Tuesday 17 November 2009

Akhbar : Mesir Negara Pertama

SHARM EL-SHEIK 16 Nov. - Mesir akan menggunakan domain internet pertama yang ditulis dalam bahasa Arab, kata Menteri Teknologi Maklumatnya semalam pada sidang kumpulan pengasas bersama Yahoo untuk membincangkan rangsangan penggunaan Internet di negara-negara membangun.

Tarek Kamel berkata, hari ini Mesir akan menggunakan domain baru - disebut masr tetapi ditulis dalam tulisan Arab dan menjadi negara Arab pertama yang tidak menggunakan domain tulisan Latin.

Ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan penggunaan Internet di negara membangun yang penggunaannya masih lagi sedikit berbanding jumlah penduduk yang ramai.

"Domain baru ini juga akan menawarkan laluan baru dalam pembaharuan, pelaburan dan pertumbuhan," kata Tarek pada permulaan Forum Tadbir Urus Internet anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dihadiri oleh legenda seperti Yahoo Inc., Jerry Yan dan Tim Barners-Lee, dikenali sebagai bapa pengasas Internet.

Keputusan untuk menggunakan domain baru ini dibuat akhir Oktober lalu oleh Internet Corporation, Assigned Names and Numbers Board iaitu agensi pengawasan Internet utama untuk membangunkan mekanisme fast-track untuk domain dalam bahasa seperti China, Korea, Arab atau bahasa lain.

Keputusan ini merupakan langkah penting di dunia Arab, negara yang mempunyai campur tangan penapisan, kandungan dan akses yang terhad yang menghalang usaha meningkatkan kandungan bahasa Arab di laman web.

Kekurangan kandungan ini membuka peluang pasaran kepada syarikat Internet dengan Yahoo baru-baru ini memperolehi laman web komuniti secara dalam talian, Maktoob.com.

Yang berkata, seramai 300 juta orang yang bertutur bahasa Arab di dunia tetapi hanya kurang daripada 1 peratus kandungan secara di dalam talian yang berbahasa Arab.

Sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Arab, Yang berkata, Yahoo akan menawarkan e-mel dan perkhidmatan mesejnya dalam bahasa Arab tahun hadapan.

Menurut Yang, kira-kira 325 juta pengguna Internet di pasaran negara membangun dan dijangkakan akan berkembang 19 peratus setiap tahun. - AP

Sumber : Utusan Malaysia

No comments: