Tuesday, 14 August 2012
Friday, 10 August 2012
Memburu Lailatul Qadar: MANHAL PMRAM
Kelebihan
Lailatul Qadar
Firman
Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul qadar. Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran lailatul qadar itu?
Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun
malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang
berkat) itu sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: 1-5)
Di
antara keistimewaan Ramadan juga ialah adanya lailatul qadar, malam yang lebih
baik daripada 1000 bulan. Dahulu, para sahabat mengadu kepada Nabi Muhammad SAW
berkenaan dengan umur dan kesempatan untuk beribadat. Hal ini kerana umat pada
zaman dahulu mempunyai jangka umur panjang yang membolehkan mereka untuk beribadat
lebih lama. Disebabkan itu, para sahabat mengadu dengan baginda SAW. Maka,
Allah SWT menganugerahkan satu malam yang mana sesiapa yang mendapati malam
tersebut merupakan satu keuntungan yang besar bagi mereka. Malam itulah yang dinamakan
lailatul qadar yang padanya lebih baik daripada 1000 bulan (iaitu 83 tahun).
Ada juga beberapa fuqaha' yang berpendapat lailatul
qadar merupakan malam paling afdal daripada malam-malam lain bahkan lebih afdal
daripada malam Jumaat. Hal ini kerana keistimewaan yang ada pada lailatul qadar
tersebut.
Bilakah
Waktu Lailatul Qadar ?
Khilaf
di antara ulama, bilakah berlakunya malam lailatur qadar? Hal ini berikutan waktu
lailatul qadar tersebut dirahsiakan. Antara sebab dirahsiakan ialah untuk
manusia berlumba-lumba membuat kebaikan pada setiap malam, bukannya pada satu
malam sahaja. Dan juga, disebutkan disebabkan Lailatul qadar mempunyai kebaikan
yang banyak dan kemuliaan yang tinggi, maka disembunyikan waktunya.
Namun,
ada hadis-hadis Nabi SAW yang menceritakan berkenaan Lailatul qadar sebagai
rujukan dan panduan dalam mencari malam tersebut. Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a, Nabi SAW
bersabda :
إِنِّي أُرِيتُ
لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا أو نُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا في الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ في
الْوتْرِ
"Sesungguhnya aku
mengetahui (masa) Lailatul qadar. Kemudian aku dilupakan oleh Allah SWT. Maka
carilah malam Lailatul qadar pada 10 akhir (bulan Ramadan), pada setiap malam
ganjil."
(Bukhari dan Muslim)
Sebagaimana
yang diceritakan oleh Aisyah r.a, apabila masuk 10 malam terakhir Ramadan, Nabi
SAW akan menghidupkan malam-malam tersebut dengan lebih berbanding malam-malam
yang lain.[1]
Kebanyakkan
fuqaha berpendapat dalam menentukan waktu lailatul qadar ialah pada malam 27 Ramadan.[2] Dan
inilah yang dipegang oleh para pentahqiq di zaman moden. Mereka berpandukan
beberapa hujah:
1-
Daripada
Mu'awiyah r.a
berkata, "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda mengenai malam Lailatul qadar iaitu
malam ke-27".[3]
2-
Ibnu Abbas r.a
dalam mentafsirkan Surah Al-Qadr, beliau menyatakan bahawa surah tersebut
mempunyai 30 kalimah dan kalimah هي
yang menunjukkan lailatul
qadar berada pada kalimah yang ke 27.[4]
Terdapat
juga pendapat lain pada malam ke-21 dan ada juga yang mengatakan pada malam
ke-23.
Doa
Apabila Bertemu Dengan Lailatul Qadar
Berdasarkan
riwayat daripada Aisyah r.a, beliau bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai
apakah yang digalakkan apabila ia bertemu lailatul qadar? Lalu baginda SAW
menggalakkan untuk membaca doa ini:
اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ
تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Wahai tuhanku, sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun, menyukai kepada (orang yang memohon) keampunan, maka
ampunilah akan (dosa-dosa) aku.” (Ibnu Majah)
Cara Menghidupkan Lailatul Qadar[5]
1-
Martabat yang
tinggi: Menghidupkan sepenuh malam dengan ibadat-ibadat seperti solat, zikir,
baca Al-Quran dan sebagainya.
2-
Martabat
pertengahan: Menghidupkan sebahagian besar malam dengan perkara-perkara ibadat.
3-
Martabat yang
paling rendah: Solat Isyak berjemaah dan berazam untuk solat Subuh secara
berjemaah pada pagi keesokannya.
Disunatkan
bagi sesiapa yang mendapat lailatul qadar untuk tidak menceritakan kepada orang
lain.
Hadis
Nabi SAW,
مَن قام لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ له ما تَقَدَّمَ من ذَنْبِهِ
"Sesiapa yang
menghidupkan Lailatul qadar dengan keimanan dan keinsafan maka diampunkan
dosa-dosanya yang terdahulu." (Bukhari)
Wallahu a'lam
Disediakan oleh :
Muhamad Zuhaili Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
**petikan daripada buku karangan Muhamad Zuhaili
Saiman yang berjudul "Ramadhan : Puasa & Iktikaf"cetakan tahun 2009
dengan izin terbit Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
[2] Hasyiah Baijuri jilid 1,
rujuk فقه
الإسلامي و أدلته jilid ke-3 dan Kitab التقريرات
السديدة في المسئل المفيد bab puasa karangan Syeikh Hasan ibnu Ahmad
ibnu Muhammad Al-Kaf.
''Sebangsa, Senegara, Sejiwa''
Makna Tema Kemerdekaan Pakatan Rakyat " SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA" Oleh A. Samad Said
SEBANGSA:
Dalam setiap kelompok manusia memang sentiasa wujud kerinduan akan kesatuan, malah kesebatian, demi kekuatan, kedamaian dan kesejahteraan hid
SEBANGSA:
Dalam setiap kelompok manusia memang sentiasa wujud kerinduan akan kesatuan, malah kesebatian, demi kekuatan, kedamaian dan kesejahteraan hid
up mereka sebagai satu bangsa.
Begitulah juga keadaan kita sejak mencapai kemerdekaan negara—mewakili 14 negeri yang disatukan—selama lebih lima dekad ini. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu kini masih terus merindukan persahabatan dan perpaduan sedemikian demi kedamaian dan kehidupan bersamanya.
Maka itulah sangat wajar sekali rakyat Malaysia terus berupaya untuk bersatu demi mencapai cita-cita murninya bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia baru yang tulen dan utuh.
SENEGARA:
Selama lebih setengah abad ini tampaknya rakyat Malaysia masih juga lambat berupaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang padu dan syahdu. Pada ketika-ketika yang genting dan tak tersangkakan tampaknya sentiasa wujud segelintir pemimpin siasah yang masih juga sengaja tergamak membelah negaranya dengan coba menyalakan semula api perkauman yang berbahaya itu.
Hingga ke akhir-akhir ini pun, tampaknya, masih terlihat juga wujudnya segelintir pemimpin sedemikian yang sengaja ghairah cuba menyalakan api perkauman yang mudah meretakkan negara.
Maka itulah sudah sampailah waktunya semula bagi rakyat Malaysia untuk terus tulus berazam bantu membina sebuah negara Malaysia yang padu dan luhur.
SEJIWA:
Bangsa dan negara baru biasanya sangat mudah rapuh untuk diretakkan apabila tiada suatu ikatan rohani dan benteng kemurnian jiwa di antara rakyatnya. Memang kita
selalunya amat mudah memperalat—juga diperalat—pelbagai istilah muluk yang merosak demi faedah peribadi dan kelompok ke atas sebuah negara, apalagi negara
yang baru setengah abad tercipta.
Terakhir ini memang terserlah benar kecenderungan yang negatif ini sehingga memerlukan kita agar lebih waspada dan waras bertindak bagi memelihara bangsa dan negara yang baru tercipta itu.
Kita memerlukan keazaman dan kekuatan batin, keutuhan dan kemurnian jiwa, untuk memelihara kedamaian bangsa dan negara. Untuk tujuan murni itulah makanya kita amat perlu menjaga dan mengisi cita-cita bangsa yang murni. Untuknya, kita perlu cekal sejiwa.

Subscribe to:
Posts (Atom)