Monday, 13 June 2011
Buku Siasah : Catatan Hujung
"Jika kita tersungkur, ia bukan semata-mata diperangkap media musuh, tetapi juga berpunca daripada kelemahan sendiri'.
Madah daripada pengarang buku ini iaitu Saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah wajar direnungi oleh semua aktivis dakwah dan gerakan Islam. Muhasabah!
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menekuni buku ini. Sememangnya memerlukan penghayatan mendalam serta cernaan yang pantas apabila memasuki 'daerah' yang tidak pernah dilewati sebelum ini. Jujurnya, pengarang buku ini begitu rinci dalam menghasilkan sebuah buku siasah yang penuh fakta berisi. - Penduga Arus
Penulis : Ahmad Lutfi Othman
Penerbit : Kemilau Publika
Harga : SM RM20.00 / SS RM23.00
BERAKHIRNYA 1998, Tahun Reformasi itu, tiada lagi buku politik hasil tangan Ahmad Lutfi Othman, hinggalah ke hari ini, November 2010. Padahal dalam tahun 1998 itu sahaja kita sempat membaca tidak kurang tiga buah buku politik hasil karangannya – Layakkah Anwar Ketuai Reformasi?, Anwar Skandal Seks atau
Konspirasi Politik, dan Malaysia Tanpa Anwar. Sehangat dan serancak semangat dan suasana Reformasi 1998 itu, sehangat dan serancak itulah pula minda dan tangan Ahmad Lutfi bekerja menghasilkan buku politik semasa. Dan sehangat itulah juga isi kandungan buku-buku tersebut, walaupun tidak semestinya membawa jeritan yang sama. Masing-masing setebal 240, 320 dan 320 muka surat, diterbitkan dalam tempoh kurang setahun itu pastilah ia bukan suatu hal yang biasa. Itu sesuatu yang luar biasa, ‘kan - Petikan kata pengantar oleh DINSMAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment