Friday 6 May 2011

Puisi Ketiga di Harakah

SEGALA puji bagi Allah, puisi saya sekali lagi disiarkan di akhbar Harakah Edisi Isnin, Bil 1636 28 JamadilAwal - 1 JamadilAkhir 1432 / 2- 5 Mei 2011. Puisi berjudul Secawan Kopi ini baharu sahaja disiarkan di tabloid Siasah Bil 0260 di ruangan Sastera dan Budaya sebelum ini.


SECAWAN KOPI

Secawan kopi
diminum pak menteri
kopi latte
di cawan berkilat
tersenyum megah.

Secawan kopi
diminum si petani
kopi kusam pucat
di cawan retak
merenung nasib.

Secawan kopi
pembeza darjat
hidup di dunia
bukan di akhirat.

AMIRUDDIN MOHD ROSDI
Kota Kinabalu, Sabah.

No comments: