 
 
 KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.





 JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan  panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital  Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung.
JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan  panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital  Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung. Zainuddin (gambar), 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.
Laporan Bernama Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu
Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Bersiap-siagalah!