Friday, 29 April 2011
Monday, 25 April 2011
Saturday, 23 April 2011
Friday, 22 April 2011
KURTLAR VADiSi FiLiSTiN
Pujian harus diberikan kepada penulis skrip filem ini iaitu Bahadır Özdener. Walaupun beliau mendapat kritikan dan kecaman daripada pihak Israel tentang kisah yang ditulis olehnya tetapi sedikitpun tidak melemahkan semangat beliau untuk meneruskan pengkisahan mengenai kezaliman Zionis laknatullahi 'alaihim di bumi Ghazzah, Palestin.
Anda boleh menontonnya sendiri untuk merasai 'debaran' tanpa henti dalam filem ini.
Thursday, 21 April 2011
Dua Situasi
Frustrasi. Wojciech Szczesny menjadi 'benteng' padu bagi skuad The Gunners dari dibolosi lebih banyak gol.
REAL MADRID akhirnya menjuarai Piala Raja Sepanyol 'Copa del Rey' setelah menanti hampir 20 tahun. Penantian yang 'menyeksakan'. Menewaskan Barcelona 1-0 lewat jaringan CR7. Gembira.
Dua situasi di atas seringkali terjadi dalam 'dunia' bola sepak. Ungkapan klise adalah bola itu bulat. Bagaimana pula dengan kehidupan? Kehidupan diwarnai jalur-jalur yang dipilih oleh setiap individu. Arah mana yang hendak dituju?
Anda adalah penentunya. Sandarkan setiap gerak kita kepada Yang Maha Penyayang. Nescaya tidak akan ada frustrasi dan kekecewaan. Insya-Allah.
Monday, 18 April 2011
Puisi di Siasah
SECAWAN KOPI
Secawan kopi
diminum pak menteri
kopi latte pekat di cawan berkilat
tersenyum megah.
Secawan kopi
diminum si petani
kopi kusam pucat di cawan retak
merenung nasib.
Secawan kopi
pembeza darjat
hidup di dunia
bukan di akhirat.
AMIRUDDIN MOHD. ROSDI
Kota Kinabalu Sabah.
Sunday, 17 April 2011
Bulan Tetap Bersinar
PADA zahirnya, PAS telah tewas di kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRN Sarawak ke-10 kali ini. Hakikatnya kemenangan mutlak itu bukanlah terletak pada kemenangan undi di atas kertas semata. Nilai perjuangan yang diredhai Allah jua menjadi sumber kekuatan setiap aktivis harakah islamiah.
Laa tahzan! Sinar bulan akan tetap bersinar walaupun sentiasa 'dilitupi' zulmat kegelapan.
Friday, 15 April 2011
Thursday, 14 April 2011
Untuk Pengundi Sarawak: Berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat
SERUAN YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT UNTUK PENGUNDI SARAWAK
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak.
Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:
Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8).
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)
Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.
Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).
Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera.
Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.
Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.
Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.
Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS
9 Jamadil Awal 1432H/12 April 2011M.
Wednesday, 13 April 2011
Naratif Ogonshoto : Saya Yang Terlewat
Saya baru selesai menghadam 'Naratif Ogonshoto' sebuah karya Sasterawan Negara Malaysia ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Ya, agak lewat untuk saya. 10 tahun selepas diterbitkan barulah saya berpeluang memesrai karya 'kreatif genius' (ulasan panel Mastera) ini.
Sesungguhnya, karya sastera seharusnya mengambil peranan dalam permasalahan sekitar dan isu-isu sejagat. Medium dakwah dan siasah via sastera lebih mapan dan meyakinkan jika disulami tulisan dari pena 'qalbu' seorang karyawan.
Naratif Ogonshoto terhasil dari ilham pengarang ketika krisis kewangan dan kemelut politik Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melanda Malaysia pada tahun 1998. Membaca naskhah ini akan membawa kita ralit ke satu 'daerah' kawat berduri yang memagari norma kemanusiaan.
Saturday, 9 April 2011
Menatap INTERLOK
SECARA 'senyap' saya mengikuti polemik yang dicetuskan dalam novel Interlok. Karya Sasterawan Negara Kelapan, Dato' Abdullah Hussain ini tiba-tiba menjadi topik perbualan hangat walaupun kewujudannya sudah genap 40 tahun pada tahun ini. Edisi kali pertama Interlok dicetak pada tahun 1971.
Saya baru sahaja selesai menekuni naskhah Interlok Edisi Murid yang dibeli di Galeri Ilmu Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah (baru beroperasi kira-kira sebulan). Bagi saya tidak terlalu sukar untuk kita menelah hasrat SN Dato' Abdullah Hussain di dalam Interlok jika kita 'menjernihkan' fikrah menyelami nilai estetika sastera dan bukannya mengikut tafsiran sehala semata.
Menjadi masalah jika bidang sastera yang yang sepatutnya ditukangi oleh para ahlinya diambil alih oleh sang politikus yang mungkin tidak 'khatam' pun membaca novel ini. Natijahnya, kehalusan dan kesenian dalam sesuatu karya akan 'tenggelam' dan musnah ditelan desakan amarah dan kesangsian.
Ada benarnya kata-kata James Paul Clarke, mantan Gabenor wilayah Arkansas yang mengatakan "A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation."
Friday, 8 April 2011
ILMAM MENUNTUT SYARAT BARU UNTUK KE UNIVERSITI AL-AZHAR DIHAPUSKAN
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berpandangan bahawa syarat baru yang didakwa dikenakan oleh universiti Al-Azhar sebagai satu propaganda politik untuk mengurangkan jumlah kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti tersebut.
Syarat tersebut juga sebenarnya dilihat amat tidak relevan memandangkan peperiksaan STAM yang diambil oleh pelajar tingkatan enam di sekolah-sekolah sudah pun menyamai Syahadah Thanawiyyah yang juga merupakan syarat kelayakan untuk memasuki universiti terulung itu. Walaupun syarat ini pada zahirnya dikuatkuasakan oleh Universiti Al-Azhar tetapi seolah-olah wujud pihak ketiga yang menggunakan nama Universiti untuk menyekat pelajar-pelajar Malaysia daripada belajar di sana.
Kenyataan terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khalid Nordin bahawa pelajar mengambil masa terlalu lama untuk menghabiskan pengajian di sana dilihat bukan satu alasan untuk meletakkan syarat baru sebagai syarat kemasukkan ke Universiti Al-Azhar.
Kelemahan dalam Bahasa Arab tidak boleh dijadikan satu isu kerana kelemahan tersebut sebenarnya dibawa oleh pelajar daripada peringkat sekolah rendah hinggalah menengah sejak di Malaysia lagi. Jadi kelemahan tersebut adalah berpunca daripada sistem pendidikan di sini bukannya ketika mereka melanjutkan pelajaran di Mesir bahkan kelemahan tersebut hakikatnya dapat diatasi dengan lebih baik sekiranya lebih ramai pelajar dihantar ke Universiti al-Azhar untuk mendalami Bahasa Arab dan memperbaiki sistem pengajian bahasa Arab di sini.
Alasan bahawa pelajar mengambil masa yang lama untuk lulus juga amat tidak dapat diterima untuk meletakkan syarat itu. Ini disebabkan kelemahan bahasa Arab dan bukan penyebabnya tetapi keadaan sistem pengajiannya amat berbeza dengan apa yang didapati di tanah air. Lebih-lebih lagi kita melihat keadaan itu sudah pun bertambah baik sejak akhir-akhir ini atas usaha pihak persatuan-persatuan negeri yang menolong pihak pelajar dengan mengadakan kelas-kelas tambahan dan sebagainya.
Oleh itu, ILMAM sekali lagi mendesak agar pihak kerajaan mengkaji hal ini dan berbincang dengan pihak Universiti tanpa melibatkan kepentingan politik demi melihat lebih ramai graduan agama al-Azhar dapat menyebarkan sinar Islam di tanah air.
Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
Ta'aruf Calon-Calon PAS di Sarawak
Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011
N22 SEBUYAU
Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party. Adam sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.
Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.
Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.
Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.
Statistik Pengundi Sebuyau:
Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%
N24 BETING MARO
Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus merupakan seorang pemuda berkarisma dan sudahpun berjaya menarik tumpuan untuk PAS Sarawak kerana pesona ‘selebriti’nya in pilihanraya negeri Sarawak.
Ahmad, seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.
Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.
Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.
Statistik Pengundi Beting Maro:
Jumlah Pengundi: 7,868
Malay/Melanau: 90.42%
Chinese: 1.47%
Iban: 8.11%
N20 SADONG JAYA
Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.
Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.
Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.
Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.
Statistik Pengundi Sadong Jaya:
Jumlah Pengundi: 7,656
Malay/Melanau: 82.84%
Chinese: 7.64%
Iban: 9.42%
Orang Ulu: 0.01%
Others: 0.09%
N15 MUARA TUANG
Satu daripada dua calon wanita PAS akan berentap di DUN ini. Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang.
Noraini juga dikenali sebagai ‘superwoman’ di mana beliau menjaga tugasnya sebagai ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.
Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.
Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi tentangan hebat daripada adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini. Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.
Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).
Statistik Pengundi Muara Tuang:
Jumlah Pengundi: 18,820
Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%
N03 TANJONG DATU
Seorang lagi wanita, Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.
Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.
Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.
Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.
Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).
Statistik Pengundi Tanjong Datu:
Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%
Ditampal dari Harakahdaily.
Tambahan : "Agi Idup, Agi Ngelaban" (Papatah Iban) ; Berjuang Selagi Nafas Masih Ada. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!