Sunday 31 July 2011

Ramadhan Kareem~



1 Ogos 2011 M / 1 Ramadhan 1432 H

Tuesday 26 July 2011

Perkampungan Sasterawan 2011 (3) : Resolusi

SUDAH lebih sebulan Perkampungan Sasterawan 2011 telah berlalu yang berlangsung di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah. Saya tidak pasti sama ada 'Resolusi' bersama yang telah dipersetujui oleh semua yang hadir pada waktu itu telah dilaksanakan ataupun sebaliknya.

Berikut saya senaraikan enam resolusi yang telah dicatat untuk diusahakan ke tahap yang seterusnya :

1)Pendokumentasian data penulis harus dikemaskini.

2)Penghasilan karya harus mengetengahkan istilah bahasa dan budaya tempatan.

3)Perkampungan Sasterawan 2011 dengan ini mendesak agar kerajaan Negeri Sabah membuka geran tahunan kepada persatuan penulis.

4)Kajian karya hendaklah dibuat secara menyeluruh tanpa meminggirkan penulis-penulis veteran.

5)Peranan pelbagai pihak dalam pembangunan sastera dan budaya amat dialu-alukan dalam konteks pembangunan sastera.

6)Mendesak agar kerajaan negeri menubuhkan sekolah seni / akademi seni di Negeri Sabah.

Sunday 17 July 2011

YB Dr. Lo 'Lo' Dato' Mohd Ghazali : Perginya Seorang Mujahidah - Al-Fatihah

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Berita dari Harakahdaily.

Wednesday 13 July 2011

Saya dan KELAP : Sebuah Memori (2007)

Pada 8 Julai 2007, Kem Latihan Penulisan (KELAP) PMRAM 2007 telah membuka tirai taqwim Badan Penerangan & Penerbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan mengadakan program siri pertama, ' Pembentangan & Bengkel Karya Kreatif ' di Dewan Ibnu Sina, Rumah Johor Haiyu Thamin.

Para peserta KELAP (Kem Latihan Penulis) yang hadir

Permulaan acara dibuka dengan kalam pembuka bicara daripada pengarah KELAP yang mengharapkan penubuhan KELAP mampu melahirkan ilmuan al Azhar yang mengambil berat di dalam bidang penulisan. Seterusnya kemahiran tersebut digunakan untuk melebarkan sayap Islam dengan kekuatan dan keajaiban pena sebagaimana yang pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan seperti penulis negarawan, al marhum Ahmad Boestamam. "Mengasah Pena Menempa Wibawa" merupakan tema yang dipilih untuk KELAP pada sesi ini. Majlis tersebut diteruskan lagi dengan kalam penuh bersemangat daripada Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad yang menjadikan ayat pertama dan kedua surah al Qalam sebagai panduan dan titik asas permulaan perkembangan ilmu-ilmu Islam.

Lebih mengejutkan lagi apabila kehadiran perasmi, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain selaku Presiden PMRAM hanya berkain pelekat kerana masalah kesihatan. Bagaimanapun keadaan ini menjadi pemangkin dan pembakar semangat malah menunjukkan keprihatinan seorang Presiden sebuah persatuan induk untuk bersama-sama menjayakan program bersama ahli. Malah dalam ucapannya, beliau turut menyarankan agar ilmuan-ilmuan al Azhar lebih aktif menulis sebagai paparan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat sekalipun hanya satu karya penulisan yang dihasilkan.

Para moderator, dari kiri; Ustaz Nurul Hisham Mohammad, Ustaz Zaki M.Noor & Ustazah Siti Khadijah @ Najwa bte Abdul Ghaffar. (Tiada dalam gambar: Ustazah Nor Saidah bte Salim )
Slot pertama majlis para peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja karya kreatif oleh tiga orang panelis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Mesir iaitu Ustaz Mohd Zaki M. Noor, Ustaz Nurul Hisyam Mohammad dan seorang wakil daripada muslimat, Ustazah Siti Khadijah binti Abdul Ghaffar atau lebih dikenali dengan nama penanya Sammaituha Najwa. Pembentangan kertas kerja tersebut mengambil masa hampir 2 jam itu menghuraikan skema-skema dan segala teknik yang diperlukan dalam penulisan bagi karya kreatif.

Slot tersebut dirancakkan lagi dengan sidang conference bersama wartawan akhbar Berita Harian yang juga merupakan bekas penuntut Universiti Al-Azhar cawangan Damanhur, saudara Nazmi bin Yaakub dan setiausaha Rumah PENA, saudara Syed Mohd. Zakir Syed Othman atau lebih dikenali dengan nama penanya S.M Zakir. Beliau merupakan cerpenis bercirikan falsafah Islam yang tidak asing lagi di tanahair. Tidak rugi membeli karya-karya penulisan S.M Zakir kerana beliau banyak memenangi karya sastera tempatan. Banyak kejutan dan perkembangan baru dalam dunia kesusasteraan tanah air yang disimpulkan oleh kedua-dua tokoh cerpenis ini sebagai bekalan berguna kepada para peserta KELAP.

Para peserta khusyu' mendengar amanat Ustaz Nazmi b Yaakub, penyusun 'Pijar Kinanah'

Seusai pembentangan kertas kerja, program ditangguhkan untuk solat Zohor di masjid berhampiran bagi peserta lelaki, manakala peserta akhawat melakukan solat di dalam dewan. Penyediaan menu makanan pada tengahari tersebut diketuai oleh Ustaz Yazid b Pardi, turut dibantu oleh Ketua Unit Sidang & Pengisian KELAP iaitu Ustaz Najib b Hanafiah.

Gandingan mantap 2 orang moderator

Slot ke-3 disambung semula pada jam 2 petang dengan slot bengkel di mana para moderator membaca semula semua karya yang dihantar selama 5 minit. Kemudian semua karya tersebut dibedah dan dikenal pasti segala kelemahan dan kesalahan untuk dimuhasabah. Ustazah Nor Saidah bte Salim turut hadir memberikan pengalaman dan maklumat dalam slot bengkel tersebut. Antara nasihat para moderator kepada para peserta agar menggunakan kerencaman isu dan kompleksiti kehidupan sebagai wadah menarik yang akan diutarakan di dalam kreativiti penulisan.

Para peserta sabar menadah kritikan para moderator

Bagaimanapun penulis disarankan untuk tidak menggunakan elemen tersebut dalam membicarakan subjek yang klise serta idea pengisahan yang tidak relevan. Slot yang mengambil masa hampir 6 jam menjadi penutup kepada KELAP PMRAM 2007 bagi genre karya kreatif. KELAP PMRAM pada sesi ini menerima penyertaan yang cukup memberangsangkan di mana hampir 80 orang peserta berdaftar ikhwah dan akhawat yang menjayakan KELAP PMRAM sesi 2007 ini. Tanpa noktah pihak pengurusan KELAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sumber : blog KELAP

Monday 11 July 2011

Hakikat

Mengingati Sejarah Semalam : BERSIH 2.0 Dalam Akhbar Mesir


"Kebenaran tidak dapat ditutup dengan sehelai daun kering"

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

Benih Harapan
1973

Sunday 10 July 2011

BERSIH Se-DUNIA



Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Dato' A. Samad Said (Sasterawan Negara)

Syabab Malaysia menentang kezaliman! (cayalah Bro!)

Kuala Lumpur, Malaysia




Seoul, Korea

London, UK

Adelaide, Australia

Canberra, Australia

Kaherah, Mesir

Dumyat, Mesir

Osaka, Jepun

Hong Kong, China

Otawa, Kanada

Paris, Perancis

Melbourne, Australia

New York, USA

Doha, Qatar

Geneva, Switzerland

Taiwan, China

Friday 8 July 2011

Kuning


'Busana' ini mungkin sesuai dipakai ke Stadium Merdeka esok...

"Suara Keramat Rakyat"

Thursday 7 July 2011

Peludah Warna : SN Dato' A. Samad Said


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Perginya Dai'e Sejuta Ummat : KH. Zainuddin MZ

JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung.

Zainuddin (gambar), 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.

Laporan Bernama Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu

Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.


Monday 4 July 2011

Unggun Bersih : Mengingati Pesan Pramoedya Ananta Toer

Pramoedya Ananta Toer

"Dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?" Itu sebahagian madah Pramoedya Ananta Toer seorang pengarang hebat Indonesia.

Saya sebenarnya terkesan dengan pesan beliau yang berbunyi; "pengarang itu bukan menghibur, tugasnnya melawan kejahatan dalam tulisan-tulisannya".

Persoalannya, berapa ramai pengarang ataupun penulis yang memiliki sikap sebegitu?

Meladeni puisi terbaharu Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said benar-benar menggugah jiwa. Walaupun semakin dimamah usia namun semangat 'kepahlawanan' seorang penulis terus mekar di dalam kolam jiwa beliau. Puisi 'Unggun Bersih' tiba-tiba 'menggegarkan' benteng keangkuhan mustakbirin.

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID


Bersiap-siagalah!

Sunday 3 July 2011

Harimau Malaya : Sejarah Tercipta


Taiwan 3 MALAYSIA 2 : Agg 4-4

*Layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia buat pertama kali dalam sejarah.