Friday, 19 September 2008

Demi MASA...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati agar mentaati kebenaran da saling menasihati agar menetapi kesabaran". - Surah al - Ashr

AYAT suci kalam Ilahi di atas begitu lazim dan 'mesra' didengar dan dilafazkan. Persoalannya, berapa ramai manusia yang percaya dan yakin akan kebenaran ayat tersebut? Penulis sengaja membiarkan persoalan ini diutarakan tanpa jawapan agar kita sama-sama muhasabah diri sendiri lebih - lebih lagi di bulan penuh keberkatan ini.

Penulis baru sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mutakharrijin anak- anak Sabah. Penulis selaku pengerusi mesyuarat agak terkilan dengan pengurusan masa para graduan-graduanita yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Dalam surat jemputan mesyuarat tertera masa yang telah ditetapkan. Malangnya, masa tersebut langsung tidak ditepati dan dihargai. Ah! Benar-benar menjengkelkan.

Beginikah sikap kita sebagai Azhariyyun? Kalau kita sendiri tidak menghormati diri sendiri, bagaimana orang lain akan menghormati diri kita? Fikir-fikirkanlah!

*Penduga Arus : Masih za'alan lagi ni!

2 comments:

Anonymous said...

salam..jgn bah zaklan2..biasalah bkn takat graduan @graduanita..suma pun rsanya mcm tu..klu inda tedalah istilah Janji Melayu..mmg kesal dan jengkel lah juga bg manusia yg xtepati msa..kmi di alex pun zaklan juga..xdikasi tau psl majlis ni..ada ka teda..tp xpalah..rasanya klu kmi ada sna kompom dtg meeting awal..yalah excitedkan..huhuhu..tp mugkin jga org sna ada mslh @pun xbrapa excited..insya ALLAH nnti kami dtg..xmo la ada zaklan2 lg k..kak wakil mutakharrijin..mnta maaflah ngan ko dek..bermaaf-maafan kita dbln ramadhan ar..

Anonymous said...

salam..awu ba..jgn zaklan2...hilang pahala puasa karang..marah2 ja...sedih juga nda dapat g majlis mutakharijin ni.. entah bila mahu bersua muka lagi...tapi nk wat camna..tarikh pun tau lmbt..ada kerja lagi...maaf zahir dan batin...ye..jgn simpan dalam hati....