Thursday, 31 March 2011

Terhangat di Pasaran!

RAMAI yang sedia maklum, media-media cetak kini semakin hilang 'pengaruh' dilitupi akses media atas talian yang gemar dilayari para audien.

Lidah rasmi Parti Islam Se-Malaysia, harakah misalnya, terpaksa bersaing untuk 'hidup' untuk sentiasa segar dan relevan. Momokan berita dan hipokrasi dari media tradisi yang dipenuhi para penulis dan wartawan dengan maklumat yang sentiasa berat sebelah (baca : menyebelahi satu pihak sahaja) menjengkelkan para pembaca.

Hasilnya, media alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan (masih digantung permitnya hingga ke hari ini) The Rocket, Siasah dan Buletin Rakyat sentiasa dinantikan kemunculannya.

Hasil tinjauan saya baru-baru ini (pasaran negeri Sabah) mendapati Harakah Bil 1625 (Edisi Jumaat) dengan tajuk utama 'Politik Malaysia semakin jijik : Video Seks Plot Ke-3' mendapat perhatian ramai.

Sebab apa? Saya yakin, para pembaca di luar sana ingin mendapat hidangan berita yang telus dan berwibawa.

Akhirnya, untuk muhasabah semua, "jangan dikejutkan fitnah yang sedang tidur"!.

No comments: