Thursday, 30 December 2010
MALAYSIA!
Mahfuz, Anwar puji corak permainan Harimau Malaya baca di sini.
*Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak isytihar 31 Disember 2010 (Jumaat) sebagai cuti umum seluruh Malaysia. Gudel 'cuti' selama-lamanya.
Wednesday, 29 December 2010
Gudel
Tuesday, 28 December 2010
Monday, 27 December 2010
Facebook vs Ikhwanbook
TANPA hipokrasi, laman sosial Facebook memang popular. Jika dahulu 'Tuhan' Google sudah memadai untuk mencipta dan mengadakan sesuatu, sekarang cukup separuh hari berada di depan skrin mesin maya mampu mencapai suatu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.
Ada kaedah alternatif untuk kita mengimbangi medium 'bintang enam' dan mencuba laman sosial yang diasaskan oleh pihak Muslim Brotherhood atau Ikhwanul Muslimin iaitu Ikhwanbook.
Untuk daftar sila klik sini.
Entri penulis mengenai Facebook di blog 100penulis boleh dibaca di sini.
Sunday, 26 December 2010
Harakah Kembali!
Friday, 24 December 2010
Sepak Bola
MALAYSIA dan Indonesia akan bertemu di final pusingan pertama piala AFF Suzuki 26 Disember 2010.
Di Indonesia mereka menggelarnya sepak bola manakala kita memanggilnya bola sepak. Sama tapi tak serupa?
Ironinya jika kita perhatikan, permainan yang ditunjukkan oleh Indonesia mungkin agak keras jika diterjemahkan melalui kalimah 'sepak bola'. Sepak dahulu, baru lihat di mana bolanya. Berbanding Malaysia, mesti ada bola dahulu barulah mula untuk menyepaknya.
Agak-agak bagaimana? Sepak bola atau sepak kaki pemain bola. Macam-macam.
Entri lama tentang bola sepak dan dakwah boleh dibaca di sini.
Monday, 20 December 2010
Konvensyen PR : PAS Tetap Istiqamah Menegakkan Agama Islam - Presiden PAS
7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Untuk ucapan penuh klik di sini.
Friday, 17 December 2010
Monday, 13 December 2010
WikiLeaks : Tanya sama Hud-hud
TIDAK semena-mena portal bebas WikiLeaks membuat pendedahan mengenai isu politik di Malaysia khususnya terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam isu l*wat (konspirasi ke-2).
Anda percaya? Terpulang. Beribu tahun dahulu 'wartawan' Hud-Hud hampir disembelih oleh 'editornya' Nabi Sulaiman Alahissalam jika Hud-Hud tidak mengemukakan alasan yang kukuh atas ketidakhadirannya.
Mujurlah sang 'wartawan' ini mempunyai alasan yang kukuh serta membawa sebuah berita yang besar dan menggemparkan. Berkata 'wartawan' Hud-Hud dalam laporannya; "I have grasped (the knowledge of a thing) which you have not grasped and i have come to you from Saba' with true NEWS ". - (an-Naml : 22)
True NEWS (naba' al-yaqin) ialah berita yang tepat lagi sahih. Bagaimana pula dengan WikiLeaks? Mungkinkah tidak ada konspirasi lain di sebalik pendedahan yang dilakukannnya? Mungkin kita boleh bertanya kepada si belatuk...
Tambahan : "Aqidah Didahulukan, Syariat Diutamakan".
Sunday, 12 December 2010
Sebelum Wisel
Imbas kembali gol 'indah' Samir Nasri ke gawang 'Setan Merah' di Stadium Emirates, 8 November 2008.
"What a goal!"
Saturday, 11 December 2010
Harapan
Tuesday, 7 December 2010
Anugerah
Monday, 6 December 2010
Tahun Baharu Hijrah 1432
Sunday, 5 December 2010
Kenapa Tak Rogol Saya?
Hilmi Halim |
Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat). Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu. Sumber : Harakahdaily Tambahan : Allah S.W.T sentiasa memelihara hamba-hamba-Nya yang sentiasa 'hampir' dengan-Nya. |
Klasemen
Saturday, 4 December 2010
WikiLeaks : Penggodam Licik
IMEJ Amerika Syarikat tercalar lagi apabila rangkaian portal berita bebas WikiLeaks mendedahkan rahsia sulit ketenteraan yang di berlaku di Iraq melibatkan tentera A.S.
Jika diperhatikan, WikiLeaks bukanlah apa-apa bagi A.S, tetapi bagaimana makulmat sulit negara boleh bocor dengan begitu mudah sekali? Jawapannya juga mudah. Keterlibatan orang dalam. Petugas-petugas di Pentagon ada yang belot.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (39) adalah pemegang Ijazah Doktor Flasafah dalam bidang fizik dan tentunya seorang penggodam laman web.
Teruja juga mendengar negara segah dan seangkuh Amerika 'tewas' beberapa kali di tangan WikiLeaks. Selepas ini maklumat apa pula yang akan didedahkan. Tunggu...
Friday, 3 December 2010
Cerita Bola
POLL RESULTS »
High-riding Man Utd takes on Arsenal at home on Dec 14. Which team will come out tops?
Man Utd | | 58% (1373 votes) | |
Arsenal | | 31% (743 votes) | |
The match will end in a draw | | 11% (262 votes) | |
Total 2378 votes Gol 'Golden Goals' Freddie Ljungberg ke gawang Manchester United, 25.11.2001. |