SEBAGAI permulaan, saya berkesempatan membawa sebahagian adik-adik mahasiswa baru negeri Sabah berjalan dan melihat sendiri 'suasana' Mesir dan Al-Azhar. Saya dan sahabat saya iaitu pemilik blog sobahicairo bersama-sama menjadi 'penunjuk jalan' dalam 'rehlah kecil' ini.
Alhamdulillah, adik-adik kelihatan gembira dan bersemangat kerana dapat melihat sendiri Masjid dan Universiti Al-Azhar yang bakal menjadi tempat mereka menuntut ilmu. Saya secara peribadi mengharapkan semangat ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berjuang dan memperolehi kejayaan.
Ungkapan makna setiap huruf dalam ejaan 'Mesir' iaitu 'Mim' yang mewakili kalimah musykilah (masalah), 'Sod' mewakili sabar dan 'Raa' yang mewakili rahmat bakal menjadi saksi bahawasanya tiada kejayaan semanis madu tanpa adanya pengorbanan sepahit hempedu.
Tambahan : Pada 10, 11 dan 12 Oktober 2009, Program Sambutan Mahasiswa/wi Sabah (SMS) akan diadakan di bawah kelolaan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM).
3 comments:
Salamualaikum Akhi.. MAsyaAllah... Semoga semuanya dapat ditarbiyyah untuk bekalan tempat kita.. Ameenn..
Semoga sentiasa diberkatiNya..
Gud Luck.. Udachi.. BittauFik.. Semoga Berjaya..
Alaikumussalam yaa akhi... mohon dipermudahkan segalanya... insya-Allah..
Moga-moga. "Harapan Ummah". We waiting...
Post a Comment