Monday, 30 November 2009

Wisma Yayasan Sabah Kaherah

Wisma Yayasan Sabah Kaherah

MASIH ramai yang masih belum mengetahui kewujudan bangunan penuntut-penuntut Sabah di Mesir. Bangunan ini dinamakan Wisma Yayasan Sabah Kaherah.

Di bawah ini disertakan alamat lengkap :

Wisma Yayasan Sabah Kaherah,

No.14 Hatem At-Taie Street,

Branch Ahmed Zaki Street,

Nasr City Cairo,

Arab Republic of Egypt.

Saturday, 28 November 2009

Jemputan Kahwin (Walimatul 'Arus)

وليمة العروس : نضرة النَّعيم بنت عبد الهادي & مدريس شافعي بن طاهر الدين
Sunday, December 6th, 10:00am at Kg. Sg. Kapur, Batu 28, Sandakan, Sabah You have been invited by Wan Najihah Abdul Hadi (Malaysia).

Jemputan Kahwin di Facebook



Selamat Pengantin Baru kepada Kak Nadhratun Naim Abdul Hadi dan suami. Semoga mahligai kasih yang dibina berkekalan hingga ke Syurga. Insya-Allah.

Tambahan : Kak Nadhratun Naim (Kak Dela') merupakan mantan Timbalan Yang Di-Pertua 2 merangkap Ketua Mahasiswa Sabah (WISA), Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) sesi 2006.

Thursday, 26 November 2009

Sunday, 22 November 2009

Pertandingan Debat



PETANG kelmarin, saya menyaksikan sendiri peserta-peserta pertandingan debat berentap di pertandingan akhir 'English Debate Contest For International Students' yang diadakan di Dewan Rumah Indonesia, Raba'ah Adawiyah (Wisma Nusantara) Kaherah.

Dua buah negara yang mengambil bahagian iaitu Indonesia dan Singapura (Malaysia tidak ada wakil) . Rata-rata mempunyai bakat yang besar dan bersinar. Bukan mudah sebenarnya untuk berucap di hapadan khalayak. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan.

Fokus perdebatan adalah berkenaan dengan 'demokrasi'. Pelbagai hujjah yang dianggap konkrit dilontarkan untuk mengukuhkan prinsip masing-masing. Salah seorang peserta turut mengatakan bahawasanya 'demokrasi' itu jika tidak dilaksanakan dengan tepat akan bertukar kepada 'demo-crazy'. Sia-sia dan hanya akan mengakibatkan kecelaruan.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyaksikan peserta dari Singapura diumumkan sebagai juara pertandingan. Mereka pulang dengan membawa wang tunai berjumlah LE 500 beserta piala.

Program sebegini mampu menjadi medium yang konstruktif kepada golongan mahasiswa dan seharusnya diteruskan di masa akan datang.

Apa khabar PPSMI?

Saturday, 21 November 2009

Pengiktirafan Dunia Islam

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Sumber : HarakahDaily

Friday, 20 November 2009

Segar Kota Kaherah



KALI pertama bersua muka dengan Habiburrahman El Shirazy pada tahun 2008. Ketika itu, karya besar beliau 'Ayat-Ayat Cinta' sedang dalam proses untuk difilemkan.

Hari ini, 'Ketika Cinta Bertasbih' singgah di lantai Kaherah sekaligus menamatkan penantian 'mereka' yang meminati fiksyen Islami. Sebelum ini hanya menyaksikan trailernya di laman youtube. Sahabat-sahabat yang lain beberapa kali bertanya jika saya sudah 'menemui' filem ini di Mesir.

Mereka yang pernah berteleku di Ardhul Kinanah pasti akan merindui kesegaran kota Kaherah yang menjadi salah satu latar tempat dalam filem ini. Terkenang keindahan Iskandariah dan laut Mediterranean-nya. Rindu dengan debu-debu yang 'mewarnai' suasana kota seribu menara.

Rindu itu berlanjut pada lembayung Al-Azhar yang menuntaskan segala kudrat dan iradat di dalam hati. Betapa semua itu menjalar dalam tubuh yang merasainya.

Aduh, hati kecil ini menangis lagi...

Thursday, 19 November 2009

Hari Ini

Ada apa dengan hari ini?

Hanya yang 'menggenggam keindahan' mengetahuinya.

Satu Dan Kesatuan

SUNYI sepi Kota Kaherah diliputi kesejukan malam ditambah dengan satu gol dari Algeria yang mengakhiri 'perjuangan' Mesir untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun hadapan.

Cuma satu gol yang menjadi penentu. Angka satu itu juga yang menenggelamkan 'suara' 85 juta penduduk Mesir.

Ah! itu hanya sebiji gol. Bagaimana pula dengan setiap butir peluru yang dibenamkan pada jasad saudara seakidah kita di seluruh pelusuk dunia oleh musuh-musuh durjana?

Adakah wujud kesatuan di kalangan kita membela hak saudara seagama seperti kita bersorak semangat di stadium bola?

Sirna dan hampa.

Wednesday, 18 November 2009

Mesir : Selangkah Ke Piala Dunia 2010



Agregat 3-3

Tambahan : Malam ini, Mesir vs Algeria - Stadium al Merreikh Umm Durman Khartoum, Sudan.

Tuesday, 17 November 2009

Isu Majlis Pembacaan Kutub Sittah Di Parlimen Malaysia

ISU yang berkaitan dengan Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Hadith Sahih Bukhari) yang baru sebulan berlalu (17 - 20 Oktober) telah 'gempar' di Parlimen Malaysia.

Saya secara peribadi yang turut menyertai majlis tersebut ingin mendengar penjelasan yang lebih 'bijak' daripada pihak menteri berkenaan isu ini.





Akhbar : Mesir Negara Pertama

SHARM EL-SHEIK 16 Nov. - Mesir akan menggunakan domain internet pertama yang ditulis dalam bahasa Arab, kata Menteri Teknologi Maklumatnya semalam pada sidang kumpulan pengasas bersama Yahoo untuk membincangkan rangsangan penggunaan Internet di negara-negara membangun.

Tarek Kamel berkata, hari ini Mesir akan menggunakan domain baru - disebut masr tetapi ditulis dalam tulisan Arab dan menjadi negara Arab pertama yang tidak menggunakan domain tulisan Latin.

Ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan penggunaan Internet di negara membangun yang penggunaannya masih lagi sedikit berbanding jumlah penduduk yang ramai.

"Domain baru ini juga akan menawarkan laluan baru dalam pembaharuan, pelaburan dan pertumbuhan," kata Tarek pada permulaan Forum Tadbir Urus Internet anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dihadiri oleh legenda seperti Yahoo Inc., Jerry Yan dan Tim Barners-Lee, dikenali sebagai bapa pengasas Internet.

Keputusan untuk menggunakan domain baru ini dibuat akhir Oktober lalu oleh Internet Corporation, Assigned Names and Numbers Board iaitu agensi pengawasan Internet utama untuk membangunkan mekanisme fast-track untuk domain dalam bahasa seperti China, Korea, Arab atau bahasa lain.

Keputusan ini merupakan langkah penting di dunia Arab, negara yang mempunyai campur tangan penapisan, kandungan dan akses yang terhad yang menghalang usaha meningkatkan kandungan bahasa Arab di laman web.

Kekurangan kandungan ini membuka peluang pasaran kepada syarikat Internet dengan Yahoo baru-baru ini memperolehi laman web komuniti secara dalam talian, Maktoob.com.

Yang berkata, seramai 300 juta orang yang bertutur bahasa Arab di dunia tetapi hanya kurang daripada 1 peratus kandungan secara di dalam talian yang berbahasa Arab.

Sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Arab, Yang berkata, Yahoo akan menawarkan e-mel dan perkhidmatan mesejnya dalam bahasa Arab tahun hadapan.

Menurut Yang, kira-kira 325 juta pengguna Internet di pasaran negara membangun dan dijangkakan akan berkembang 19 peratus setiap tahun. - AP

Sumber : Utusan Malaysia

Friday, 13 November 2009

Untuk Palestin





'Senyuman' itu milik Al Quds