Friday 8 January 2010

Ghazzah

USAI mendirikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar, suara laungan keprihatinan untuk Palestin bergema. Seruan dan kalam semangat yang disampaikan oleh pihak 'Muslim Brotherhood' mengingatkan bahawa isu yang berlaku di Palestin bukanlah isu biasa tetapi ia adalah isu akidah umat Islam sedunia. Menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim zionis laknatullah dan sekutunya.

Ghazzah... Ghazzah... Ramz el Izzah!!!

Dammir... dammir... Tel Aviv!!!

Beberapa hari lalu kerajaan Mesir telah menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan el Arish yang bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di Ghazzah.

Apa sudah jadi?
***

Saya sempat mengarang sebuah puisi didedikasikan untuk Ghazzah.

UNTUKMU GHAZZAH

Sudah berkurun
kau dibaham
peluru-peluru kejam
menembusi sukma yang dalam.

Abad ini
tangisan tiada erti
masih adakah lagi
sisa-sisa kudrat
genggaman erat
melestarikan semangat.

Untukmu Ghazzah
kembalikan izzah
lautan darah yang tumpah
kau tidak akan rebah.

Raba'ah al Adaweyah,
22 Muharram 1431 H.

1 comment:

Zaiem Al-Hilmee said...

Salam.. nak tahu situasi Demonstrasi Bantah Kerajaan Mesir di Malaysia? kunjungi http://mujahideen-islam.blogspot.com