Monday, 18 April 2011

Puisi di Siasah

ALHAMDULILLAH, puisi saya berjudul Secawan Kopi telah disiarkan di akhbar Siasah Bil. 0260 15 - 21 April 2011 / 11 - 17 JamadilAwal 1432 di ruangan Sastera & Budaya.


SECAWAN KOPI

Secawan kopi
diminum pak menteri
kopi latte pekat di cawan berkilat
tersenyum megah.

Secawan kopi
diminum si petani
kopi kusam pucat di cawan retak
merenung nasib.

Secawan kopi
pembeza darjat
hidup di dunia
bukan di akhirat.

AMIRUDDIN MOHD. ROSDI
Kota Kinabalu Sabah.

2 comments:

pendaki senja... musafir mencari ridho Ilahi said...

Assalamualaikum,

Hmm.. kopi pekat manis
kopi kusam

ke dua2nya mengajar kita menghargai nilai sebuah kembara di persinggahan sebentar ini ..

[Ummie teringin merasa kopi buatan tangan ibu nanda..bila agaknnya ya!!]

Penduga Arus said...

Waalaikumussalam..

Secawan kopi memberi seribu pengertian...=)

(Suatu hari nanti... insya-Allah;=)