mariah Mahmud
-Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
-Dr. Tan Seng Giaw

Sungai Petani (Taman Seri Pinang, Sungai Petani):
-Datuk Husam Musa
-YB Azmin Ali
-YB Nga Kor Ming

Baling (Malau, Kuala Ketil dan Pekan Baling):
-YB Abdul Wahid Endut
-Dr. Chua Jui Meng
-YB M.Kulasegaran

Padang Serai (Dewan Chee Tean Khor, Padang Serai):
-Datuk Husam Musa
-YB Elizabeth Wong

Kulim Bandar Baharu (Dewan Bandaran Kulim):
-Datuk Kamaruddin Jaafar
-YB Saifuddin Nasution
-YB Tony Pua

14 Januari 2012:

Konvensyen Pakatan Rakyat
Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Suka Menanti Alor Setar, Kedah

8:00 pagi Pendaftaran Peserta dan ketibaan jemputan
9:00 pagi Upacara sambutan para Pimpinan Tertinggi
9:15 pagi Ucapan Pembukaan Pimpinan
· YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
· YB Sen. Tunku Abdul Aziz
· Y. Brs Dato’ Mustafa Ali
· YB Mohamed Azmin Ali
10:15 pagi Rehat
10:30 pagi Ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia
Pengerusi: YB Dato’ Johari Abdul
· Wakil Felda – Pn Siti Khalijah
· Wakil Penjawat Awam –
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab
· Wakil Sabah – Y. Bhg. Tan Sri Simon Sipaun
· Wakil Sarawak – Sdr Nicholas Mujah
· Wakil Budayawan – Sdr Dinsman
· Wakil Akademik – Prof. Dr. Nazari Ismail
· Wakil NGO – Y. Bhg. Dato’ Ambiga
· Wakil Pemuda @ Pelajar – Sdr Shukri Razab
11:45 tengahari Perbahasan Perwakilan
1:15 petang Rehat
2:30 petang Sambungan Perbahasan Perwakilan
3:00 petang
Pembacaan Ikrar Setia para Perwakilan
Ucapan Penggulungan Pimpinan
Moderator: YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
· Y. Bhg. Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
· YAB Tuan Lim Guan Eng
· YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
· YB Tuan Karpal Singh
· YAB Tuan Guru
· Dato’ Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
· YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
5:00 petang Majlis tamat

RAPAT RAKYAT PERDANA
Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

7:00 – 11:00 malam
Rapat Rakyat Perdana
Penceramah:
· YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
· YB Dr. Tan Seng Giaw
· YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
· YB Tuan Mohamed Azmin Ali
· YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
· YB Tuan Karpal Singh
· YAB Tuan Guru
· Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
· YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Friday, 13 January 2012

Filem Pendek : OKU


Ayat 'power' Bob Lokman : Aku mengucapkan tahniah kerana ko masuk PAS..;)

Wednesday, 11 January 2012

Monday, 9 January 2012