Saturday 12 February 2011

Puisi Kedua di Harakah

SEGALA puji bagi Allah, puisi saya berjudul Mesir Marah telah disiarkan di akhbar Harakah Bil 1613 Edisi Jumaat, 8 - 10 RabiulAwal 1432 / 11 - 13 Februari 2011.


MESIR MARAH

Di celah debu pasir kinanah
di bumi barakah
berdentum suara marhaen
meladeni sang diktator
melunasi hak yang terpadam

Wahai diktator
"keluar kamu dari Mesir!"
negeri rakyat berhati waja
ini jalan terakhir
hidup atau terkubur

Medan Tahrir jadi saksi
bukan ilusi atau fantasi
mendaki sejuta harapan
laskar jihad di hadapan
meyakini janji Tuhan.

AMIRUDDIN MOHD. ROSDI
Kota Kinabalu, Sabah.

2 comments:

iNsYiRaH QaLbY said...

Assalamualaikum wrt.wbkt..

Syabas ananda..!! Teruskan menulis untuk menduga arus!!mohon izin copy yer??

Penduga Arus said...

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh...

Syukran Umie... insya-Allah. =) Silakan.