"Boleh pakai baju biasa ka di situ?" (merujuk kepada Mesir).
Begitu soalan daripada seorang sahabat (lebih tepat sahabiah) dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang diajukan kepada saya semalam.
Diam.
"Maksud 'baju biasa'? giliran saya pula bertanya untuk meminta kepastian.
Saya baru tahu, maksud 'baju biasa' yang dimaksudkan ialah pakaian selain dari tudung labuh dan jubah (khas untuk kaum hawa). Dia semacam tidak percaya melihat pakaian mahasiswi-mahasiswi yang belajar di Mesir (bukan semua). Ada yang memakai seluar 'jin', tudung singkat dan pelbagai lagi. Belum lagi kira yang ber'tabarruj'.
Saya kira dia membayangkan semua mahasiswi kita memelihara akhlak dan etika berpakaian. Walaupun tidak dinafikan masih ramai lagi yang 'sempurna' luar dan dalam. Tidak calar dan tidak pula ada yang terluka. Masih selamat dan kualiti terjamin.
Saya cuba untuk berseloroh. Namun tetap serius menjelaskan.
Mungkin dia faham apabila saya mengatakan tidak semua pelajar datang dari latar belakang yang sama. Kebiasaan yang sudah lama tidak terlalu mudah untuk ditinggalkan. Menjadi 'kewajiban' bagi semua untuk memulihkan keadaan ini. Dia juga seakan menyetujui kenyataan tersebut. Saya kira dia berpuas hati.
Tambahan : Teguran ala 'satira' seperti 'cantik baju kamu hari ini' semacam tidak 'mujarab'. Tukar segera!
2 comments:
ana setuju..biar byk nasihat yg diberi atau sindirin pedas sekalipun, kita tidak akan berubah jika masih sikap seperti di takuk lama...pakaian,akhlak,cara berfikir atau apa sekalipun...namun usaha utk melihat perubahan perlu diteruskan n hakikat nya Allah juga lah yg memberi hidayah kpd manusia...nasihat ini tidak terkecuali utk diri ana sendiri...(",)
Post a Comment