Thursday, 30 October 2008

Sebuah Karya

Sebetulnya, karya ini saya karang sebelum Ramadan yang telah lalu. Lebih tepat pada 8 0gos 2008. Karya 'budak baru belajar' ini akan dimuatkan di dalam Majalah Anugerah ke-5 yang akan diterbitkan oleh Biro Penerangan dan Penerbitan, Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BPP-BKPSM).


TETAP DI SINI

Pernah dia jatuh
bangun semula
tatkala nafas masih tersisa
di celah-celah runtuhan
memupuk kembali semangat yang kian sirna.

Biarkan mereka tiba
di puncak itu
sedangkan diri ini tetap bertatih
menghadam juzuk-juzuk perjuangan
mencari kesempurnaan.

Ya ALLAH
thabatkan langkah ini
jangan biarkan tersasar
ditelan bias-bias haloba.

Amiruddin Mohd. Rosdi

Villa Sabah, Syaqqah 10

Abbas el-Aqqad, Kaherah, Mesir.

1 comment:

khairaummah said...

fuh...utk kesekian kalinya...tabik lagi.
bahasanya cukup bagus, mudah dihadam dan keindahannya tetap ada.
cuma perlu panjangkan sikit, supaya maksud lebih sampai dan ada ending.
pengomen x bergaji.
teruskan ust. support BAHEP merangkap bakal YDP. :D