Wednesday, 22 June 2011

‘Bersih’ Wajib Berjalan Dengan Bersih : Dr. Maza


Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

Dari blog Dr.Maza.

Perkampungan Sasterawan 2011 (2) : Isu Interlok

SIDANG 1 di bawah tajuk Sastera dan Gagasan 1Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Sukor Usin (Hasyuda Abadi) dan dibentangkan oleh Encik Zubaidi Abas, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah.

Saya tidak berminat untuk mengulas atau berkata mengenai 1Malaysia kerana dalam sidang ke-3 telah menolak sastera sebagai wahana dalam menjayakan 1Malaysia dari sudut konteksnya walaupun wujud dalam kebanyakan teks-teks sastera ia memang diakui telah memperlihatkan dengan jelas elemen 1Malaysia (kendatipun warga Sabah telah melangkau jauh dalam menterjemahkan suasana dan kerukunan 1Malaysia).

Isu Interlok dibicarakan lagi. Menariknya semua bersetuju bahawa isu ini hendaklah di'adili' dalam kerangka sastera dan bukan mengikut selera siasah pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.

Satu atau dua perkataan yang tidak 'berkenan' di hati bukanlah mencerminkan idea atau gagasan dalam novel Interlok. Walaupun Interlok telah wujud 40 tahun yang lampau, auranya sehingga hari ni tetap membahang.

Anda bagaimana? atau tidak ambil tahu pun mengenai isu ini?

Monday, 20 June 2011

Perkampungan Sasterawan 2011 (1)


ALHAMDULILLAH, Perkampungan Sasterawan 2011 kali ke-8 telah berakhir. PS 2011 kali ini diadakan di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Saya berpeluang hadir dan turut sama berkampung bersama para karyawan, sasterawan dan seniman tanah air khususnya para pejuang bahasa dan penggiat sastera di Negeri Sabah di Bawah Bayu.

Untuk catatan mula saya sertakan atur cara Perkampungan Sasterawan 2011 yang telah berlangsung selama dua hari (18 - 19 Jun 2011).

18 JUN 2011

7.00 - 9.00 pagi - Pendaftaran

Bacaan Doa

Ucap utama

Pembentang : Dato' Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz (DBP)
Pemerkasaan Sastera Memacu Kedinamikan
Pengerusi : Prof Madya Dr. Ismail Ali (UMS)

10.00 - 10.30 PAGI : Kudapan

10.30 pagi - 12.30 tengah hari : Sidang 1
Pembentang : Datuk Zainal Abidin Borhan (GAPENA)
Sastera Sabah dan 1Malaysia

Zubaidi Abas (DBPCS)
Sastera dalam Gagasan 1Malaysia
Pengerusi : Sukor Usin (IPS)

12.30 tengah hari - 2.00 petang - Makan/rehat/solat


2.00 - 4.00 petang - Sidang 2
Pembentang : Dr. Chacho Haji Bullah (BAHASA)
Perkembangan Penulis dan Karya Sastera Sabah khususnya Genre Cerpen dan Novel Era 1990-an - kini

Encik Laliman Ahmad (IPS)
Seni Sastera dan Budaya Sabah : Di mana dan Ke Mana Arah Kita?
Pengerusi : Encik Daniel Jebon Janaun (BAHASA)

4.00 PETANG - Rehat/Solat

8.00 - 10.00 malam - Majlis Perasmian dan makan malam

19 JUN 2011

8.30 - 10.30 PAGI - Sidang 3
Pembentang : Dr. Asmiaty Amat (UMS)
Kesusasteraan Melayu di Sabah : Satu Renungan Sejarah

Siti Aisah Murad (DBPKL)
Cerpen sebagai Wahana 1Malaysia
Pengerusi : Dr. Saidatul Nornis Haji Mahali (UMS)

10.30 - 11.00 pagi - Kudapan

11.00 pagi - 12.00 tengah hari - Sidang 4 - Rumusan

12.00 tengah hari - 1.00 petang - Majlis Penangguhan

1.00 petang - Bersurai

Friday, 17 June 2011

Sekitar Kempen Boikot Akhbar Utusan Malaysia










eh... yang ini bukan. Ini lah karikatur yang tidak 'senonoh' itu (Apabila hukum-hakam Allah dipersenda, maka inilah jadinya).

Tuesday, 14 June 2011

Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor

SAYA menerima jemputan daripada Setiausaha Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Tuan Jasni Yakub untuk hadir ke majlis Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor . Seterusnya saya turut dipelawa untuk mendeklamasikan puisi pada majlis tersebut.

Majlis diadakan di Taman Perdana Tanjung Aru pada 11 Jun 2011 jam 7.30 malam. Sayangnya, saya tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain terlebih dahulu. Insya-Allah, pada kesempatan lain kalau ada rezeki saya akan bersama.

Sejujurnya saya belum pernah menghasilkan puisi yang berbentuk humor atau jenaka. Mungkin boleh dicuba selepas ini.

Di bawah ini saya sertakan beberapa foto pada majlis Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor.

Antara yang mengambil bahagian ialah pelopor sajak-sajak jenaka (sajen), Mohd Fuad Bebit, aktivis puisi-puisi spontan Abd Naddin Shaiddin, Hasyuda Abadi, Jaleha Jaman, Ony Latifah Osman, Mohamed Haji Salleh (Mat Konggo) dan Ali Amat Anas. Penerbit, penggubah lagu dan penyanyi terkenal tanah air Julfekar Ahmad Shah juga turut mengambil bahagian dengan lagu-lagu puisinya. Kumpulan Lagu Puisi DBP Cawangan Sabah menampilkan sebuah lagu puisi berjudul Gong Dari Matunggong.




Tok Guru Peminat Bola juga...





Nuansa Final Piala F.A - Kelantan lwn Terengganu, 11 Jun 2011, Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Monday, 13 June 2011

Buku Siasah : Catatan Hujung


"Jika kita tersungkur, ia bukan semata-mata diperangkap media musuh, tetapi juga berpunca daripada kelemahan sendiri'.

Madah daripada pengarang buku ini iaitu Saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah wajar direnungi oleh semua aktivis dakwah dan gerakan Islam. Muhasabah!

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menekuni buku ini. Sememangnya memerlukan penghayatan mendalam serta cernaan yang pantas apabila memasuki 'daerah' yang tidak pernah dilewati sebelum ini. Jujurnya, pengarang buku ini begitu rinci dalam menghasilkan sebuah buku siasah yang penuh fakta berisi. - Penduga Arus

Penulis : Ahmad Lutfi Othman

Penerbit : Kemilau Publika

Harga : SM RM20.00 / SS RM23.00

BERAKHIRNYA 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu sahaja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau
Konspirasi Politik, dan Malaysia Tanpa Anwar. Sehangat dan serancak semangat dan suasana Reformasi 1998 itu, sehangat dan serancak itulah pula minda dan tangan Ahmad Lutfi bekerja menghasilkan buku politik semasa. Dan sehangat itulah juga isi kandungan buku-buku tersebut, walaupun tidak semestinya membawa jeritan yang sama. Masing-masing setebal 240, 320 dan 320 muka surat, diterbitkan dalam tempoh kurang setahun itu pastilah ia bukan suatu hal yang biasa. Itu sesuatu yang luar biasa, ‘kan - Petikan kata pengantar oleh DINSMAN.

Thursday, 2 June 2011

''Selamat Datang Ke Dalam Keluarga IPS"

Logo rasmi IPS

"Tahniah Tuan, selamat datang ke dalam keluarga IPS". Itu reaksi spontan Tuan Mohd. Jasni Yakub (JY), Setiausaha Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) usai saya menyerahkan borang keahlian IPS kepada beliau di Wisma Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan JY, Setiausaha Satu IPS (foto dari Facebook beliau)

Alhamdulillah, 2 Jun 2011, saya secara rasmi menyertai Ikatan Penulis Sabah yang menghimpunkan para pejuang dan 'kipas susah mati' sastera di Negeri di Bawah Bayu.

Dari satu sudut yang lain, saya sebenarnya melangkah setapak lagi untuk menempuh gelora badai 'penulisan' yang memerlukan kesungguhan dan iltizam yang jitu.

Istiqamah. Insya-Allah.

Novel : Denyut Kasih Medik

SAYA sebenarnya sedang memasuki 'dunia lain' apabila membaca novel ini. 'Denyut Kasih Medik' menyedarkan kita betapa tanggungjawab seorang doktor itu bukanlah sekadar merawat penyakit luaran semata. Malah lebih mustahak rawatan spiritual terhadap pasien merangkap mad'u bagi setiap insan bergelar doktor muslim-muslimah (dai'e) menuntut hikmah dan pengertian mendalam. - Penduga Arus

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Penerbit : Telaga Biru

Harga : SS RM 23 / SS 25

Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.