Di bawah ini disertakan catatan ringkas PENDUGA ARUS.
Lebih 1,500 orang mahasiswa banjiri ceramah Presiden PAS
KAHERAH, Mesir 31 Januari – Lebih daripada 1,500 orang mahasiswa yang sedang menuntut di Mesir menghadiri ceramah umum yang disampaikan oleh YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
Program yang bermula pada jam 9.00 malam itu diselesaikan dalam jangka masa 2 jam 45 minit.
“Di dalam kedinginan malam dengan suhu dianggarkan kurang daripada 10 darjah celcius, seluruh mahasiswa Mesir turun membanjiri tapak ceramah”, kata Tarbus Merah.
Program di bawah anjuran Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care merupakan program pertama terbesar di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah pada tahun 2009 ini. Ia membuka tirai 2009 dengan program ceramah sebegini.
Kehadiran Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang diserikan dengan kedatangan YB Salehuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS), dan 9 orang Ahli Parlimen daripada PAS.
“Kedatangan mereka ke Mesir adalah khusus untuk mengadakan misi kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang telah menimpa musibah semenjak sebulan yang lalu. Kita berbangga dengan usaha pihak-pihak kerajaan, NGO dan parti-parti politik di dalam membantu rakan seakidah kita.”
Program tersebut mendapat perhatian walaupun di dalam keadaan cuaca yang dingin.
Tamat
Sumber : http://typeace.blogspot.com/
CATATAN PENDUGA ARUS
Sebetulnya, saya sepatutnya merasmikan sebuah majlis yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiah BKPSM pada malam tersebut. Akhirnya saya meminta sahabat saya, ustaz Nubli untuk menggantikan tempat yang telah 'dikosongkan'.
Kebetulan pada malam itu, cuaca memang dingin sampai ke tulang. Pada mulanya saya perkirakan akan berteman untuk hadir ke majlis tersebut. Natijah yang terakhir, saya keseorangan. Saya gagahkan diri untuk menghadiri sebuah majlis yang pada perkiraan saya begitu penting untuk dihadiri. Majlis tersebut adalah sebuah ceramah umum yang disampaikan oleh seorang ulama dan tokoh politik negara iaitu YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertempat di Dataran Hayyu Ashir, Kaherah, Mesir. Kedatangan beliau bersama bersama rombongan atas dasar melaksanakan misi kemanusiaan ke sempadan Rafah-Ghazzah.
Apa yang saya ingin perkatakan dan dikongsikan bersama dengan para pembaca sekalian ialah ungkapan yang pernah disebut oleh Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said iaitu, "Setiap yang benar, betapa ditekan tetap menjalar, tanpa dibaja kan tetap mekar, tanpa udara pun kan tetap subur". Dan ini yang saya saksikan pada malam tersebut. Kehadiran para mahasiswa yang begitu ramai bersama-sama meng'izin'kan 'suara kebenaran' bergema. Mungkin ada yang mengatakan ceramah yang disampaikan hanya retorik politik semata-mata. Adakah ianya benar? 'Tepuk dada dan izinkan hati kecil berkata-kata'.
Saya sebenarnya begitu tertarik dengan kata-kata yang telah disampaikan oleh YB Haji Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat pada malam itu. Beliau menyatakan kesediaan untuk bertemu dan berhujjah dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan ISLAM yang diperjuangkan. Tetapi bukan dengan cara halangan dan penindasan untuk menakut-nakutkan masyarakat. Saya kira, hanya orang yang tidak 'waras' sahaja yang menidakkan kenyataan tersebut. Di dalam hati, berkobar-kobar melihat keterampilan dan watak kepemimpinan seorang pemimipin muda seperti beliau.
Bagi mereka yang hadir tetapi kurang 'berkenan' dengan kenyataan yang telah dilontarkan oleh para penceramah diharap dapat berlapang dada. Untuk mereka yang kurang berpuas hati dengan coretan saya pada kali ini, dipersilakan 'tampil' memberikan pandangan jika ada.
Nota : Kali ke-2 'dipertemukan' dengan YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.
2 comments:
Suara kebenaran akhirnya telah sampai ke Mesir untuk didengarkan kepada pelajar2 mesir. Tahniah diucapkan. Semakin ramai intelek Mesir yang akan balik ke Malaysia. Tahniah dan tahniah dan tahniah kepada penceramah2 malam itu. Mmg hebat para penceramah pada malam itu.. Byk maklumat "bernas" dan "tepat" disampaikan.. Plajar mesir berbangga kerana dpt menjadi pendengar yang taksub dan amat mengagumi ceramah spinning of words malam tersebut. Lebih ramai lagi mahasiswa/wi mesir yg hebat dgn retorik akan dilahirkan tahniah
Tahniah diucapkan kepada akhi Amiruddin. Semangat perjuangan seperti akhi perlu dijadikan contoh kepada semua pelajar-pelajar Sabah yang belajar di Mesir. Sabah memerlukan orang macam akhi untuk mengubah keadaan Negeri Sabah yang dibelenggu oleh pemikiran liberal bahkan sekural yang dibawa oleh 'perjuangan sesat' Be End apatah lagi AMNO
Kita sudah lama menginginkan Persatuan Sabah agar kembali bersama jemaah PMRAM kita, demi memugarkan institusi Islam di Bumi Kinanah ini. Apa yang penting akhi tidak perlu merasa sendiri, kerana kami sentiasa berada di belakang akhi demi menuju keredhaan. Dalam perjuangan banyakkan bersabar, meskipun awalnya pahit yang akhirnya membuahkan kemanisan. Sampaikan salam ana kepada Ustaz Babar.
Akhukum fid din
~ abualkhair
Post a Comment