Thursday, 1 October 2009

Menyambut Ketibaan Puteri Keluarga Kami

MINGGU pertama bulan Oktober, saya akan menyambut ketibaan puteri keluarga kami. Adik perempuan saya, Maslina Binti Mohd. Rosdi akan tiba di Mesir untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Ma'ahad Qiraat Lil-Banat al-Azhar Mansourah

Dia akan memasuki Ma'ahad Qiraat Lil-Banat al-Azhar Mansourah takhassus (pengkususan) Al-Quran dan Qiraat. Tempoh pengajian adalah selama tiga tahun.

Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami yang menuntut ilmu di bumi Misr al-Mahrusah ini.

Doakan keberangkatan adik saya ke Ardhil Kinanah dalam keadaan yang selamat hendaknya. InsyaAllah.

1 comment:

Ena_Smiley said...

Alhamdulillah..
Insyallah kheir2 saja.
Ahlan Wasahlan..~