Friday 22 April 2011

KURTLAR VADiSi FiLiSTiN




FILEM Turki ini ditayangkan di pawagam (Turki) pada 27 Januari 2011. Kurtlar Vadisi Filistin atau 'Valley of the Wolves : Palestine' direkodkan sebagai salah sebuah filem termahal di Turki. Filem ini merupakan sekuel kepada filem yang menggunakan judul yang sama iaitu 'Valley of the Wolves : Iraq (2006) dan 'Valley of the Wolves : Gladio' (2008).

Pujian harus diberikan kepada penulis skrip filem ini iaitu Bahadır Özdener. Walaupun beliau mendapat kritikan dan kecaman daripada pihak Israel tentang kisah yang ditulis olehnya tetapi sedikitpun tidak melemahkan semangat beliau untuk meneruskan pengkisahan mengenai kezaliman Zionis laknatullahi 'alaihim di bumi Ghazzah, Palestin.

Anda boleh menontonnya sendiri untuk merasai 'debaran' tanpa henti dalam filem ini.

No comments: