Wednesday 22 June 2011

Perkampungan Sasterawan 2011 (2) : Isu Interlok

SIDANG 1 di bawah tajuk Sastera dan Gagasan 1Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Sukor Usin (Hasyuda Abadi) dan dibentangkan oleh Encik Zubaidi Abas, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sabah.

Saya tidak berminat untuk mengulas atau berkata mengenai 1Malaysia kerana dalam sidang ke-3 telah menolak sastera sebagai wahana dalam menjayakan 1Malaysia dari sudut konteksnya walaupun wujud dalam kebanyakan teks-teks sastera ia memang diakui telah memperlihatkan dengan jelas elemen 1Malaysia (kendatipun warga Sabah telah melangkau jauh dalam menterjemahkan suasana dan kerukunan 1Malaysia).

Isu Interlok dibicarakan lagi. Menariknya semua bersetuju bahawa isu ini hendaklah di'adili' dalam kerangka sastera dan bukan mengikut selera siasah pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.

Satu atau dua perkataan yang tidak 'berkenan' di hati bukanlah mencerminkan idea atau gagasan dalam novel Interlok. Walaupun Interlok telah wujud 40 tahun yang lampau, auranya sehingga hari ni tetap membahang.

Anda bagaimana? atau tidak ambil tahu pun mengenai isu ini?

No comments: