Tuesday 14 June 2011

Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor

SAYA menerima jemputan daripada Setiausaha Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Tuan Jasni Yakub untuk hadir ke majlis Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor . Seterusnya saya turut dipelawa untuk mendeklamasikan puisi pada majlis tersebut.

Majlis diadakan di Taman Perdana Tanjung Aru pada 11 Jun 2011 jam 7.30 malam. Sayangnya, saya tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain terlebih dahulu. Insya-Allah, pada kesempatan lain kalau ada rezeki saya akan bersama.

Sejujurnya saya belum pernah menghasilkan puisi yang berbentuk humor atau jenaka. Mungkin boleh dicuba selepas ini.

Di bawah ini saya sertakan beberapa foto pada majlis Malam Apresiasi Puisi - Baca Puisi Humor.

Antara yang mengambil bahagian ialah pelopor sajak-sajak jenaka (sajen), Mohd Fuad Bebit, aktivis puisi-puisi spontan Abd Naddin Shaiddin, Hasyuda Abadi, Jaleha Jaman, Ony Latifah Osman, Mohamed Haji Salleh (Mat Konggo) dan Ali Amat Anas. Penerbit, penggubah lagu dan penyanyi terkenal tanah air Julfekar Ahmad Shah juga turut mengambil bahagian dengan lagu-lagu puisinya. Kumpulan Lagu Puisi DBP Cawangan Sabah menampilkan sebuah lagu puisi berjudul Gong Dari Matunggong.




No comments: