Wednesday 19 August 2009

Hanya KERAJAAN ALLAH Yang Kekal Abadi




GAMBAR-GAMBAR ini menunjukkan majlis terakhir yang saya hadiri sebagai Yang Di-Pertua BKPSM sesi 2008/2009.

*****************************************

'Hanya KERAJAAN ALLAH Yang Kekal Abadi'

Itulah kalimah yang paling sesuai ditujukan kepada insan-insan yang merasa akan hidup selamanya!


Saya ditaklifkan menerajui kepimpinan BKPSM mengikut 'tradisi' zaman berzaman. Majoriti besar yang saya terima daripada ahli yang mengundi saya di hari pilihan raya menjadikan saya cukup resah jika tidak dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli BKPSM yang telah memberi kepercayaan kepada diri yang hina ini.


Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang menjadi saksi betapa besarnya taklifan yang diberikan kepada hamba-MU yang kerdil ini.

Tiba juga harinya dimana saya melepaskan jawatan YDP dengan cara yang 'luar biasa'. Ya! luar biasa. Walaupun hakikatnya, keadaan ini telah mengulang sejarah kepimpinan saya enam tahun yang lalu.

Saya juga pernah dilucutkan jawatan (sewaktu itu sebagai Ketua Pelajar Sekolah) atas alasan 'menentang' dasar yang dibawa oleh pengetua sekolah. Pada hari ini, peristiwa itu berulang lagi walaupun sedikit berbeza. Bila saya ditanya; ini kerja siapa? saya hanya boleh menjawab, "anda lebih tahu siapa".

Saya sudah mangli dengan kritikan dan segala macam pra-sangka. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya adalah orang yang paling 'derita' sebelum memijakkan kaki di bumi Kinanah, Misr al-Mahrusah ini.

Secara jujurnya, saya sentiasa memotivasikan diri dengan ungkapan ini; Allah S.W.T tidak bertanya kepada kamu sama ada kamu menang atau kalah dalam perjuangan. Allah S.W.T akan mempersoalkan sama ada kamu berjuang atau sekadar berpangku tangan melihat ISLAM tidak terbela.

Hari ini, usaha-usaha 'menelanjangkan' akidah umat ISLAM sedang dipergiat. Jika kita sekadar tunggu dan lihat dan menjadi 'bisu', nantikanlah kehancuran itu!

Saya tidak kisah jika seorang Amiruddin 'dibunuh', akan tumbuh jiwa insan yang lain. Saya yakin, masih ramai lagi manusia yang tidak buta mata hatinya!

Tambahan : Terima kasih tidak terhingga kepada semua barisan kepimpinan BKPSM sesi 2008/2009 yang sentiasa menjadi peneman di kala tawa dan duka.

10 comments:

Nafsah Dulajis said...

Terima kasih banyak atas tunjuk ajar dan kerjasama sebelum ini. Mohon maaf atas semua kekurangan yang ada.

Mudah-mudahan semua kesakitan itu menjadi pencuci dosa dan semakin mendekatkan kita kepada Allah SWT hendaknya insyaAllah.

Yang halal itu putih.
Yang haram itu hitam.
Antara keduanya itu kelabu.

Dan janganlah cenderung kepada mereka yang zalim, nescaya akan terpalit juga kezaliman itu...

Anonymous said...

Amir, apa yang berlaku?

Kami memerhati dan merenung dari jauh.

namcovii said...

kesian....

tu lah, knp jadi pemimpin yg bodoh??

setahu aku kes dilucutkan jawatan ni hanya berlaku pada engkau jak...

KENA LUCUTKAN JAWATAN..

hahahahahahahahaha

bagus!!!

namcovii said...

kau nak anggap bhw kau "pejuangkan islam" menurut kau bhw kau digulingkan pasal perjuangkan islam..


org tidak sedar diri..ego dan sombong tapi bodoh

hahahahahahhaa...

bodohnya !!!!!

ni lah org bodoh...

hyu said...

digulingkan....

hanya yg sombong,ego dan zalim sahaja yg digulingkan..

"Allah menurunkan kekuasaan kepada sesiapa yg Dia kehendaki"

عابد ضائف said...

teruskan langkahmu..

pedulikan tohmahan orang2 yg tidak mengerti soal perjuangan..

terus bangkit

"Allah ma'anaa.."
takbir!!!!!!!!!

myikhwanfiideen said...

Assalamualaikum ya Shiekh Misri..

Alhamdulillah dpt brtemu dlm dunia maya.. Perkenalan yg tak di sangka.. Dan, ana mengenali enta melalui sorg shbt yg jg duduk kt kaherah.

Perjuangan mmglah sgt pahit dan penuh pancaroba.. Kalu x begitu,, masakan kene panggil org brjuang.. Kita baru dilontar kata2 nista dan bukannya tahap dilempar 'tahi unta' sprt yg brlaku dgn para Auliya yg trdahulu..

Apapun.. Moga enta snts Thabat n Istiqomah!

p/s-Ana mohon izin utk link blog nie.. Syukran

hyu said...

tdk perlu dilempar taik unta..

dia mnjdi hina kerana dilucutkan..

hina seperti unta dahh~~

hyu said...

masalah dia dilucutkan bukan kerana pasal perjuangan..

masalahnya dia dilucutkan sbb terlampau banyak mendatangkan masalah kepada BKPSM...

Asley Josly said...

Assalamualaikum... semoga mantan YDP BKPSM dlm keadaan y masih bersama dgn keteguhan iman y d berikan oleh Allah...

Terpanggil sy utk memberi sepatah dua kata ekoran komen2 y membina serta y sy rasakan terlalu biadap dgn kata2 nya y boleh kita katakan kurang ajar...

Tidak salah utk sy katakan orang ini seperti orang y "munafiq". hanya sekadar petah brkata2 & mengata orang, sedangkan dirinya belum tentu di mana tempatnya di "SANA"...Nauzubillah...

Para nabi juga membuat kesilapan dalam berdakwah ini kan pula kita hanya manusia biasa y entah bagaimana keimanan nya...

Ayuh lah kita bersama2 di dlm memperbaiki diri masing2, setiap y berlaku pasti nya mempunyai hikmah y tersembunyi, Allah maha mengetahui segala apa y terbuku di dlm hati kita & segala apa y kita perbuatkan..

p/s: Mohon beribu kemaafan di atas kata2 sy y kurang d senangi...

Wassalam