Monday 6 September 2010

Iklan Raya Aidilfitri TV3 : PMRAM Kesal

KAHERAH, 6 September - Stesyen Swasta Televisyen TV3 telah menarik balik siaran iklan yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam di seluruh negara. Siaran yang memaparkan iklan sempena Hari Raya tahun ini mempunyai unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
Difahamkan, iklan yang menelan kos penerbitan RM200,000 dan menggunakan Teknik Janaan Pengimejan Komputer atau Computer Generated Imaging (CGI) itu telah menampilkan babak seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki salju Santa Claus.

Iklan tersebut juga menampilkan babak yang dikatakan mempunyai kefahaman agama Buddha dan Hindu.

Sejak disiarkan iklan itu, pihak TV3 telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak samada pihak NGO dan persatuan mahasiswa.

PMRAM melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak stesyen televisyen swasta itu kerana menerbitkan iklan yang menggelirukan serta menyentuh sensitivi keagamaan dan menjerumuskan umat Islam ke lembah syirik.

PMRAM juga memandang, sepatutnya sebelum sesuatu iklan yang disiarkan di televisyen, ia perlu mendapat penapisan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar tidak bertentangan dengan syariat Islam.

"Minda masyarakat mudah dikuasai melalui media massa, sepatutnya setiap sesuatu yang masuk ke minda masyarakat perlu ditapis oleh pihak tertentu agar ianya tidak menggelirukan masyarakat. Terbaru kita melihat iklan di TV3 seolah-olah mempersenda agama. Perkara ini perlu diambil perhatian agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Sumber : http://www.pmram.org/


Hayati iklan Hari Raya Aidilfitri ini yang menyentuh sanubari.


No comments: