Friday 31 July 2009

'Bukan Azhari Jika Tidak Hafaz Al Quran'


MUKA hadapan akhbar 'Suara Al-Azhar' semalam menyentuh mengenai satu-satunya 'keistimewaan' azhariyyun iaitu al-Quran yang dihafaz oleh mereka. Bila disebut azhariyyun tidak ada yang terkecuali termasuklah mahasiswa Malaysia yang menuntut di 'Kiblat Imu' umat Islam ini. Sehingga terbit sebuah ungkapan yang mengatakan 'bukan azhari jika tidak hafaz al-Quran'.

Tahun ini dikejutkan dengan perubahan 'muqarrar' bagi subjek al-Quran yang hanya memerlukan pelajar wafidin (bukan arab dan arab selain Mesir) menghafaz tiga juzuk sahaja berbanding enam juzuk sebelum ini sehingga tamat pengajian.

Dari pemerhatian kasar penulis, rata-rata mahasiswa Malaysia melonjak 'kegembiraan' (mungkin termasuk saya sendiri) dengan perubahan yang dibuat oleh pihak Universiti Al-Azhar ini. Perlu diingat, al-Quran yang kita hafaz itu bukan sahaja menjadi 'syafaat' dalam imtihan tetapi akan menjadi pembela kita di akhirat kelak.

Tambahan : Kemungkinan besar, tahun hadapan 'muqarrar' al-Quran kembali pada yang asal. Tidak mustahil juga jika ada penambahan.

1 comment:

Mahadir Amboala said...

bagi ana, ada pro n kontra nya muqarrar hafazan dikurangkan..dilihat drpd sudut yg positif adlh utk memberi tumpuan lebih kpd madah2 yg lain disebabkan bebanan madah yg byk tanpa mengabaikan hafazan al-quran itu sendiri...dr sudut negatif nya, blh menyebabkan mereka yg dibalut SARATOGA lebih terlena di buai mimpi2 indah lagi..sekadar cetusan pandangan..hehe