Sunday, 22 November 2009
Pertandingan Debat
PETANG kelmarin, saya menyaksikan sendiri peserta-peserta pertandingan debat berentap di pertandingan akhir 'English Debate Contest For International Students' yang diadakan di Dewan Rumah Indonesia, Raba'ah Adawiyah (Wisma Nusantara) Kaherah.
Dua buah negara yang mengambil bahagian iaitu Indonesia dan Singapura (Malaysia tidak ada wakil) . Rata-rata mempunyai bakat yang besar dan bersinar. Bukan mudah sebenarnya untuk berucap di hapadan khalayak. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan.
Fokus perdebatan adalah berkenaan dengan 'demokrasi'. Pelbagai hujjah yang dianggap konkrit dilontarkan untuk mengukuhkan prinsip masing-masing. Salah seorang peserta turut mengatakan bahawasanya 'demokrasi' itu jika tidak dilaksanakan dengan tepat akan bertukar kepada 'demo-crazy'. Sia-sia dan hanya akan mengakibatkan kecelaruan.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyaksikan peserta dari Singapura diumumkan sebagai juara pertandingan. Mereka pulang dengan membawa wang tunai berjumlah LE 500 beserta piala.
Program sebegini mampu menjadi medium yang konstruktif kepada golongan mahasiswa dan seharusnya diteruskan di masa akan datang.
Apa khabar PPSMI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment