Monday 30 May 2011

Sunday 29 May 2011

Buku : Travelog Hidayah - Aku, Isabella dan Tok Kenali


SAYA baru selesai membaca buku ini. Alhamdulillah, cukup mengesankan kerana catatan di dalamnya lahir dari relung hati seorang anak seni yang disapa lembayung kasih Ilahi.

Penulis : Bob Lokman dan Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : SM RM16 / SS RM18

Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlibat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah asrama punggan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada tekad 1980an, menjadi pencipta lirik, akhirnya ditengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air.

Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam duina seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, pencipta dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim." aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, dookan aku teman" ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna warni.

Eh, Barcelona yang Juara?

eh, bukan yang ini.

yang ini pun bukan. Sabar dulu...

haa.. ini baru yang sebenar.

Saturday 28 May 2011

Pra-Mukrtamar Tahunan PAS kali ke-57


DARI tahun 1951 - 2008 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua/Presiden iaitu:

1)Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951 - 1953)
2)Dr Haji Abbas Alias (1953 - 1956)
3)Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956 - 1969)
4)Dato' Mohd Asri Muda (1969 - 1982)
5)Tuan Haji Yusof Rawa (1982 - 1988)
6)Dato' Fadzil Mohd Noor (1988 -2002)
7)Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 - sekarang)

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS telah mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepimpinan iaitu :

1)Kepimpinan Ulama' Tradisi (1951- 1956)
2)Kepimpinan Nasionalis Kiri (1956 - 1969)
3)Kepimpinan Nasionalis Kanan (1969 -1982)
4)Kepimpinan Ulama' Haraki (1982 - sekarang)

Menurut mereka juga PAS telah melalui lima tahap perkembangan iaitu :

1)Tahap kemunculan (1951 - 1959)
2)Tahap kebangkitan (1959 - 1973)
3)Tahap kemuncak (191973 - 1977)
4)Tahap kejatuhan (1977 - 1990)
5)Tahap kebangkitan semula (1990 - sekarang)

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu :

1)Fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951 - 1958)
2)Fasa pencernaan ideologi (1958 - 1962)
3)Fasa pengukuhan ideologi (1982 - 1995).

Sumber rujukan : Harakah - Jabatan Arkib PAS

Friday 27 May 2011

Khabar Dari Kota Seribu Menara



Dr. Saad al-Ketatny (Setiausaha PKK) memperkatakan sesuatu pada sidang media

ALFU MABRUK kepada 'sifu' gerakan Islam sedunia, Ikhwan Muslimin (IM) di atas penubuhan secara rasmi Hizbul Hurriyyah wal 'Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan) pada 18 Mei 2011.

Sejarah kegemilangan Islam akan tercipta di Bumi Kinanah. Insya-Allah. Ehna ma'a Misr.

Wednesday 25 May 2011

DOM: PPSMI kembali, reaksi orang muda






Panelis:
1. Aidil Khalid; Peguam Pelatih, Penulis
2. Wan Ahmad Fayhsal; Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)
3. Wan Mohd Aimran; Pensyarah Fizik, UKM, Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

Moderator: Rebecca Ilham

Dari laman web GKLN.

Bukan Lakonan


Monday 23 May 2011

Aura Ulama'

(Kenangan) Penulis bersama Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaily di Booth Dar -elSalam Pesta Buku Antarabangsa Kaherah, Mesir, 2008.


TANGGAL 16 Mei 2011 menyaksikan Ulama dari Syria Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaily memimpin Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah yang diadakan di Stadium Selayang dan dihadiri lebih 3000 hadirin (sedikit sebenarnya jika dibandingkan kehadiran 15 ribu ke konsert JB (Justin Bieber). Alahai, Malaysiaku...

Usai solat hajat beliau menghadap makmum dan berdoa panjang. Sebelum itu beliau meminta para jemaah berniat solat hajat untuk keselamatan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim berikutan tekanan dan mehnah yang dihadapi oleh beliau yang semakin melampau.

Blog DSAI (anwaribrahimblog.com) menyatakan doa Syeikh Dr. Wahbah buat Anwar.
"Beruntungnya kami sekeluarga kerana minggu ini diramai dengan kunjungan dua ulama tersohor, Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah az-Zuhaily, ulama' asal Syria.

"Syeikh Wahbah, pengarang Tafsir al-Munir yang terkenal itu, mendoakan saya da pendkong KeADILan lainnya untuk terus istiqanah dalam perjuangan bagi membawa kemaslahan buta rakyat keseluruhannya.

"Ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat.

"Beiau malah meyeru agar tersu bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya agar rakya merdeka dari kebobrokan.

" Syeikh Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan.

Thursday 19 May 2011

Perkampungan Sasterawan 2011



Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah akan menganjurkan PERKAMPUNGAN SASTERAWAN 2011 di Kota Kinabalu sebagaimana maklumat di bawah:.

Tarikh:
18 dan 19 Jun 2011

Tempat:
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Semua ahli IPS yang berminat digalakkan menyertai perkampungan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungan Ketua Satu IPS (016-8120664) atau Setiausaha Satu IPS (019-8094249) untuk tujuan penyelarasan. Anda juga boleh menghubungi terus DBP Cawangan Sabah dan bercakap dengan Pegawai Projek, Encik Rusdi Awang (019 8432403/088 439314-317). Tema Perkampungan: SASTERA MENJANA 1MALAYSIA.

Jika tiada aral melintang, saya akan hadir, insya-Allah.

Tuesday 17 May 2011

Madah Bermakna Tok Guru


"...Sesungguhnya tidak pelik jika kain baju kita tidak kotor jika hanya berada di dalam rumah tanpa keluar. Apa yang pelik ialah jika kita berada di luar penuh dengan debu, namun pakaian kita tetap bersih tanpa sedikitpun kotor. Demikianlah juga Kelantan, di tengah-tengah arus sekular yang mendominasi suasana negara, Kelantan masih mapu berdiri tegak di atas dasar Membangun Bersama Islam. Inilah kekuatan kita dan inilah yang perlu kita pertahankan selama-lamanya.."
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Negeri Kelantan pada 10 Mac 2010, bertempat di Balai Islam, Lundang.
Dipetik dari facebook rasmi Tok Guru.

Ya ka Sokong Dengan Ikhlas? Atau...

Wakil BN pertahan Hadi demi perpaduan UMNO-Pas


MENTERI Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan Abdul Hadi Awang semasa Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12 di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu terus diberi kepercayaan menerajui Pas kerana Presiden parti pembangkang itu sebenarnya menampakkan keikhlasan untuk berperanan menyatukan orang Melayu.

Seorang penyokong kerajaan, Alias Abdullah (BN- Alor Limbat) menegaskan, beliau akan bersama-sama mempertahankan kedudukan Abdul Hadi (Pas-Ru Rendang) jika kedudukannya dalam parti cuba dicabar.

"Selaku orang Marang, saya beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri sebagai Presiden Pas dan akan tetap mempertahankan beliau pada bila-bila masa.

"Kenapa saya mempertahankan beliau? Kerana saya nampak keikhlasan dalam dirinya untuk menyatukan orang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Insya-Allah, pada suatu hari nanti," ujarnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong usul ucapan penghargaan atas ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-12.

Alias menarik perhatian, betapa mulianya pemimpin di sisi Allah jika di kalangan mereka dapat melaksanakan suruhan agar umat Islam bersatu padu.

"Alangkah mulianya Datuk Seri Abdul Hadi jika mendahului langkah menyambut salam perdamaian daripada saudara Islamnya sendiri berbanding menjulang kafir harbi.

Tuduhan sezalim-zalim pemimpin UMNO, mereka tetap bersaksikan dua kalimah syahadah tetapi sebaik-baik kafir harbi, mereka tidak meredai Islam bertakhta," ujarnya.

Menjawab pertanyaan Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) yang bangun mencelah, beliau berkata, pimpinan MCA tidak pernah membuat kenyataan memerangi usaha mendaulatkan Islam berbanding pemimpin DAP yang melontar kalimah 'langkah mayat saya dulu'.

Terdahulu katanya, Pas di negeri ini tidak mempunyai banyak alasan untuk mengajak rakyat agar menggantikan UMNO dalam pemerintahan, di sebalik keyakinannya dapat mempengaruhi semula rakyat.

"Nak dikatakan rasa ingin mencuba yang baru iaitu Pas, rakyat masih ingat orang yang sama pernah memerintah Terengganu pada 2000. Tetapi kalau tengok di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, DAP yang menggantikan Pas," ujarnya.

Tetapi katanya, apa yang belum kebanyakan rakyat rasai dan sebilangannya tidak mengingati, adalah kewujudan sebuah kerajaan perpaduan.

Sumber : Utusan Malaysia

Monday 16 May 2011

Guru..


Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday 10 May 2011

Telaga Budi : Menyentuh Nubari


"Tiada pempimpin yang menggunakan Islam seistiqamah beliau dalam apa jua keadaan. Sekali gus, tiada ulama' yang memiliki wilayah pemerintahan untuk diuji kekesanan Islam bawaan Nabi-nabi dan Rasul-rasul selain dari Nik Abdul Aziz'.


Buku 'Telaga Budi' ini dihadiahkan oleh Umie pemilik blog pendakisenja. Jazakillah khairan jaza'. Syukran untuk kesekian kalinya.

Menghimpunkan kata-kata hikmah daripada al-Allamah al-Murabbi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup untuk membuat sidang pembaca menelusuri fikrah Islami tulen daripada seorang ulama'.

Buku ini dterbitkan kali pertama pada Februari 2009. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menghadam buku ini. Izinkan saya berkongsi sebuah madah daripada Tok Guru di dalam buku ini yang menyentuh kalbu ;

"Sebagaimana tubuh atas dunia ini berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan dan minum. Untuk makan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, bayar sewa rumah. Tapi duit tidak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tidak laku. Jongkong emas pun tidak laku. Yang laku hanyalah pahala".

Friday 6 May 2011

Puisi Ketiga di Harakah

SEGALA puji bagi Allah, puisi saya sekali lagi disiarkan di akhbar Harakah Edisi Isnin, Bil 1636 28 JamadilAwal - 1 JamadilAkhir 1432 / 2- 5 Mei 2011. Puisi berjudul Secawan Kopi ini baharu sahaja disiarkan di tabloid Siasah Bil 0260 di ruangan Sastera dan Budaya sebelum ini.


SECAWAN KOPI

Secawan kopi
diminum pak menteri
kopi latte
di cawan berkilat
tersenyum megah.

Secawan kopi
diminum si petani
kopi kusam pucat
di cawan retak
merenung nasib.

Secawan kopi
pembeza darjat
hidup di dunia
bukan di akhirat.

AMIRUDDIN MOHD ROSDI
Kota Kinabalu, Sabah.

Thursday 5 May 2011

Nur Kasih : 'Nur Amina' Tidak Wujud?

INDONESIA sudah ada 'Ketika Cinta Bertasih 1 & 2 (KCB)'. Malaysia mengorak langkah dengan drama bersiri 'Nur Kasih (NK)' yang boleh dianggap fenomena bagi sesiapa yang menggemari filem bercorak Islami. Beberapa hari lagi 'Nur Kasih The Movie (NKTM)' akan muncul di layar panggung wayang gambar.



Bezanya di antara Malaysia dan Indonesia ialah bagaimana cerita yang disampaikan lewat dekon - deklamasi dan lakon (meminjam istilah Dato' A. Samad Said dalam buku Lazri Meon, Daerah Zeni) benar-benar seiring dengan pembawa watak (aktor atau aktres).

Sebelum penggambaran filem KCB, sesi pemilihan khusus telah dilakukan untuk memilih para pendukung watak yang paling sesuai untuk membawa peranan di dalam filem pop Islami tersebut. Mereka yang bertanggungjawab menjayakan KCB ingin melihat pelakon yang benar-benar dapat menghayati intipati cerita di dalam filem dan di dalam kehidupan sebenar sekaligus memegang karakter protagonis merangkap 'duta dakwah' di dalam filem berhasil dilaksanakan. Watak 'Azzam' misalnya ditangani oleh seorang pemuda biasa (bukan pelakon sedia ada dan popular) 'susur galur' pesantren.

Adakah watak yang dipegang di dalam lakonan, benar terpancar dalam cermin kehidupan sebenar? Lihat saja bagaimana watak 'Nur Amina' seorang gadis tipikal yang solehah di dalam cerita 'Nur Kasih'. Tentu semua mengharapkan sifat dan perwatakan yang baik (seperti di dalam lakonan) benar-benar wujud dalam karakter peribadi aktres yang memegang watak tersebut. Ini sangat mustahak bagi meninggalkan kesan yang berbekas di hati setiap penonton yang menyaksikan lakonan daripada artis yang walaupun tidak begitu popular tetapi menepati tageline filem berunsurkan Islam.

Mungkin sudah sampai masanya para pengarah filem di Malaysia membuat pertimbangan sewajarnya untuk merealisasikan 'karya kreatif'' yang mampu mengalahkan 'produk mungkar' yang datang begitu halus menerpa jiwa-jiwa tandus.

Wednesday 4 May 2011

Sasterawan Negara ke-11 : KEMALA

Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah

Penyair, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkannya berkata anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Sasterawan Negara itu akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

"Sekretariat Anugerah Sastera Negara telah menerima sebanyak 14 pencalonan iaitu lima pencalonan baru sehingga tarikh tutup pencalonan pada 31 Mei tahun lalu.

"Sembilan calon daripada pencalonan terdahulu juga telah dipertimbangkan oleh panel penilai. Panel Penilai Anugerah Sastera Negara Ke-11 dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Anugerah Sastera Negara Ke-11, di Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Muhyiddin berkata tokoh yang dilahirkan di Gombak, Selangor itu mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang luas, mula menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi dan kini merupakan Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia.

Katanya Kemala telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

"Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

"Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara," katanya.

Muhyiddin berkata karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

Muhyiddin berkata tokoh itu mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah S.E.A Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
"Tokoh ini telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986).

"Gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya menjadi ikon dan ikutan generasi muda. Tokoh ini juga aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

- Bernama


Sebuah puisi karya Kemala untuk tatapan bersama

Jangan Berduka Malaysiaku

Kubebat tanganku yang luka
kubebat dadamu yang luka
kubebat bahumu yang luka
kubebat pipimu yang luka
kugiring matamu yang duka
kuiring lagumu yang duka
kusaring cumbumu yang duka

Embun mencari rumput tempat berpaut
daun mencari tangkai untuk bertaut.

Jangan berduka, Malaysiaku!

Gunung dilingkari kabut
mendung memayungi bumi
berhujan darahkah Wilayah Utara?

Serigala melolong di gunung
todak melompati teluk tanjung
Nadim lahir lagi
demi hidup baru. Makna baru.

Ada kilat ragu di matamu
berhujan darahkah Wilayah Selatan?
Tiba juga pesan warisan
Tegaklah atas nama peribadi
Senyum ibu dan sapaan Tuhan.

Jangan berduka, Malaysiaku!
Kalau ada wabak
memadami jejak-jejak putih
kalau ada lagak menepisi kasih akan
berhujan perakkah di Barat?
langit Timur membawa jalur-jalur
sejarah berhujan emaskah sang ningrat?

Ada tembang pilu sang nelayan
ada tempang lagu petani kemarau
mencari kasih di sudut hati
suaranya serak dan parau.

Selepas jauh berjalan
kaki direjami sendayan
dengan duka pertama
pahlawan menatap cermin retak pusaka.

Jangan berduka, Malaysiaku.

Empangan Utara dan Selatan
tembokota Timur dan Barat
gelora dua samudera menampar
angin tujuh zaman terdampar
firasat ibu mencabar.

Kecil-kecil bintang seribu
langit tanah air mengerdip cahaya
kecil-kecil bintang kasihmu
titipkan rindu pahlawan utama.

Kudakap dadamu calar
kutatap bahumu balar
kutatap langkahmu wajar
semoga tetap berjiwa benar.

Belantara cinta Insan
dalam hidayat Tuhan
kucabut ranjau tujuh zaman
kugenggam mutiara masa depan.

Jangan berduka, Malaysiaku.

Kemala
Watan, 3 Disember 1984

Sorry...

Karikatur oleh Kartunis Zunar

Tuesday 3 May 2011

Usamah Ibn Ladin : Perginya Seorang Mujahid

Usamah Ibn Ladin

SAYA sebenarnya agak terperanjat apabila Usamah Ibn Ladin, 'musuh nombor wahid' Amerika dan puak musytasyrikun dikatakan telah meninggal dunia (syahid, insya-Allah) apabila ditembak di kepala dalam satu pertempuran di Pakistan semalam (walaupun kematiannya belum ada bukti yang sahih dan kukuh).

Bagi saya, beliau tetap seorang mujahid Islam walaupun pelbagai pihak menuduhnya sebagai seorang irhabi a.k.a terrorist dan dikatakan sebagai dalang utama serangan 11 September 2001, World Trade Center, New York.

Saya mendoakan agar kematiannya (jika benar) dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan mendapat maghfirah di sisiNya.

Sunday 1 May 2011

Mengubati Kelukaan

ARSENAL 1 MU 0 - Stadium Emirates