Wednesday 13 April 2011

Naratif Ogonshoto : Saya Yang Terlewat

Naratif Ogonshoto (Cetakan kedua 2006, Arsalia)
Karya: Anwar Ridhwan


NARATIF Ogonshoto. Terpulang kepada anda ingin menganggapnya sebagai sebuah novel atau kumpulan cerita pendek cer-pen.

Saya baru selesai menghadam 'Naratif Ogonshoto' sebuah karya Sasterawan Negara Malaysia ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Ya, agak lewat untuk saya. 10 tahun selepas diterbitkan barulah saya berpeluang memesrai karya 'kreatif genius' (ulasan panel Mastera) ini.

Sesungguhnya, karya sastera seharusnya mengambil peranan dalam permasalahan sekitar dan isu-isu sejagat. Medium dakwah dan siasah via sastera lebih mapan dan meyakinkan jika disulami tulisan dari pena 'qalbu' seorang karyawan.

Naratif Ogonshoto terhasil dari ilham pengarang ketika krisis kewangan dan kemelut politik Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melanda Malaysia pada tahun 1998. Membaca naskhah ini akan membawa kita ralit ke satu 'daerah' kawat berduri yang memagari norma kemanusiaan.

No comments: