Sunday 13 May 2012

BERSIH 3.0 : Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dr. Ir. Muhammad Mursy

SAYA melihat ulasan debat presiden di antara bekas ahli pari Ikhwanul muslimin, Abdel Monim Aboul Fotouh dengan bekas Menteri Luar Mesir dan Setiausaha Liga Arab, Amr Mussa oleh wartawan 'Al-Jazeera' .


Dikhabarkan mereka berdua merupkan calon 'top' meninggalkan calon daripada sayap parti Ikhwanul Muslimin, Dr. Ir. Muhammad Mursy. Walau apapun keptusannya, landskap politik Mesir begutu dinamik dan sentiasa berubah setiap jam.

Kemengan belum lagi dipastikan dan tanggal 23 hingga 24 Mei menjad penentuan. Doakan kemenangan Dr. Ir. Muhammad Mursy yang mewakili parti Islam terbesar di Mesir. Insya-Allah...

Sunday 6 May 2012

Pak Samad : Sasterawan Rakyat 2012


KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyampaikan penghargaan kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said sekaligus mengiktiraf Sasterawan Negara itu sebagai ‘Seniman Rakyat 2012’

Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata, penghargaan itu kerana kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan A Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad memperjuangkan hak rakyat.

“Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mengiktiraf seorang seniman, seorang budayawan yang mengabdi karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.

“Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdapan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Zunar dalam majlis ringkas anjuran KKI di pejabatnya di Brickfields, semalam.

Zunar juga berkata, seniman seharusnya mengabdikan karya-karya untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas malah menjadi perakam denyut nadi rakyat.



“Seniman rakyat adalah seniman yang berkorban ternaga dan minda, menyumbang bakat dan titik peluh demi kemerdekaan sebuah bangsa dalam erti kata sebenar.

“Beliau juga adalah contoh teladan kepada kami para kartunis, para seniman dan rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Sementara itu, Pak Samad dalam ucapannya turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.

"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.

Pak Samad yang hadir bersama isterinya turut menerima trofi penghargaan daripada KKI.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian Mentari Kuning Menyalalah oleh seniman Nik Jidan disertai Pak Samad dan isteri dan ahli keluarga KKI dan sahabat handai.

Puisi Keenam di Harakah


DI KOTA KINABALU SABAH (SEBELUM TERBIT MENTARI PRU-13)

Mac 2008
tsunami siasah membadai jazirah
emas
Namun, geloranya tidak menerjah
pesisir pantai Laut China Selatan
di wilayah Borneo - bumi sa'adah
Negeri di Bawah Bayu

Mutakhir ini
angin kebangkitan
mengiringi bahtera marhaen
membenam keangkuhan penguasa
revolusi...
demonstrasi...
tanpa ada frustrasi
tetap teguh sejiwa sehati

Di Kota Kinabalu Sabah,
sebelum terbit mentari PRU-13
roh kudus pahlawan Paduka Mat
Salleh
meresapi ubun-ubun kecekalan
mencengkam naluri ketabahan
menggapai matlamat perjuangan
hanya satu
kemenangan diberkati Yang Maha
Kuasa
Allahu akbar!

AMIRUDDIN MOHD ROSDI
Beaufort - Kota Kinabalu, Sabah