Monday 27 September 2010

Penyokong Bukan Pendukung?


ARSENAL tewas kepada West Bromwich Albion 2-3 di Stadium Emirates sabtu lalu. Kekalahan yang pahit semestinya.

Ada dua kelompok berbeza iaitu penyokong dan pendukung. Kelihatan seperti serupa tetapi bila dinilai semula, terbukti berbeza.

Ramai penyokong tidak semestinya di dalam diri mereka ada semangat pendukung. Ironinya, apabila menghadapi masalah, mulalah menjadi 'lalang' dan lemah dihempas badai.

Pendukung sejati tetap bersama dan setia di kala jatuh dan bangun perjuangan. Kemuncup dalam perjuangan gerakan Islam terutamanya sangat berbahaya. Menyokong bila merasa ada kekuatan dan 'lari' lintang-pukang bila diuji dengan kekalahan.

Astaghfirullah, diri ini masih terlalu lemah...

Friday 24 September 2010

Dr. Ahmadinejad Yang Berani di PBB


Perhatikan delegasi AS dan negara Eropah meninggalkan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin semasa Dr. Ahmadinejad membuat ucapan yang menyatakan sebilangan besar orang percaya kerajaan Amerika Syarikat bertanggungjawab mendalangi serangan 11 September 2001 (tidak puas hati lah tu!).

Monday 20 September 2010

Sunday 19 September 2010

Masa kecederaan

Bola itu bulat? ka bundar?

Thursday 16 September 2010

Manikam Kalbu Yang Tanpa Kalbu



TERLALU berbeza dan hilang 'ruh' asal karya penulis Dr. Haji Faisal Tehrani. Itu yang dapat saya simpulkan bila menonton doku-drama yang telah disiarkan TV3 pada hari raya kedua dan ketiga.

Mungkin frasa 'sambil lewa' dalam menghayati nilai dan tatasusila pemakaian dan syariat dalam Islam menghasilkan impak sebegini.

Paling mengecewakan adegan wanita yang digelar 'ustazah' dalam doku-drama ini membaca Al-Quran tanpa menutup aurat dengan sempurna.

Mesti 'Manikam Kalbu' juga sedih bila melihatnya...

Wednesday 15 September 2010

Habiburrahman El Shirazy : Bumi Cinta


SAYA meladeni novel ini dan usai mengkhatamkannya pada 6 Syawal.

Tidak seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, yang berlatar tempatkan Mesir, Bumi Cinta terbang jauh di bumi Lenin dan Stalin, Moskow Rusia.

Kali ini Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik) membawa emosi pembaca menekuni kisah seorang 'lelaki biasa yang luar biasa' mempertahankan keimanannya tatkala dikelilingi para Tsarina Rusia.

Thursday 9 September 2010

Salam Idulfitri : Kekalkan Hidup Beragama



Firman Allah SWT:

Bermaksud:

“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Quran, surah Al-Fath 48:4)

Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi dengan beribadat di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri, 1 Syawal 1431H ini. Sesungguhnya kesempatan setiap Ramadhan disediakan oleh Allah SWT wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan amal ibadah demi meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.

Asas kehidupan manusia yang beriman dan bertaqwa sudah pasti berpandukan agama. Ini kerana ajaran agama menyediakan perlembagaan hidup yang sebenar. Maka kehidupan orang yang taqwa sudah pasti hidupnya selari dengan agama, yakni perlembagaan hidup yang berteraskan agama. Justeru kehidupan seorang yang beragama adalah terlalu jauh bezanya dengan kehidupan berpandukan perlembagaan buatan (digubal) manusia. Ini kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang menggubal perlembagaan, apakah mereka dapat menjamin bahawa roh perlembagaan yang digubal manusia itu dapat memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT? Tanpa ada sebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatan itu dapat menyelamatkan seseorang manusia itu daripada neraka Allah SWT?

Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.

Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.

Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah Akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat Islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah, iaitu kita bertakbir di mana-mana tempat (di mana yang sesuai).

InsyaAllah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India yang Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.

Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum Muslimin. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amiin apabila imam menghabiskan bacaan al-Fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. InsyaAllah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai.

Pada kesempatan ini juga, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa pulang berhari raya, terutama di sepanjang perjalanan. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin.

Ucapan dari blogtokguru.com

Wednesday 8 September 2010

Novel MARIA Edisi Baharu

Novel MARIA berbahasa Turki

Novel MARIA terbitan PMRAM

Novel MARIA edisi baharu terbitan PTS


TIDAK lama dahulu Novel Maria karya penulis Turki, Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoglu pernah diterbitkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Ramai yang mencari novel ini walaupun sudah tidak diulang cetak di Mesir setakat ini.

Kini novel 'pergelutan tiga penjuru ISLAM-Ateis-Kristian' yang diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Rofizi Dollah ini telah diterbitkan oleh PTS di Malaysia.

Anda boleh mendapatkannya sekarang di kedai-kedai buku berhampiran.

Tuesday 7 September 2010

Perutusan Eidil Fitri Presiden PAS


Assalamu'alaikum. Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.



Monday 6 September 2010

Iklan Raya Aidilfitri TV3 : PMRAM Kesal

KAHERAH, 6 September - Stesyen Swasta Televisyen TV3 telah menarik balik siaran iklan yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh negara. Siaran yang memaparkan iklan sempena Hari Raya tahun ini mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
Difahamkan, iklan yang menelan kos penerbitan RM200,000 dan menggunakan Teknik Janaan Pengimejan Komputer atau Computer Generated Imaging (CGI) itu telah menampilkan babak seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki salju Santa Claus.

Iklan tersebut juga menampilkan babak yang dikatakan mempunyai kefahaman agama Buddha dan Hindu.

Sejak disiarkan iklan itu, pihak TV3 telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak samada pihak NGO dan persatuan mahasiswa.

PMRAM melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak stesyen televisyen swasta itu kerana menerbitkan iklan yang menggelirukan serta menyentuh sensitivi keagamaan dan menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik.

PMRAM juga memandang, sepatutnya sebelum sesuatu iklan yang disiarkan di televisyen, ia perlu mendapat penapisan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.

"Minda masyarakat mudah dikuasai melalui media massa, sepatutnya setiap sesuatu yang masuk ke minda masyarakat perlu ditapis oleh pihak tertentu agar ianya tidak menggelirukan masyarakat. Terbaru kita melihat iklan di TV3 seolah-olah mempersenda agama. Perkara ini perlu diambil perhatian agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Sumber : http://www.pmram.org/


Hayati iklan Hari Raya Aidilfitri ini yang menyentuh sanubari.


Sunday 5 September 2010

Friday 3 September 2010

Yaum al-Quds

03 September 2010M / 24 Ramadhan 1431H



*Imam Ayatullah Ruhollah Mousavi Khomeini telah mengisytiharkan hari Jumaat terakhir setiap bulan Ramadhan sebagai hari al-Quds sedunia.