Sunday 17 October 2010

Puisi di Harakah

ALHAMDULILLAH, puisi lama saya yang berjudul Nur Kasih telah disiarkan di akhbar Harakah Bil 1580 Edisi Jumaat, 7 - 9 Zulkaedah 1431 / 15 - 17 Oktober 2010, bahagian Sastera dan Budaya muka surat F17.

Puisi ini juga pernah disiarkan di akhbar Harian Metro (myMetro).


NUR KASIH

HARI ini,

melambai takdir

di jendela kewarasan.


Esok

ripuh berlari

mengejar mimpi

melankoli membaluti

berdiri di kaki bumi

menerjah ilusi.


Betapa pasti,

nur kasih yang dicari

akan ditemui.

AMIRUDDIN MOHD. ROSDI
Kaherah, Mesir.

1 comment:

Najihah said...

Tahniah..makna tersurat dan tersirat di sebalik puisi? Agak puitis..tetapi menarik.Teruskan berkarya.