Monday 7 March 2011

Merlimau - Kerdau dan Kerugian Arsenal


KEKALAHAN PAS (Parti Islam Se-Malaysia) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau dan Kerdau memang sudah dijangka. Jika menang ia sebuah keajaiban. 'Bermain' di padang yang tidak rata dengan pelbagai ketidakadilan menyukarkan lagi untuk mencipta kemenangan.

Namun, kemenangan semata bukan menjadi ukuran mutlak perjuangan. Berjuang dan terus mara ke hadapan walaupun natijahnya seperti 'membakar diri'. Di hadapan Allah kelak, kita tidak akan ditanya sama ada kita mencapai kemenangan atau kalah dalam perjuangan tetapi apa yang akan dipersoalkan ialah sama ada kita benar-benar telah berjuang atau sebaliknya.

Tahniah kepada para penyokong dan pendukung parti serta 'amilin yang sentiasa taat dan ikhlas mengikut arahan daripada kepimpinan. Imbuhan ukhrawi menanti. Insya-Allah.

___________________________________________________________________



Semalam, Liverpool membenam keangkuhan Manchester United di Stadium Anfield. Kesudahannya 3-1. Sebelum itu, Arsenal sekadar mencatat keuptusan seri dengan Sunderland di Stadium Emirates.

Memang sukar sebenarnya jika pengadil double standard.Ya, mungkin boleh menang dengan 1-0 tetapi jika pendadil 'OK' kemenangan akan jadi 5-0. Begitulah yang berlaku kepada skuad The Gunners yang sepatutnya boleh merapatkan jurang satu mata di belakang MU. Aduhai pengadil.

Satu kerugian...

No comments: