Saturday 10 October 2009

Pendaftaran Ditutup!


PETANG tadi saya ke pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) untuk mendaftarkan nama yang ingin mengikuti Majlis Pembacaan Kutub Sittah.

Walhasil, nasib kurang memihak kepada mereka. Pengarah Program yang juga merupakan Setiausaha Agung PMRAM, Ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin menyatakan pendaftaran telah pun ditutup.

Sasaran awal penyertaan iaitu seramai 300 orang telah meningkat ke 600 orang. Majlis ini akan bermula pada 17 Oktober dan akan berakhir pada 20 Oktober 2009.

Tambahan : Lain kali, mendaftarlah seawal yang mungkin.

No comments: