Tuesday 17 August 2010

8 atau 20?


Definisi Solat Tarawih - Ibadah khusus yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Disunatkan secara berjemaah. Sah solat jika bersendirian.

Jumlah rakaat - Warid di dalam banyak hadith dan riwayat, Nabi Muhammad S.A.W, melaksanakan solat tarawih sebanyak 8, 10 dan 12 rakaat mengikut keadaan tertentu.

Disebutkan juga bahawasanya, Nabi Muhammad S.A.W solat tarawih 8 rakaat di masjid dan rakaat selebihnya dilakukan di rumah.

Di dalam kitab al-Muwatto' Imam Malik Rahimahullah, pada zaman Saidina Umar al-Khattab, solat tarawih dilakukan sebanyak 23 rakaat (termasuk witir).


Rujukan : 1)Fatwa Kontemporari (semasa) Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Republik Arab Mesir.

2)Feqh al-Minhaji Mazhab al-Imam asy-Syafie Jilid 1.

*Jangan bermasam muka tentang bilangan rakaat. Tunaikan mengikut kemampuan.

No comments: