Thursday 30 December 2010

MALAYSIA!


Tahniah! Harimau Malaya juara Piala AFF Suzuki 2010.


Mahfuz, Anwar puji corak permainan Harimau Malaya baca di sini.

*Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak isytihar 31 Disember 2010 (Jumaat) sebagai cuti umum seluruh Malaysia. Gudel 'cuti' selama-lamanya.

Wednesday 29 December 2010

Gudel


MACAM-MACAM. Sotong 'Paul' sudah mati. Muncul pula si 'gudel' atau Gurita Dewa Laut meramal ' Sang Garuda' akan menang piala AFF Suzuki menewaskan 'Sang Harimau' malam ini.

Jangan percaya pada ramalan si sotong! Makan sotong boleh.

Tambahan : Beri sokongan padu kepada skuad negara kita.

Tuesday 28 December 2010

3-1

Jawapan tuntas sejak penantian 2008!

Sesuai dibaca bersama entri ini.

Monday 27 December 2010

Facebook vs Ikhwanbook



TANPA hipokrasi, laman sosial Facebook memang popular. Jika dahulu 'Tuhan' Google sudah memadai untuk mencipta dan mengadakan sesuatu, sekarang cukup separuh hari berada di depan skrin mesin maya mampu mencapai suatu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.

Ada kaedah alternatif untuk kita mengimbangi medium 'bintang enam' dan mencuba laman sosial yang diasaskan oleh pihak Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin iaitu Ikhwanbook.

Untuk daftar sila klik sini.

Entri penulis mengenai Facebook di blog 100penulis boleh dibaca di sini.

Sunday 26 December 2010

Harakah Kembali!

AKHIRNYA, setelah sebulan lebih 'cuti' di pasaran Kota Kinabalu Sabah, koran lidah rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Harakah kembali menemui penggemarnya.

Tahniah!

*Menunggu puisi seterusnya disiarkan.

Friday 24 December 2010

Sepak Bola


MALAYSIA dan Indonesia akan bertemu di final pusingan pertama piala AFF Suzuki 26 Disember 2010.

Di Indonesia mereka menggelarnya sepak bola manakala kita memanggilnya bola sepak. Sama tapi tak serupa?

Ironinya jika kita perhatikan, permainan yang ditunjukkan oleh Indonesia mungkin agak keras jika diterjemahkan melalui kalimah 'sepak bola'. Sepak dahulu, baru lihat di mana bolanya. Berbanding Malaysia, mesti ada bola dahulu barulah mula untuk menyepaknya.

Agak-agak bagaimana? Sepak bola atau sepak kaki pemain bola. Macam-macam.

Entri lama tentang bola sepak dan dakwah boleh dibaca di sini.

Monday 20 December 2010

Konvensyen PR : PAS Tetap Istiqamah Menegakkan Agama Islam - Presiden PAS

Sedutan ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas Pulau Pinang,19 Disember 2010.


7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Untuk ucapan penuh klik di sini.

Friday 17 December 2010

Bangkit

Prof. Wenger hampa sekali lagi di Old Trafford.

*Senyap beberapa hari. Frustrasi.

Monday 13 December 2010

WikiLeaks : Tanya sama Hud-hud



TIDAK semena-mena portal bebas WikiLeaks membuat pendedahan mengenai isu politik di Malaysia khususnya terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam isu l*wat (konspirasi ke-2).

Anda percaya? Terpulang. Beribu tahun dahulu 'wartawan' Hud-Hud hampir disembelih oleh 'editornya' Nabi Sulaiman Alahissalam jika Hud-Hud tidak mengemukakan alasan yang kukuh atas ketidakhadirannya.

Mujurlah sang 'wartawan' ini mempunyai alasan yang kukuh serta membawa sebuah berita yang besar dan menggemparkan. Berkata 'wartawan' Hud-Hud dalam laporannya; "I have grasped (the knowledge of a thing) which you have not grasped and i have come to you from Saba' with true NEWS ". - (an-Naml : 22)

True NEWS (naba' al-yaqin) ialah berita yang tepat lagi sahih. Bagaimana pula dengan WikiLeaks? Mungkinkah tidak ada konspirasi lain di sebalik pendedahan yang dilakukannnya? Mungkin kita boleh bertanya kepada si belatuk...

Tambahan : "Aqidah Didahulukan, Syariat Diutamakan".

Sunday 12 December 2010

Sebelum Wisel


Imbas kembali gol 'indah' Samir Nasri ke gawang 'Setan Merah' di Stadium Emirates, 8 November 2008.

"What a goal!"

Saturday 11 December 2010

Harapan


Video ini menceritakan sebuah harapan yang tinggi dan laa budda mesti menang lawan Red Devils 14.12.2010.

Tuesday 7 December 2010

Anugerah

Sultan Muhammmad V menyampaikan Tokoh Hijrah Rasul Negeri Kelantan 1432H kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Selangor.

Monday 6 December 2010

Tahun Baharu Hijrah 1432


Bersama-sama berdoa untuk kemenangan Islam dalam 'peperangan' yang akan datang tidak lama lagi. Allahumansuril Islam wal mujaahidina fii kulli makan. Aaminn...

Sunday 5 December 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Sumber : Harakahdaily

Tambahan : Allah S.W.T sentiasa memelihara hamba-hamba-Nya yang sentiasa 'hampir' dengan-Nya.

Klasemen


ARSENAL akhirnya klasemen sementara usai membenam Fulham 2-1 di Stadium Emirates malam tadi. Salute untuk Samir Nasri.


*Perkataan klasemen tidak terdapat di dalam Kamus Dewan.

Saturday 4 December 2010

WikiLeaks : Penggodam Licik


IMEJ Amerika Syarikat tercalar lagi apabila rangkaian portal berita bebas WikiLeaks mendedahkan rahsia sulit ketenteraan yang di berlaku di Iraq melibatkan tentera A.S.

Jika diperhatikan, WikiLeaks bukanlah apa-apa bagi A.S, tetapi bagaimana makulmat sulit negara boleh bocor dengan begitu mudah sekali? Jawapannya juga mudah. Keterlibatan orang dalam. Petugas-petugas di Pentagon ada yang belot.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (39) adalah pemegang Ijazah Doktor Flasafah dalam bidang fizik dan tentunya seorang penggodam laman web.

Julian Assange, Mac 2010 (Wikipedia)

Teruja juga mendengar negara segah dan seangkuh Amerika 'tewas' beberapa kali di tangan WikiLeaks. Selepas ini maklumat apa pula yang akan didedahkan. Tunggu...

Friday 3 December 2010

Cerita Bola

RUSSIA telah diumumkan sebagai hos Piala Dunia 2018. Negara Arab teluk, Qatar pula pada tahun 2022. England 'gigit jari' lagi.


David Beckham ,Prince Williams dan David Cameron tersenyum 'sakit'.


Diselitkan juga jumlah undian untuk perlawanan yang akan berlangsung di antara ARSENAL dan Manchester United di Stadium Old Trafford.

POLL RESULTS »

High-riding Man Utd takes on Arsenal at home on Dec 14. Which team will come out tops?

Man Utd
58% (1373 votes)
Arsenal
31% (743 votes)
The match will end in a draw
11% (262 votes)
Total 2378 votes




Gol 'Golden Goals' Freddie Ljungberg ke gawang Manchester United, 25.11.2001.

Wednesday 1 December 2010

Luhur


PEDULIKAN mereka yang memuja-muji Justin Bieber, Lady Gaga dan Wonder Girls. Tentu boleh dan tidak salah jika saya meng'idola'kan insan ini.

Monday 29 November 2010

Konspirasi 2 Terhadap DSAI : Fatwa Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi



Fikir-fikirkan. Usah dikejutkan fitnah yang sedang lena!

Saturday 27 November 2010

Filem Pendek : The Tree (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Tok Guru Yang Simple

Tok Guru hanya memakai baju pagoda dilitupi jaket. Sungguh simple. [kredit Tuan MSO]

Friday 26 November 2010

Sang Kapten Cedera!


Situasi sukar : 14/12 jumpa 'Setan Merah'

Wednesday 24 November 2010

Cuti-Cuti Harakah


SUDAH beberapa minggu keluaran akhbar Harakah Edisi Jumaat tidak didapati di pasaran Kota Kinabalu. Seingat saya selepas kekalahan PAS pada pilihanraya kecil Galas.

Boleh dikatakan saya tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkan edisi cetak harakah. Saya dimaklumkan oleh unit pemasaran Harakah bahawa ada 'masalah' untuk pasaran KK. Entahlah.

Kita tunggu sahaja 'masalah' tersebut diatasi. Insya-Allah.

Monday 22 November 2010

Letupan Tin Kosong





Tidak seperti yang di'dendang'kan oleh RTM,TV3, ASTRO AWANI dan yang seangkatan dengannya. "Lawan Tetap Lawan".

Sunday 21 November 2010

Walimatul 'Arus


Walimah NASIR dan MARHAMAH - 12 Disember 2010, Dewan Sa'adah Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.



Sumbu Meriam Basah

...

Thursday 18 November 2010

"Dirikanlah Solat apabila kamu mendengar seruan Azan" : Adakah ini sebuah Hadith?

Jawapan : Ini bukanlah sebuah hadith tetapi sebuah perkataan yang masyhur yang pernah diucapkan oleh al-Imam asy-Syahid Syeikh Hassan al-Banna, pengasas Jamaah Ikhwanul Muslimin, dan ia bukanlah dari kalam Rasulullah S.AW.

Akan tetapi, apa yang warid dalam sebuah hadith dengan makna yang sama iaitu daripada Abdullah ibn Mas'ud yang berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah, wahai Nabi Allah, apakah amalan yang paling hampir untuk ke Syurga? Rasululah S.A.W bersabda " Hendaklah kamu dirikan solat di awal waktu" -Hadith dikeluarkan oleh Imam Muslim (1/89).

*Diterjemah oleh penulis dari kitab Fatwa Bait Muslim cetakan 2009 karangan Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Republik Arab Mesir.

Monday 15 November 2010

Ulasan MANHAL PMRAM Tentang Filem Anu Dalam Botol


Terbaru, sungguh memalukan filem yang bertemakan kehidupan seorang “GAY” bakal ditayangkan di pawagam tanah air kita tidak lama lagi, sudahlah filem “COMOLOT” pada tahun 2008 telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan masyarakat kita di Malaysia, namum susulan daripada filem tersebut, timbul lagi filem yang berunsurkan seorang “GAY” yang berjudul “ANU DALAM BOTOL”. Melihat kepada tajuk filem ini, sudah menimbulkan 1001 persoalan kepada kita, apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan? Timbul persoalan disini, adakah masyarakat kita sekarang sudah tidak merasa jijik lagi dengan perbuatan yang kotor ini? sudah banyak budaya liar ini telah menular dalam Negara kita. Disamping itu juga, tindakan kerajaan yang membenarkan artis luar yang membawa imej “GAY” seperti Adam Lambert seolah-olah tidak ada pengawasan yang ketat lagi dari pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan akhlak dan moral anak-anak muda terjaga dengan nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.

Berkenaan pembikinan filem ini merupakan salah satu wasilah untuk mempengaruhi anak-anak muda kita dengan budaya yang tidak sihat dan bercanggah dengan fitrah manusia. Menurut sumber yang dipercayai, filem ini dibintangi oleh Arja Lee, Daina Danielle,Wan Raja, Norma Damanhuri, Fauziah Ahmad Daud, Jalil Hamid, Rosnah Rahman dan Pekin Ibrahim. Manakala penerbit dan penulis skrip filem ini adalah Raja Azmi Raja Sulaiman yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai seorang produser yang menimbulkan pelbagai kontroversi dalam dunia seni di tanah air kita. Walaupun penerbit filem ini bertujuan untuk berkongsi satu cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil, tidak semestinya perlu ditayang dan dilakonkan semula kisah sebenar tersebut sebagai tontonan umum. Banyak lagi wasilah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat, bukannya dengan kita mempamerkan semula perbuatan yang terkutuk itu kepada sidang penonton. Sebaliknya mengambil langkah yang lebih berkesan dengan mencegah perkara tersebut melalui tindakan pihak berkuasa bagi menghalang perbuatan yang tidak syari'e ini. Kes ini juga perlu dikategorikan sebagai jenayah dan memerlukan kepada tindakan yang sewajarnya untuk membendong budaya homoseksual ini dari terus menular dalam masyarakat kita. Jika kita melihat pembikinan filem ini seolah-olah meperkenalkan dan menghangatkan lagi budaya tersebut dalam masyarakat kita.

Menurut pandangan dari segi hukum pula, jelas kepada kita bahawa perbuatan hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki ( liwat ) adalah perbuatan yang terkutuk dan diharamkan sekeras-kerasnya oleh agama kita. Pengharaman ini jelas bedasarkan dalil Al-Quran dan Hadis seperti berikut :

Dalil Al-Quran



Maksudnya : “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?, Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dalil Hadis

i) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari; kata Nabi saw, "Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam keadaan kedua-duanya rela merelakan, maka kedua-dua lelaki itu adalah berzina." ( Syarah al-Muhazzab : 18/263 )

(Ini menunjukkan bahawa kesalahan bagi seseorang yang melakukan liwat dengan orang yang berzina adalah sama hukumnya).

ii) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra; Nabi saw bersabda, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah." (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah )

(Yang dimaksudkan oleh Nabi saw "orang yang diatas"ialah orang yang meliwat. Dan orang yang dibawah" ialah orang yang diliwat).

Daripada dalil ini, jelas kepada kita bahawa pengharaman perbuatan tersebut. Justeru adakah wajar bagi filem yang menayangkan kisah berkisar liwat ini diluluskan oleh kerajaan untuk tayangan umum? Penayangan filem ini juga boleh menyebabkan dikalangan remaja kita akan terpengaruh dengan adegan-adegan ditayangkan dalam filem tersebut. Kita tidak menginginkan budaya ini terus menular dikalangan masyarakat kita sehingga menjadi suatu perkara yang biasa dan tidak ada langsung sensitiviti oleh semua pihak yang bertanggungjawab terhadap isu ini. Ingatlah sidang pembaca sekalian, suatu perkara yang perlu dibimbangi bersama adalah melalui kisah kaum Nabi Luth yang dibinasakan oleh Allah S.W.T dengan tingkah laku yang sama, bala’ yang pernah ditimpakan oleh ummat yang terdahulu tidak mustahil akan berlaku di Negara kita jika tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membendong budaya ini dari terus berlaku, na’uzubillah min zalik.

Pihak MANHAL PMRAM juga rasa terpanggil untuk menjawab dan mengetengahkan isu ini kepada masyarakat umum, setelah mengetahui dari salah satu sebuah akhbar di Malaysia yang melaporkan bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di tanah air selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran. Jadi menjadi kewajiban kepada kita seluruh ummat Islam untuk bangkit dan membantah sekeras-kerasnya agar filem ini tidak diberikan kelulusan oleh pihak berkuasa untuk ditayangkan. Bantahan ini patut mendapat sambutan oleh semua pihak, kerana kita yakin bahawa dengan tayangan filem ini boleh membawa unsur-unsur songsang yang mampu mempengaruhi masyarakat umum di Malaysia khususnya kepada golongan remaja kita. Bersama artikel ini kami lampirkan beberapa cadangan kepada pihak Lembaga Penapisan Filem Negara seperti berikut :

1) Memastikan filem-filem yang ditayangkan di Negara kita tidak mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum hakam Islam.

2) Filem tersebut tidak mempunyai adegan-adegan lucah yang boleh membangkitkan nafsu syahwat.

3) Pihak lembaga Penapisan Filem Negara sendiri perlu mewujudkan khidmat nasihat agama, untuk memastikan segala filem yang ditayangkan mempunyai nilai-nilai agama yang sebenar.

Isu yang berlaku ini perlu diambil tindakan segera . Ini adalah kerana nilai murni akhlak-akhlak remaja kita mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan untuk merosakkan pemikiran masyarakat kita di Malaysia. Tanpa kawalan segera, keadaan ini mungkin berjaya dimanipulasi oleh beberapa pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru-hara dalam negara kita dengan memperkenalkan budaya-budaya barat yang bercanggah dengan kehendak dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama Islam .

Kerajaan sebagai pihak yang paling bertanggungjawab untuk memelihara dan membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan kaum, janganlah menganggap remeh tentang apa yang sedang berlaku dalam Negara kita, dan isu ini memerlukan kepada tindakan yang bersifat segera bagi memastikan masyarakat kita tidak terdedah dengan budaya homoseksual yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Disediakan oleh :

Mohamad Hanif B Haron
Pengerusi MANHAL PMRAM

Sunday 14 November 2010

Fiqh Korban (فقه الأضحية )


Pengertian (الأضحية):

Istilah Syarak: Binatang yang disembelih samada unta, lembu atau kambing bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyriq.

Dalil-dalil Pensyariatan:
1. Firman Allah Taala:
'maka lakukan sembahyang kerana tuhanmu, dan berkorbanlah 'sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah'.

Yang di maksudkan dengan "النحر" ialah sembelihan korban menurut pendapat yang sahih dikalangan mufassir selepas sembahyang hari raya.

2. Sabda Rasul SAW:
'Adalah Baginda SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri' kata Anas: 'Aku juga melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri'.

3. Pada riwayat yang lain: 'Rasul SAW telah menyembelih korban dengan dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk, Baginda menyembelih kedua-duanya sendiri, Baginda membaca “basmalah” serta bertakbir dan meletakkan kaki baginda diatas tengkuk kedua-dua kibasy itu'.

Hikmah Pensyariatan:

Korban الأضحية: Menghidupkan kembali sunnah Nabi Ibrahim AS yang telah diuji oleh Allah Taala dengan memerintahkan baginda menyembelih anaknya Ismail AS. Baginda Nabi Ibrahim AS akur dengan arahan tersebut dan bersiap untuk melaksanakan perintah itu. Lalu Allah Subhanahuwa Taala menurunkan pengganti kepada Nabi Ismail dengan seekor kambing kibasy (kambing biri-biri). Lalu diperintahkan agar disembelih kibasy tersebut kemudian disedekahkan dagingnya kepada ahli keluarga dan fakir miskin agar mengembirakan mereka pada hari raya Aidil Adha.

Hukum الأضحية Melakukan Korban:

1. Adalah 'sunat muaakad' (سنة مؤكدة).
Sebagai satu syiar yang agong dan sepatutnya kepada umat Islam memeliharanya, seperti yang disebutkan dalam hadis Saidina Anas tadi.

2. 'Sunnah ala kifayah' (سنة على كفاية: ليفعلها مرة ويتركها مرة).
Contohnya, apabila salah seorang ahli keluarga telah melakukan ibadah korban maka terhasil sunat pada hak ahli keluarga yang lain.

3. Sembelihan korban adalah tidak wajib.
Berdasarkan perbuatan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA yang tidak melakukanya, kerana bimbang dianggap oleh umat ianya sebagai perkara wajib.

4. Korban boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:

a. (تعيين الأضحية) :
Contohnya, seseorang mengisyaratkan kepada unta atau lembu atau kambing miliknya dengan perkataan "ini akan kujadikan binatang korbanku".

Dengan ucapan tersebut menjadi wajib kepadanya untuk melaksanakan dan ia termasuk dalam hukum-hakam sembelihan korban yang wajib.

Ianya tidak menjadi wajib sekiranaya hanya sekadar niat tanpa dilafazkan.
(يعني: لا بد من التلفظ مالك الأنعام)

b. Bernazar untuk melaksanakan korban:

Apabila seseorang islam bernazar, menjadi wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Ini kerana ia telah mewajibkan dirinya dalam perkara yang boleh menghampirkan dirinya 'qurbah' kepada Allah S.W.T. Demikian juga dalam perkara-perkara taat yang lain.
Mereka Yang Dituntut Untuk Melakukan Korban, terdapat tiga syarat:

1. Islam: Tidak dituntut kepada orang kafir, sekiranya mereka melakukannya tidak sah.
2. Cukup umur dan beraqal: Kanak-kanak dan orang gila tidak dituntut keatas mereka oleh hukum.
3. Berkemampuan: Orang yang ingin melaksanakannya mestilah cukup nafkah untuk diri sendiri dan orang yang dibawah tanggungannya dari segi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan selainnya sepanjang tempoh hari raya dan hari-hari tasyriq.

Binatang-Binatang Yang Dibenarkan Untuk Perlaksanaan Korban:

i) Tidak boleh korban melainkan dengan haiwan ternakkan (الأنعام), iaitu unta, lembu dan kambing. (sebab selain itu tiada pengkhabaran dari Nabi SAW dan para sahabat).
Firman Allah Taala :

'Agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah berupa haiwan ternakkan'.
Haiwan ternakkan meliputi tiga jenis:

1. Semua jenis unta.
2. Semua jenis lembu, termasuk kerbau. Tidak boleh jenis lembu liar, rusa dan seladang (بقر الوحش).
3. Semua jenis kambing, termasuk kambing biasa dan kambing biri-biri.(معز, ضأن، كباش, خروف).

ii) Boleh disembelih binatang korban samada jantan atau betina.

Riwayat dari nabi SAW:
Daripada Ummu Kurzin dari Nabi SAW bersabda: ‘bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan kanak-kanak perempuan seekor kambing, tidak mengapa samada kambing tersebut jantan atau betina'.

Hadis ini adalah dalil kepada ibadah 'aqiqah', namun ia juga menjadi dalil atas membolehkan untuk ibadah korban. (Daging jantan sangat elok أطيب dan daging betina itu lembut أرطب ).

iii) Dibolehkan bagi seekor unta dan seekor lembu untuk tujuh orang. Samada mereka yang ingin melaksanakan tersebut daripada satu keluarga atau dari keluarga yang lain. Juga samada niat mereka semua sama atau berbeza-beza (yakni korban wajib atau sunat).

Riwayat dari Jabir RA berkata : 'Kami telah melakukan korban bersama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah bagi seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu tujuh orang'. Adapun seekor kambing hanya untuk seorang sahaja.

iv) Korban dengan unta lebih afdhal dari lembu, kerana unta lebih besar nisbah dagingnya.
- Lembu lebih afdal dari kambing kerana seekor lembu membolehkan untuk tujuh orang berbanding seekor kambing yang hanya untuk seorang.
- Setiap orang dengan seekor kambing pula lebih afdhal daripada berkongsi tujuh orang dalam seekor unta atau lembu, kerana kambing bersendirian pada sembelihannya.
- Kambing biri-biri lebih afdhal dari kambing biasa.

Riwayat dari Ubadah Bin Samit RA: 'Sebaik-baik korban itu dengan kambing biri-biri yang bertanduk'.
- Kerana daging kambing biri-biri 'atyab' lebih elok. Kambing biri-biri warna putih lebih elok daripada warna perang dan hitam.

Riwayat dari Anas RA; 'bahawa Nabi SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri yang berwarna putih'.

v) Diharuskan korban dengan binatang yang gemuk 'berisi' kerana ia lebih afdhol dari binatang yang kurus. (Nisbah yang gemuk lebih banyak dagingnya).

Syarat-Syarat Korban:

1. Haiwan ternakan; Tidak boleh selain darinya, seperti disebut di atas.

2. Umur: Disyaratkan pada binatang korban adalah cukup umur, ia berbeza mengikut jenis:

a. Unta: Umur tidak kurang dari lima tahun dan menjangkau masuk umur enam tahun.
b. Lembu dan kambing biasa معز : Umur tidak kurang dari dua tahun dan menjangkau masuk umur tiga tahun.
c. Kambing biri-biri: Umur tidak kurang dari setahun dan menjangkau masuk umur dua tahun. Kecuali kambing biri-biri yang (أجذع ) matang (dilihat pada gugur gigi-giginya) sebelum setahun.

Berdasarkan umum sabda Rasul SAW:
".'Lakukanlah korban pada kambing biri-biri yang telah matang kerana ia dibolehkan'
Riwayat dari Jabir RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Jangan kamu sembelih melainkan yang cukup umurnya melainkan sekiranya susah untuk kamu mendapatinya maka sembelihlah yang matang daripada kambing biri-biri'.

Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Sebaik-baik korban ialah yang matang dari jenis kambing biri-biri'.

3. Tiada Sebarang Aib:

Disyaratkan pada binatang korban mestilah tiada sebarang aib yang boleh mengurangkan daging pada ketika itu atau waktu mendatang. Kerana tujuan dari ibadat korban ialah daging.
- Jadi tidak boleh yang hodoh, buruk العوراء dan buta العمياء.
- Tidak boleh yang tersangat tempang العرجاء. Yang tampak sangat tempangnya jika ia berjalan dipermukaan tanah yang rata.
- Tidak boleh yang tesangat nyanyok العجفاء iaitu hilang akalnya kerana nyanyok.
- Tidak boleh yang gila المجنونة . yang sekiranya dibawa ke padang rumput ia tidak makan ruput atau ia makan sedikit kemudian lupa.
- Tidak boleh yang tiada gigi.
- Tidak boleh yang terputus sebahagian telinga sekiranya sedikit tidak mengapa.
- Tidak boleh yang terputus sebahagian lidah kerana mudarat keadaannya boleh mempengaruhi kurang daging.
- Tidak boleh yang jelas nampak berpenyakit.
- Tidak boleh yang jelas berkurap samada sedikit atau banyak.

Diriwayatkan oleh Bara' Bin Azib RA bahawa Nabi SAW bersabda :
'Empat perkara yang tidak boleh terdapat pada binatang korban, hodoh yang jelas hodoh, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas tempangnya, dan gila yang jelas gilanya'.

Dikiaskan keempat-empat aib ini pada selainnya (segala perkara yang boleh mengurangkan daging).
- Di bolehkan sekiranya aib-aib itu terlalu sedikit dan tidak mempengaruhi berkurangnya daging.
- Dibolehkan pada binatang yang dikasi.
- Dibolehkan binatang jantan yang kuat mengawan.
- Dibolehkan binatang betina yang walaupun kerap beranak namun tidak elok dagingnya.
- Dibolehkan tetapi makruh binatang yang tidak tumbuh tanduk, terpecah sarung tanduk, terpatah tanduk atau yang berlubang cuping telinga. (makruh disebabkan nampak buruk, tetapi boleh dijadikan korban kerana semua itu tidak mengurangkan dagingnya).
- Dibolehkan binatang yang bertelinga kecil dan tidak boleh yang tidak tumbuh telinga.
- Dibolehkan yang dilahirkan tanpa tetek (uncang susu) dan ekor pada pendapat yang 'asoh', dan tidak boleh sekiranya yang terputus uncang susu atau ekor sebahagian atau semuanya.
- Boleh bagi yang luruh sebahagian gigi, dan tidak boleh yang luruh semua gigi mengikut pendapat yang 'asoh'.

Apabila seseorang bernazar untuk melakukan korban binatang yang ditentukan تعيين الأضحية dalam keadaan binatang yang ditentukan tersebut terdapat aib yang dilarang, tetap juga wajib .

Seperti seorang berkata kepada kambingnya yang ada aib: 'haiwan ini adalah korbanku', maka wajib ia melaksanakannya, (nazar tersebut akan diberi pahala tetapi tidak menjadi ibadat korban, ia hanya menjadi 'qurbah'. Daging yang dibedak-bedakkan menjadi sedekah), kerana syarat korban mestilah sejahtera dari aib.

Sekiranya dibaringkan binatang korban yang tiada aib untuk disembelih, tiba-tiba membawa kepada patah kakinya atau tempang maka tidak boleh atas pendapat yang 'asoh', kerana ia tempang sebelum disembelih. Sepertinya juga sekiranya terpatah kaki kambing lalu disegerakan untuk disembelih maka ia tidak boleh.

4. Niat:

Disyaratkan niat pada korban kerana ia adalah ibadat.
- Diniatkan ketika hendak sembelih, kerana asal niat disertakan pada awal perbuatan. Melainkan sekiranya telah 'ditaayinkan' terlebih dahulu kambing tersebut maka sudah memadai itu sebagai niat.
- Sekiranya ia mewakilkan sembelihan kepada orang lain maka hendaklah niat ketika menyerahkan binatang tersebut kepada orang yang diwakilkan. Atau ketika wakilnya memulakan sembelih.(kerana orang yang diwakilkan itu mengantikan dirinya).

Waktu Perlaksanaan Korban:
Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, iaitu pada sepuluh zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

Diriwayatkan oleh Bara' bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah'.

Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

Riwayat dari Jubair Bin Mut'im: bahawa Rasul SAW bersabda:
'Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih'.

Dan waktu afdholnya dilakukan setelah terbit matahari pada hari raya Aidil Adha, selepas berlalu kadar sembayang sunat hari raya dua rakaat dan dua khutbah. Apabila disembelih selepas waktu ini diberi ganjaran pahala, samada imam telah mengimami sembahyang hari raya atau tidak, atau yang ingin melakukan korban telah sembahyang hari raya atau tidak. Tidak kira samada dia adalah orang bandar atau orang kampung atau orang yang musafir. Atau samada imam telah menyembelih binatang korbannya atau tidak.

Boleh menyembelih korban sepanjang empat hari tersebut sama ada malam atau siang, (tetapi dimakruhkan waktu malam).

Jika disembelih sebelum waktunya tidak sah sembelihannya itu bahkan hanya menjadi daging sembelihan biasa. Apabila berlalu hari tasyriq tetapi belum lagi sembelih, sekiranya binatang yang disembelih itu untuk tujuan ibadah korban maka tidak sah. Kerana ia bukan waktu yang disunatkan korban.

Jika disembelih juga, hanya menjadi semata-mata daging (bukan ibadah).
Sekiranya binatang yang hendak disembelih itu nazar, maka wajib disembelih juga, jadilah ia sebagai 'qodo', (nazar tidak gugur walaupun telah berlalu waktu).

Tempat Sembelihan Korban:

Tempat sembelihan korban ialah ditempat untuk buat korban samada di negerinya atau tempat permusafirannya.

Memakan Daging Korban:

Terdapat perbezaan diantara korban sunat dan korban yang ditentukan atau yang dinazar.

a. Sekiranya korban sunat:
Boleh makan sebahagian daging korban, qias sepertimana hadyu الهدى (korban yang dilakukan ditanah haram).

Firman Allah Taala:
'Dan unta-unta itu kami jadikan untukmu sebahagian dari syiar agama Allah'.
Allah Taala menjadikannya untuk manusia, jadi terpulang kepada manusia memilih untuk makan atau tidak. Tetapi sunat di makan sebahagian sahaja daripadanya.

- Disunatkan makan satu pertiga dan disedekahkan dua pertiga kepada orang miskin, boleh juga menghadiahkan satu pertiga darinya kepada orang kaya atau selainnya.
- Jika hendak makan lebih banyak maka wajib bersedekah walaupun sedikit kepada orang miskin dengan kadar yang dinamakan sedekah, kerana maksud dari ibadat korban ialah meyenangkan orang miskin.
- Sekiranya telah termakan semuanya maka wajib keatasnya membayar ganti ضمان dengan kadar yang dinamakan sedekah.
- Lebih afdhol ia menyedekah keseluruhan daging korban tersebut kecuali sedikit untuknya sekadar sekali kenyang لقمة untuk mendapat keberkatan. Kerana sedekah itu lebih mendekatkan kepada taqwa, menjauhkan dari mementing diri sendiri.

b. Sekiranya korban nazar atau wajib (dengan sebab 'taayin') ditentukan, maka tidak boleh makan daripadanya.
Sekiranya dimakan juga maka wajib keatasnya 'ضمان' ganti.
Tidak diwajibkan keatasnya menyembelih yang lain tetapi diganti dengan nilai daging kemudian disedekahkannya.
Demikian juga sekiranya orang lain merosakkannya maka ia perlu menggantikannya.

Larangan Menjual Daripada Korban:

Tidak boleh menjual sesuatu pun daripada binatang sembelihan korban. Samada korban nazar atau sunat, termasuk didalamnya daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan selainnya. Tidak boleh menjadikan kulit atau selainnya sebagai upah kepada tukang sembelih, tetapi boleh disedekahkan kepadanya.

Riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW bersabda:
'Sesiapa yang menjual kulit korban maka tiadalah ibadah korban baginya'.


-Boleh memberi upah kepada tukang sembelih yang miskin kemudian disedekahkan kepadanya daging korban atau kulit, ia umpama memberikan kepada fakir miskin yang lain.

Mengambil manfaat Dengan Kulit Sembelihan Korban:

- Sekiranya korban itu sunat maka harus bagi orang yang melakukan korban mengambil manfaat dari kulit korban tersebut dengan segala bentuk manfaat. (dibuat khuf, kasut, selipar, baju dan sebagainya).
- Sekiranya korban wajib samada 'taayin' atau nazar maka tidak boleh mengambil manfaat sedikitpun darinya dan wajib disedekahkan semuanya.
Sunat-Sunat Dalam Ibadat Korban Dan Adab-Adabnya:

1. Disunatkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadat korban, tidak mencukur rambut atau bulu dimuka dan dibadannya setelah masuk sepuluh zulhijjah.
Serta tidak memotong kuku sehinggalah selesai sembelih.

Riwayat dari Ummu Salamah RA bahawa Rasul SAW bersabda :
'Sesiapa yang ada padanya binatang yang ingin dikorbankan, lalu ia melihat anak bulan zulhijjah maka jangan mencukur bulunya, dan memotong kukunya sehinggalah ia telah melakukan korban'.

Yang demikian itu tidak wajib kerana ia bukan daripada perkara yang diharamkan bahkan hanya 'makruh tanzih', (hikmah darinya ialah mengekalkan semua juzuk anggota mudah-mudahan dibebaskan dari api neraka), (dikatakan juga untuk menyerupakan seperti orang yang berihram).

2. Disunatkan menyembelih korbannya sendiri.
- Boleh juga digantikan kepada orang lain yang halal sembelihannya, lelaki atau wanita.
- Disunatkan tidak mewakilkan kepada selain orang islam, kerana ia adalah perkara 'qurbah'. Lebih afdhal di lakukan oleh orang islam, serta untuk keluar dari khilaf yang melarang orang bukan islam dari sembelih.
- Disunatkan kepada orang yang diwakilkan itu alim dengan hukum-hakam sembelih agar ia lebih mengetahui tentang sunnah sembelih.
- Apabila diwakilkan kepada orang lain untuk sembelih disunatkan kepada orang yang melakukan korban menyaksikan upacara sembelihan itu.

Riwayat dari Abu Said Al Kudri RA: bahawa Rasul SAW telah bersabda kepada Fatimah RA:
'Bangun ke korbanmu dan saksikannya, sesunguhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu'.

3. Disunatkan pada adab sembelih ialah menajamkan pisau, untuk memudahkan sembelihan, supaya ketika menghiris tarik dan tolak lebih sempurna.
- Disunatkan mengadap kiblat dan mengarahkan binatang korban kearah kiblat.
- Disunatkan menyembelih unta dalam keadaan berdiri tiga kaki (melipat lutut kedua-dua kaki hadapan).
- Disunatkan membaringkan lembu dan kambing atas lambung kiri, dengan melepaskan kaki kanan belakang dan diikat tiga kaki yang baki.
- Disunatkan membaca bismillah ketika sembelih. Sekiranya ditinggalkan dengan sengaja atau lalai halal sembelihan, tetapi tetap 'makruh karahah tanzih'. Disunatkan beserta bacaan bismillah ketika sembelih itu membaca selawat keatas Nabi SAW.

4. Disunatkan bagi penyembelih membaca bismillah dan bertakbir.
'Riwayat dari Anas RA bahawa Nabi SAW membaca bismillah dan bertakbir'.
- Disunatkan berdoa kepada Allah Taala dengan berkata :
"Ya Allah terimalah ibadat korban dari kami".

Riwayat dari Aisyah RA bahawa nabi SAW menyembelih kambing biri-biri dan berkata:
'Dengan nama Allah, wahai tuhan terimalah dari Muhammad dan dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad'.
Setelah itu barulah disembelih binatang tersebut.

5. Disunatkan melakukan korban dirumah dengan disaksikan oleh ahli keluarga, untuk sama-sama mereka menyertainya dalam berdoa dan mendapat pahala selain bergembira dengan sembelihan dan menikmati daging.

6. Disunatkan kepada 'imam' pemimpin umat islam melakukan korban kepada umat islam keseluruhannya dari harta baitulmal di tempat sembahyang hari raya dan dia menyembelihnya sendiri.
- Sekiranya imam melakukan korban dengan wangnya untuk dirinya sendiri maka boleh dilakukanlah dimana sahaja yang ia kehendakki.
- Tetapi sekiranya ia melakukan korban untuk umat islam maka hendaklah di 'musolla' yang berhimpun padanya umat islam untuk sembahyang hari raya.

Riwayat dari Ibnu Umar RA berkata:
'Adalah Rasul SAW menyembelih dan melakukan korban di tempat sembahyang hari raya'.

7. Disunatkan orang yang musafir melakukan sepertimana orang yang bermustautin.
'Riwayat dari Aisyah RA: bahawa Nabi SAW: telah melakukan korban untuk isteri-isterinya di mina dalam haji wadak'.

Cabang-Cabang Dari Perkara Korban:

1. Korban lebih afdhol dari sedekah sunat, kerana berdasarkan hadis sohih yang masyhur dalam sembelihan, dan ada sebahagian ulamak yang mewajibkannya, selain ia juga merupakan syiar yang agung.

2. Tidak boleh bagi penjaga anak yatim dan penjaga orang kurang akal السفيه melakukan korban untuk mereka dengan harta mereka. Kerana syarak menyuruh penjanganya berjaga-jaga إحتياط terhadap harta mereka, dilarang mensedekahkan harta mereka, kerana korban adalah sedeqah.

3. Boleh memberi makan fakir miskin umat islam daripada korban secara ijmak, dan boleh memberi makan fakir 'ahli zimmah' dari korban sunat bukan dari korban wajib.

4. Tidak sah melakukan korban untuk orang lain yang hidup tanpa izinnya, kerana korban adalah ibadah. Asal pada ibadah tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan ada dalil, lebih-lebih lagi tanpa izinnya.

- sekiranya melakukan korban oleh salah seorang ahli keluarga maka terhasil padanya 'sunah kifayah' terhadap ahli keluarga yang lain walaupun tidak diizinkan oleh ahli keluarga itu.
- Terkecuali korban yang dilakukan oleh imam kepada umat islam dari harta baitumal.
- Orang yang 'taayin' dan nazar, apabila orang lain menyembelihkan untuknya tanpa pengetahuannya pada waktu korban maka sudah sah.

5. Tidak sah korban dari orang mati yang tidak mewasiatkan, sekiranya diwasiatkan boleh, pendapat lain mengatakan sah juga korban orang mati walaupun tidak mewasiatkan, (diiktibar sedeqah).
6. Anak binatang korban menjadi hukum korban. Sekiranya dinazarkan ataupun di 'taayinkan' maka wajib sembelih anaknya bersamanya dan dibedakkan dagingnya seperti ibunya.

Wabillahittaufiq, Wallahu Taala A'lam..

Rujukan:
1. Terjemahan Al Quran Al Karem.
2. Mughni Muhtaj, Khateb Syarbeni.
3. Al Mahalli Syarah Minhaj Tolibin, Jalaluddin Mahalli.
4. Fathul Allam Syarah Mursyidul Anam, Muhammad Alhajjar.
5. Al Muktamad, Muhammad Zuhaili.
6. Al Fekhul Manhaji.

Disediakan oleh Al Faqir;
Shamsul Adli Bin Rozali
(Felo MANHAL PMRAM)

Hak cipta terpelihara
MANHAL Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
http://www.pmram-manhal.blogspot.com/


Saturday 13 November 2010

Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian


Perutusan Bulan Haji

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi peluang kepada kita semua bertemu kali ini, di bulan Zulhijjah merupakan musim umat Islam menyempurnakan ibadat Haji, rukun Islam kelima. Pertemuan di bulan ini dirasai amat istimewa, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang dapat hadir ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menyempurnakan lambaian ibadat Haji.

Ciptaan Allah ada regu dan pasangan

Setiap ciptaan Ilahi yang melingkungi kehidupan kita di dunia ini mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang, dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran :

Yang bermaksud : Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yaasin, ayat 36)

Demikian juga firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.
(Surah al-Zariyat, ayat 49)

Kebenaran ayat ini disahkan bukan sahaja oleh Allah SWT bahkan oleh penemuan ahli sains yang antara lain menemui proton yang berpasangan dengan elektron di dalam atom. Demikian juga dengan caj positif dan negatif di dalam arus eletrik. Semuanya membuktikan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini ada pasangan atau regunya masing-masing. Apa yang tidak mempunyai regu hanyalah zat Allah SWT. Sesuai dengan kesucian zat Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sebarang sekutu bagiNya. Justeru, sangatlah besar dosa orang-orang yang meletakkan regu kepada Allah SWT di dalam apa jua bentuk pengabdian. Inilah yang dinamakan syirik yang tiada maaf bagimu di akhirat kelak. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar.
(An-Nisa’, ayat 48 )

Jika setiap perkara mempunyai regu, maka hidup manusia juga mempunyai regu. Regunya ialah kematian. Begitu juga dunia, regunya ialah akhirat. Oleh kerana perjalanan hidup manusia ini tidak hanya terhenti di persinggahan dunia ini semata-mata tetapi akan bersambung sehingga ke akhirat, maka menjadi kewajipan bagi manusia mempersiapkan dirinya untuk menempuhi kehidupan di akhirat. Kita bahkan seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan sebagai persiapan menghjadapi peperiksaan. Maka, kehidupan di akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri.

Untuk tujuan persediaan dan penyesuaian hidup di dunia dengan apa yang akan dtempuhi oleh manusia kelak di akhirat hanya diajar oleh Islam. Semua ideologi yang lain sama ada di atas nama sekular, nasionalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak pernah mengajar manusia bagaimana untuk hidup sejahtera di akhirat. Beleklah kitab-kitab rujukan ideologi ciptaan manusia ini, pastinya tidak ditemui sepatah kalimahpun berkenaan hidup selepas mati kelak. Tidak ditemui peringatan tentang syurga atau neraka serta dosa atau pahala.

Justeru, Islam melatih penganut-penganutnya tanpa mengira bangsa apa sekalipun untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji. Ibadah solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan segera untuk kesemuanya bergerak serenatak ke masjid. Ini betul-betul menepati bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT :

Yang bermaksud : Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.
(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT yang telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran lalu diterjemahkan di dalam ibadat solat. Ia merupakan latihan kepada semua penganut Islam untuk berdepan dengan saat yang namanya ialah akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, sungguh menyamai saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Demikian juga dengan ibadah haji, manusia diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki bermula dari keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih benar-benar menepati saat hari kematian iaitu pada saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT. Manusia perlu patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuai terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, manusia diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas sama ada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa. Manakala di dalam ibadah haji, disyaratkan agar jemaah berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tidak baik terhadap pihak yang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram agar tali persaudaraan tidak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika si mati bersih dari dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah si mati jika yang mengiringi dirinya ke tepat persemadian sementara menunggu untuk dibangkitkan kelak di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat. Justeru, solat dan haji ialah latihan untuk menempuhi kematian.

Kerana itulah, di dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.

Mengingati Dua Nabi dalam Solat dan Haji

Dari sisi yang lain, solat dan haji ialah dua ibadat yang diperintahkan untuk kita mengingati dua nabi yang ulung iaitu Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Ketika duduk tahiyyat semasa solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini, manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji atau manasik.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu unggul dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS pernah dihalau oleh bapanya dari rumah, dibakar hidup-hidup, diusir keluar dari tanah airnya, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelamatkan imannya dan pelbagai lagi ujian yang menimpa, kesemuanya dilalui dengan penuh keimanan menjadikan diri baginda layak untuk menjadi ikutan oleh seluruh umat Islam.

Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang dipulau oleh kaum Quraisy selama tiga tahun di Syi’ib Ali, tidak dibenarkan masuk ke tanah air tumpah darahnya sendiri sekembalinya dari Thaif sehingga terpaksa meminta pertolongan dari seorang musyrik bernama Mut’am bin Adi dan terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Madinah dengan memohon pertolongan dengan Abdullah bin Uraiqit yang merupakan seorang musyrik pada masa itu. Kesemuanya merupakan sekelumit daripada episod hidup yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW.

Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin. Alangkah lebih jauh lagi tapak-tapak kaki kita dengan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh kedua-duanya!

Sekular tiada latihan untuk akhirat

Latihan untuk akhirat ini tidak wujud di dalam mana-mana ideologi sekular. Sekular hanya mengajar penganutnya untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya di dunia sahaja tanpa mempedulikan implikasi di akhirat. Seorang penganut sekular jarang sekali terpancul keluar dari kedua-dua belah bibirnya peringatan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala. Sekular menjadikan manusia merasakan dirinya sebagai tuhan, penguasa mutlak terhadap semua perkara yang dimiliki olehnya.

Sedangkan Islam memandang manusia hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Apa yang dimiliki oleh manusia sebenarnya tidak dimiliki olehnya secara mutlak, ia merupakan milik Allah SWT. Sebagaimana seorang penumpang bas atau kapal terbang, tidak akan disebut sebagai pemilik bas atau kapal terbang kerana dia akan turun di stesen yang telah ditetapkan. Selepas meninggalkan stesen, ia tidak disebut-sebut lagi sementara bas dan kapal terbang tadi akan menerima penumpang yang lain. Demikianlah di dunia, selepas kematian, segala apa yang kononnya dimiliki akan berpindah ke tangan orang lain. Bukan setakat harta, bahkan oksigen, penglihatan, pendengaran dan kesemuanya milik Allah SWT. Inilah ajaran Islam.

Sekular tidak pernah mengingatkan manusia tentang akhirat. Tidak seperti Islam yang mengajar penganutnya menyebut berulang-ulang peringatan tentang hari kiamat di dalam solat melalui bacaan surah al-Fatihah. Keperluan terhadap kiamat ini merupakan keperluan asasi manusia untuk dibalas segala perbuatan orang-orang yang zalim di dunia serta diganjari kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan. Bolehkah sekular tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat memberikan kepuasan kepada manusia? Jawabnya tidak. Betapa ramai orang-orang yang kaya yang bakhil dan penguasa yang zalim mati dengan kekayaan dan kezalimannya tanpa dibalas terhadap perbuatannya? Begitu juga orang-orang yang melakukan kebaikan dan tidak pernah mendapat penghargaan terhadap kebaikannya sepanjang hidup, bilakah masanya dia akan mendapat ganjaran terhadap kebaikannya jika tidak di akhirat? Maka secara semulajadi, manusia inginkan akhirat agar di sana dapat dilunaskan segala kezaliman dan diganjari segala kebaikan. Inilah yang diajar oleh Islam melalui firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(Surah Ali Imran, ayat 185)

Alangkah bertuahnya dunia apabila kepercayan terhadap akhirat menjadi akidah dalam diri manusia. Tanpa polis dan undang-undang sekalipun, tidak akan berlaku jenayah kerana manusia yakin perbuatannya akan dinilai oleh Allah SWT. Tetapi tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat, beratus ribu polis ditambah dengan hukuman yang berat sekalipun, manusia akan mencari helah dan jalan untuk melakukan jenayah. Dengan kepercayaan terhadap hari akhirat, manusia bukan sahaja gerun untuk mencerobohi harta orang lain, bahkan untuk menguruskan hartanya sendiri pun tidak boleh menurut selera nafsunya semata-mata. Ia perlu berpandu kepada Allah SWT.

Sayangnya, mesej yang sebegini penting jarang sekali kedengaran melalui lidah pemimpin-pemimpin negara. Mesej yang membawa pengertian akidah sebegini kebiasaannya hanya diperdengarkan di masjid-masjid melalui ustaz-ustaz atau tok-tok lebai semata-mata. Alangkah baiknya jika setiap pimpinan negara sama ada bergelar Presiden, Perdana Menteri atau apa jua gelaran sekalipun mengambil langkah sentiasa mengingatkan rakyat terhadap kehidupan di akhirat. Tentu sekali peringatan sebegini akan diulang-ulang pula oleh pimpinan seterusnya sama ada menteri, pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawah dan berakar umbi di dalam masyarakat. Tidakkah Rasulullah SAW selaku “PM” di Madinah seringkali menyebut peringatan-peringatan seperti ini?

Jelas sekali bahawa sekular yang dibangga-banggakan ini tidak akan membawa kesejahteraan kepada hidup manusia sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Inilah matlamat perjuangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Perjuangan gerakan Islam bukanlah hanya untuk memenangi satu dua pilihanraya semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk meruntuhkan tembok sekular dan digantikan dengan Islam.

Penutup

Akhir kata, harapan saya agar ibadah haji yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah haji pada tahun berjaya meningkatkan keyakinan kita terhadap hari akhirat seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, hayatilah ibadah korban yang dilakukan di tanah air dengan mengambil semangat Nabi Ibrahim AS untuk menjadi teras panduan di dalam hidup kita. Insya-allah pada tahun ini saya akan bersama-sama rombongan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V untuk mengerjakan haji di Tanah Suci. Doakanlah agar pemergian kami mengerjakan haji pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.

Sekian. Wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Dato’ Bentara Setia.

Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Kota Darulnaim.

Bertarikh : 1 Zulhijjah 1431H/8 November 2010M