Monday, 20 October 2008

Setahun berlalu...

SUDAH setahun saya berpencak di gelanggang sebegini. Seawal dari teratak kecil di blog 'friendster' hingga mampu memiliki blogspot sendiri seperti kebanyakkan orang lain. Saya mengakui diri ini bukanlah seorang penulis yang hebat cuma berupaya menukilkan apa yang dirasa selayaknya dizahirkan. Melihat tulisan saya masa mula-mula dahulu cukup membuat saya tersenyum sendiri. Tetapi tidak mengapa: beribu langkah sang pengembara tetap dimulakan dengan langkah yang pertama. Selagi ada kudrat jangan pernah terbit di hati 'saya tidak boleh'. - di dalam bas 359~

2 comments:

khairaummah said...

salam alaik...

potensi yg besar dlm penulisan. itu senjata ust. penduga arus kan...

yang diperlukan adalah kreativiti dlm menyampai.ramai org boleh menulis.mcm2 benda boleh ditulis, sama ada benda yg baru atau benda yang sedia diketahui orang.

titik pergantungannya adalah CARA kita dalam menyampaikan.Carilah formula itu.

In fact, people don't care how much we know!

teruskan usaha.

Penduga Arus said...

Alhamdulillah... syukur atas nikmat yang telah diberi..

sama2 berdoa moga kita tidak tergelincir di atas 'landasan' yg licin.

'ala kulli hal,jazakallahu khairan jaza'.