Thursday, 11 March 2010

Hilangnya Sebutir Permata -Syeikhuna Syeikh Al-Azhar al Imam al Akbar Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi



SYEIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF, Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi wafat ketika berusia 82 tahun. Beliau diputerakan pada 28 Oktober 1928.

Al Fatihah.

Sungguh memeranjatkan apabila saya mendengar perkhabaran mengenai kewafatan Syeikh Al-Azhar, Fadhilah al Syeikh Dr. Muhammad Sayyed Tantawi. Ditambah lagi dengan pengumuman yang disampaikan di Buletin Utama TV3 malam tadi. Betapa dunia kehilanggan seorang ulama besar yang dihormati.

Teringat kali pertama bersua muka dengan Allahyarham pada tahun 2006 di Masjid Raba'ah al Adaweyah. Ketika itu Allahyarham menjadi imam solat jenazah salah seorang tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar yang meniggal dunia.

Kali terakhir saya hadir dalam majlis bersama Allahyarham Fadhilah al Syeikh al Imam al Akbar, ketika majlis sambutan melihat anak bulan Ramadhan 1429 H (2008 M).

Majlis terakhir bersama Allahyarham

Tulisan-tulisan Allahyarham seringkali menghiasi ruangan kolum di dalam majalah, akhbar-akhbar tempatan sehingga kepada penulisan kitab-kitab ilmiah di mesir dan dunia. Secara peribadi, saya sentiasa mengikuti ruangan tafsir al Quran tulisan Allahyarham di dalam akhbar 'Suara Al-Azhar' setiap minggu. Kami akan sentiasa merinduimu yaa Syeikhana.

Kematian itu suatu yang pasti!

1 comment:

ijoks2009 said...

Salam Ziarah.
http://ijoks2009.blogspot.com