Sunday 29 August 2010

Non-Muslim di Masjid Al-Azhar


Allahyarham Syeikhul Azhar Dr. Muhammad Sayyed Tantawi bersama Putera Charles dan isterinya Camilla ketika mengunjungi Masjid Al-Azhar

Mendiang Puteri Diana di Masjid Al-Azhar

Dua orang wanita non-muslim di dalam Masjid Al-Azhar


Di Dalam kitab ad-Din wa al-Hayah (Fatawa al-'Ashriah al-Yaumiah) tulisan al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Republik Arab Mesir, ketika ditanya pendapat beliau tentang orang nasrani (kristian) memasuki masjid dan ruang ibadat umat Islam, beliau menjawab, moga-moga mereka (non-Muslim) diberi hidayah oleh Allah apabila melihat keindahan agama Islam selepas memasuki masjid tersebut.

Sila klik untuk penjelasan isu non-Muslim memasuki masjid di Malaysia.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 di sini.

Friday 27 August 2010

Imam Masjid Al-Azhar @ Qaryah Ramadhan

Syeikh Asyraf Hamed Hasani al-Husaini

Sila klik.

Tuesday 24 August 2010

Puisi di myMetro


SAYA menerima e-mel daripada Puan Ayu, editor sastera akhbar versi internet myMetro (Harian Metro) yang memaklumkan puisi saya terpilih untuk disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Walau bagaimanapun, saya masih belum sempat menatap puisi itu dalam bentuk keratan akhbar. Puisi itu berjudul Nur Kasih.


NUR KASIH

Hari ini

melambai takdir

di jendela kewarasan .


Esok

ripuh berlari

mengejar mimpi

melankoli membaluti

berdiri di kaki bumi

menerjah ilusi .


Betapa pasti,

nur kasih yang dicari

akan ditemui .

AMIRUDDIN MOHD. ROSDI
Madinat Nasr, Kaherah.

Monday 23 August 2010

Karrar : Pesawat Pengebom Tanpa Juruterbang

Tuan Presiden di majlis perasmian

Sedia berlepas


*Alfu mabruk buat Presiden Dr. Mahmoud Ahmadinejad dan negara Republik Islam Iran.

Sunday 22 August 2010

Hijab@Bola

Berani lawan?


Tempelan (Marouane Chamakh)

Tuesday 17 August 2010

8 atau 20?


Definisi Solat Tarawih - Ibadah khusus yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Disunatkan secara berjemaah. Sah solat jika bersendirian.

Jumlah rakaat - Warid di dalam banyak hadith dan riwayat, Nabi Muhammad S.A.W, melaksanakan solat tarawih sebanyak 8, 10 dan 12 rakaat mengikut keadaan tertentu.

Disebutkan juga bahawasanya, Nabi Muhammad S.A.W solat tarawih 8 rakaat di masjid dan rakaat selebihnya dilakukan di rumah.

Di dalam kitab al-Muwatto' Imam Malik Rahimahullah, pada zaman Saidina Umar al-Khattab, solat tarawih dilakukan sebanyak 23 rakaat (termasuk witir).


Rujukan : 1)Fatwa Kontemporari (semasa) Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Republik Arab Mesir.

2)Feqh al-Minhaji Mazhab al-Imam asy-Syafie Jilid 1.

*Jangan bermasam muka tentang bilangan rakaat. Tunaikan mengikut kemampuan.

Syaitan Cuti?

Fan MU Laa taghdab!

Sunday 15 August 2010

Tahniah PMRAM!

Tetap teguh membelah badai

Saturday 14 August 2010

Jumpa Liverpool 'Baharu'

15 Ogos '10 - Liverpool vs ARSENAL

Friday 13 August 2010

Animasi Ibn Battuta


Lupakan Naruto. Layan animasi Ibn Battuta Ramadhan ini.

Thursday 12 August 2010

Dinar : Mata Wang Syariah

TGNA di majlis pelancaran di Kelantan Trade Centre (KTC)

Dinar Emas dan Dirham Perak

*Terus mekar di bawah kepimpinan ulama'.

Wednesday 11 August 2010

Fiesta Ramadhan?







RAMADHAN Kareem...
Allahu Akram!

Nurul Iman


1 Ramadhan 1431 Hijriah.

Drama bersiri TV ini mengadaptasikan kemolekan filem-filem Iran, di mana setiap waktu dan keadaan, wanita muslimah (bertudung) tidak perlu membuka auratnya walaupun berada di dalam rumah.