Thursday 21 June 2012

Mutakhir : Kenyataan Dr. Muhammad Sa'ad Katatni kepada Reuters

KENYATAAN Dr. Muhammad Sa'ad Katatni (Speaker Dewan Rakyat Republik Arab Mesir) kepada agensi berita Reuters :

- Senario yang berlaku di Algeria tidak akan diterima berulang di Mesir. Ini kerana rakyat Mesir berbeza dan merereka tidak bersenjata. kebangkitan mereka adalah kebangkitan rakyat yang aman dan ia akan berterusan.

- Langkah yang diambil oleh Majlis Tentera menunjukkan mereka berniat untuk meneruskan penguasa
an dan tidak akan menyerahkan kuasa pada 30 Jun ini. Bahkan akan berterusan kepada satu tempoh yang tiada had.

- Situasi terkini mungkin akan membawa kepada kekosongan kuasa hingga perlembagaan ditulis semula yang akan memberi ruang kepada tentera untuk kekal memerintah beberapa tahun lagi.

- Tidak syak lagi kemenangan Dr.Mursy mengalahkan Syafiq yang merupakan pemerintah Angkatan Tentera Udara seperti Mubarak.

- Kami ingin mengatakan kepada Majlis Tentera supaya mereka kembali ke berek-berek (tentera) mereka. Kepada kepentingan mereka yang utama. Di sana terdapat institusi-institusi yang dipilih rakyat bagi mentadbir negara.

No comments: