ADA yang berpendapat, jika sudah menguasai bahasa Inggeris, mudahlah untuk menterjemah apa-apa bahan yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.
Benarkah begitu?
Perhatikan frasa ini. 'To throw the baby with the bath water.' Secara literal, terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah 'membuang bayi dengan air mandi'. Memang pembaca akan 'sesat' apabila penterjemah yang menguasai bahasa Inggeris menterjemah sedemikian.
Apa yang dimaksudkan oleh frasa (peribahasa sebenarnya) ialah, 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'.
Begitu juga dengan makna figuratif. Sebagai contoh kalimah AYAM. Secara umumnya, semua orang akan faham makna asas ayam.
Tetapi, dalam makna figuratif (makna yang tidak jelas dan tidak dapat ditafsirkan mengikut pola biasa) pelbagai makna yang akan terbit dari kalimah 'ayam'.
Contohnya; kaki (kaki ayam), orang (ibu ayam), penyakit (rabun ayam), tidur (tidur-tidur ayam), kuih (cakar ayam), bunga (tahi ayam) dan sikap (resmi ayam).
Hakikatnya, bukan semudah yang disangka. Perterjemahan memerlukan ketelitian dan kepakaran khusus dalam bidang tersebut.
Tambahan : Berhasrat untuk menterjemah sebuah kitab (Fatwa Kontemporari Prof. Dr. Ali Jumu'ah, Mufti Republik Arab Mesir).
No comments:
Post a Comment